Haji
Semua Jemaah Haji Malaysia Selamat Pulang Ke Tanah Air, Operasi Haji Musim 1443H/2022M Selesai
SEPANG, 13 Ogos 2022 – Operasi Musim Haji 1443H/2022M telah selesai dengan ketibaan penerbangan pulang kumpulan terakhir jemaah haji Malaysia hari ini.
Seramai 284 jemaah haji Malaysia selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sekitar jam 1.30 tengahari menerusi penerbangan Malaysia Airlines (MH 8351) yang berlepas dari Madinah pada 12 Ogos 2022 jam 11.10 malam (waktu Arab Saudi).
Sesi Ziarah Waris Jemaah Haji di Kuala Kangsar, Perak
Khamis, 30 Ogos 2018 - TH telah mengadakan sesi ziarah ke rumah waris Jemaah Haji Malaysia yang meninggal dunia di Tanah Suci, Allahyarhamah Norasma binti Ahmad. Sesi ziarah ini diwakili oleh Pengarah TH Negeri Perak, Tuan Haji Rozimin bin Ahamed Kamil di kediaman Allahyarhamah di Taman Chandan Putri, Kuala Kangsar.
Pada sesi ziarah tersebut, TH turut mengadakan tahlil ringkas serta menyerahkan sumbangan khairat kematian, air zam zam dan kurma kepada waris Allahyarhamah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.
Sesi Ziarah Waris Jemaah Haji Malaysia di Mersing, Johor
Rabu, 05 September 2018 - TH telah mengadakan sesi ziarah waris Jemaah Haji Malaysia yang meninggal dunia di Tanah Suci, Allahyarham Haji Jamian Bin Sanusi. Sesi ziarah diwakili oleh Pengarah TH Negeri Johor, YBhg. Dato’ Haji Mohammad Mokhzani Bin Mukhtar di kediaman Allahyarham di Felda Tenggaroh 1, Jamaluang, Mersing Johor.
Pada sesi ziarah tersebut, TH turut menyerahkan sumbangan khairat kematian, air zam zam dan kurma kepada waris Allahyarham. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.