• Home
  • Media Sosial
    • Facebook
    • X
    • Instagram
    • TikTok
    • YouTube
    • Linkedin
  • Karier
  • OKU
  • Janji Temu
  • Lokasi
    Cawangan
  • Hubungi
    Kami
  • MENU
  • Korporat

    Informasi Korporat

    • Tentang Kami
    • Rangka Kerja Pengawasan TH
    • Data & Statistik
    • Logo
    • Notis Privasi
    • Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
    • Laporan Tahunan

    Struktur Organisasi

    • Carta Organisasi
    • Lembaga
    • Panel Pelaburan
    • Jawatankuasa Penasihat Syariah
    • Barisan Pengurusan

    Integriti

    • Dasar-Dasar Integriti
    • e-Whistleblowing

    Tanggungjawab Sosial Korporat

    • Tentang CSR
    • Program CSR Zakat
    • Sumbangan

    Karier dan Latihan Industri

    • Info

    Direktori

    • Ibu Pejabat
    • Pejabat Cawangan

    Media & Muat Turun

    • Berita
    • Kenyataan Media
    • Khutbah Arafah
    • Galeri Foto
    • Arkib

    Soalan Lazim

    • Korporat
  • Simpanan

    Maklumat Am

    • Simpanan
    • Pembukaan Akaun
    • Penutupan Akaun
    • Kad Debit-i TH
    • Penamaan Waris
    • Data & Statistik
    • Agihan Keuntungan

    Perkhidmatan

    • THiJARI
    • THiJARI Biz
    • Rakan Strategik
    • Pusat Perkhidmatan Kewangan (IFiC)
    • Pusat Perkhidmatan (PPTH)
    • Pembukaan Akaun Secara Dalam Talian (VAO)
    • TH Khairat
    • TH Komuniti
    • Hibah Amanah
    • Kelab TaHa
    • JomPAY

    Soalan Lazim

    • Simpanan
    • THiJARI
    • THiJARI Biz
    • JomPAY
    • TH Khairat
    • Kemaskini Nombor Telefon Bimbit
    • Kempen

    Kempen

    • Kempen VAO 2024
    • Kempen Al-Falah
    • Kempen Auto Simpan @ THiJARI FPX
    • Kempen Bijak Menabung
    • Kempen Carum dan Simpan 2024
    • Kempen Terpaling Sayang
    • Kempen Link & Menang TH Bersama AmBank

    Borang-Borang

    • Muat Turun
  • Haji

    Maklumat Am

    • Pengurusan Haji
    • Pendaftaran Haji
    • Rayuan Haji
    • Kos Haji dan Bayaran
    • Kuota Haji
    • Operasi Haji
    • Data & Statistik

    Bimbingan

    • E-Bimbingan Portal
    • Kursus Haji
    • Nota Modul Kursus Asas Haji (KAH)
    • Kursus Asas Haji Bersiri (Saluran Youtube Lembaga Tabung Haji)
    • Penerbitan Haji
    • Pengkursus Ibadat Haji Tanah Air dan Pembimbing Ibadat Haji Tanah Suci
    • Resolusi Muzakarah Haji
    • Program Himpunan Persaudaraan Hujjaj (HISHAJ)

    Perkhidmatan

    • Jawatankuasa Penasihat Ibadat Haji (TH-JAKIM)
    • Program Eksekutif Pembimbing Ibadat Haji (EPIH)
    • Perkhidmatan Pengelola Jemaah Haji (PJH)

    Soalan Lazim

    • Kursus Asas Haji 1446H/2025M
    • Bayaran Haji 1445H/2024M
    • Syarat Tunai Haji & Kriteria Kesihatan Bakal Jemaah Haji Musim Haji 1445H/2024M
    • Perkhidmatan Dam dan Qurban 1445H/2024M
    • Soalan Lazim 25 Pengelola Jemaah Haji (PJH) Berdaftar Di Bawah TH Bagi Tahun 2024M

    Kempen

    • Kempen Pengumpulan Artifak Haji #MuziumHajiTH
  • Pelaburan

    Maklumat Am

    • Pelaburan

    Pelaburan TH

    • Ekuiti
    • Pendapatan Tetap
    • Hartanah
    • Lain-lain

    Pelaburan Strategik

    • Kewangan Islam
    • Perladangan
    • Pembangunan dan Pembinaan Hartanah
    • Hospitaliti
    • Perkhidmatan Lain

    Soalan Lazim

    • Pelaburan

Bahasa

  • English
  • Bahasa Malaysia

Amanah dan komited
demi anda.

Amanah dan komited demi anda.
Home
  • Korporat
    • Informasi Korporat
      • Tentang Kami
      • Rangka Kerja Pengawasan TH
      • Data & Statistik
      • Logo
      • Notis Privasi
      • Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
      • Laporan Tahunan
    • Struktur Organisasi
      • Carta Organisasi
      • Lembaga
      • Panel Pelaburan
      • Jawatankuasa Penasihat Syariah
      • Barisan Pengurusan
    • Integriti
      • Dasar-Dasar Integriti
      • e-Whistleblowing
    • Tanggungjawab Sosial Korporat
      • Tentang CSR
      • Program CSR Zakat
      • Sumbangan
    • Karier dan Latihan Industri
      • Info
    • Direktori
      • Ibu Pejabat
      • Pejabat Cawangan
    • Media & Muat Turun
      • Berita
      • Kenyataan Media
      • Khutbah Arafah
      • Galeri Foto
      • Arkib
        • Balai Berita
        • Galeri Media
        • Laporan Tahunan
        • Kenyataan Media
        • Khutbah Arafah
    • Soalan Lazim
      • Korporat
  • Simpanan
    • Maklumat Am
      • Simpanan
      • Pembukaan Akaun
      • Penutupan Akaun
      • Kad Debit-i TH
      • Penamaan Waris
      • Data & Statistik
      • Agihan Keuntungan
    • Perkhidmatan
      • THiJARI
      • THiJARI Biz
      • Rakan Strategik
      • Pusat Perkhidmatan Kewangan (IFiC)
      • Pusat Perkhidmatan (PPTH)
      • Pembukaan Akaun Secara Dalam Talian (VAO)
      • TH Khairat
      • TH Komuniti
      • Hibah Amanah
      • Kelab TaHa
      • JomPAY
    • Borang-Borang
      • Muat Turun
    • Soalan Lazim
      • Simpanan
      • THiJARI
      • THiJARI Biz
      • JomPAY
      • TH Khairat
      • Kemaskini Nombor Telefon Bimbit
      • Kempen
    • Kempen
      • Kempen VAO 2024
      • Kempen Al-Falah
      • Kempen Auto Simpan @ THiJARI FPX
      • Kempen Bijak Menabung
      • Kempen Carum dan Simpan 2024
      • Kempen Terpaling Sayang
      • Kempen Link & Menang TH Bersama AmBank
  • Haji
    • Maklumat Am
      • Pengurusan Haji
      • Pendaftaran Haji
      • Rayuan Haji
      • Kos Haji dan Bayaran
      • Kuota Haji
      • Operasi Haji
      • Data & Statistik
    • Perkhidmatan
      • Jawatankuasa Penasihat Ibadat Haji (TH-JAKIM)
      • Program Eksekutif Pembimbing Ibadat Haji (EPIH)
      • Perkhidmatan Pengelola Jemaah Haji (PJH)
    • Bimbingan
      • E-Bimbingan Portal
      • Kursus Haji
      • Nota Modul Kursus Asas Haji (KAH)
      • Kursus Asas Haji Bersiri (Saluran Youtube Lembaga Tabung Haji)
      • Penerbitan Haji
      • Pengkursus Ibadat Haji Tanah Air dan Pembimbing Ibadat Haji Tanah Suci
      • Resolusi Muzakarah Haji
      • Program Himpunan Persaudaraan Hujjaj (HISHAJ)
    • Soalan Lazim
      • Kursus Asas Haji 1446H/2025M
      • Bayaran Haji 1445H/2024M
      • Syarat Tunai Haji & Kriteria Kesihatan Bakal Jemaah Haji Musim Haji 1445H/2024M
      • Perkhidmatan Dam dan Qurban 1445H/2024M
      • Soalan Lazim 25 Pengelola Jemaah Haji (PJH) Berdaftar Di Bawah TH Bagi Tahun 2024M
    • Kempen
      • Kempen Pengumpulan Artifak Haji #MuziumHajiTH
  • Pelaburan
    • Maklumat Am
      • Pelaburan
    • Pelaburan
      • Ekuiti
      • Pendapatan Tetap
      • Hartanah
      • Lain-lain
    • Pelaburan Strategik
      • Kewangan Islam
      • Perladangan
      • Pembangunan dan Pembinaan Hartanah
      • Hospitaliti
      • Perkhidmatan Lain
    • Soalan Lazim
      • Pelaburan
  • English
  • Bahasa Malaysia

Pengumuman

  • Karier & Latihan Industri, info lanjut>
  • THiJARI, Perkhidmatan TH kini dihujung jari anda
  • Status Cuti Umum Melibatkan Operasi Pejabat TH : November 2024
  • Penangguhan Operasi Pejabat Cawangan Berikutan Banjir
Wukuf
05 Jun 2025 / 9 Zulhijjah 1446H
Sudah Berlalu

Soalan Lazim TH Khairat

Bil Soalan Jawapan
1 Apa itu TH Khairat?

TH Khairat merupakan pelan perlindungan Takaful
yang menawarkan bantuan kewangan kepada
penerima manfaat sekiranya berlaku kematian atau
hilang upaya kekal dan menyeluruh kepada
pendeposit.

2 Siapakah yang boleh mendaftar untuk TH Khairat dan berapakah had umur kelayakan?

TH Khairat terbuka kepada semua pendeposit TH
sahaja yang berumur 30 hari sehingga 65 tahun (ulang
tahun kelahiran seterusnya).

  • 18 tahun dan ke atas
    Pendeposit boleh mendaftarkan untuk diri sendiri melalui web/aplikasi THiJARI.
     
  • Bawah 18 tahun
    Pendeposit bawah 18 tahun hendaklah didaftarkan melalui web/aplikasi THiJARI ibu/bapa/penjaga yang menguruskan Akaun Jagaan tersebut.
3 Berapakah jumlah perlindungan yang
ditawarkan bagi TH Khairat?

Jumlah perlindungan yang ditawarkan sebanyak RM12,000 bagi kematian atau hilang upaya kekal dan menyeluruh.

4 Berapakah bayaran langganan TH Khairat?

Bayaran langganan bagi TH Khairat adalah RM28 setahun.

5 Bagaimanakah proses pembayaran perlindungan TH Khairat?

Bayaran langganan akan didebitkan daripada akaun TH setiap tahun secara automatik selagi sijil Takaful belum ditamatkan.

6 Apakah syarat-syarat utama untuk mendaftar TH Khairat?

Syarat-syarat utama TH Khairat adalah:

  • Mempunyai akaun TH.
  • Berumur 30 hari sehingga 65 tahun(ulang tahun kelahiran seterusnya).
  • Mempunyai baki akaun yang boleh digunakan
    berjumlah sekurang-kurangnya RM100.
7 Adakah terdapat manfaat lain selain daripada bantuan kewangan kepada penerima manfaat?

Pendeposit boleh menyumbangkan sebahagian daripada jumlah perlindungan iaitu RM2,000 sebagai Infaq kepada pertubuhan/organisasi kebajikan yang dilantik oleh pengendali Takaful. (Rujuk No.12)

8. Siapakah Pengendali Takaful yang akan menguruskan TH Khairat? TH sebagai Pemegang Sijil Induk telah melantik dua Pengendali Takaful seperti berikut:
  • Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad (STMKB)
  • Hong Leong MSIG Takaful (HLMT)

Pendeposit boleh memilih Pengendali Takaful ini semasa proses pendaftaran bagi mengendalikan sijil TH Khairat.

9. Adakah saya boleh mendaftar untuk kedua-dua pengendali Takaful atau hanya boleh memilih satu pengendali Takaful? Setiap pendeposit boleh mendaftar dengan satu pengendali Takaful atau mendaftar dengan kedua-dua pengendali Takaful.

Contoh 1:
Pendeposit mendaftar dengan pengendali Takaful A.

Bayaran langganan: RM28 setahun kepada pengendali Takaful A

Tuntutan: Penerima manfaat layak menerima RM12,000 atau RM10,000 (sekiranya Infaq) daripada pengendali Takaful A.

Contoh 2:
Pendeposit mendaftar dengan pengendali Takaful A dan pengendali Takaful B.

Bayaran langganan: RM28 setahun kepada pengendali Takaful A dan RM28 setahun kepada pengendali Takaful B.

Tuntutan: Penerima manfaat layak menerima RM12,000 atau RM10,000 (sekiranya Infaq) daripada pengendali Takaful A dan juga layak menerima RM12,000 atau RM10,000 (sekiranya Infaq) daripada pengendali Takaful B.
 
10. Bagaimana cara-cara untuk mendaftar TH Khairat dengan kedua-dua pengendali Takaful atau mendapat dua perlindungan?

Untuk mendaftar dua perlindungan TH Khairat, pendeposit perlu memilih dan mendaftar dengan dua (2) pengendali Takaful berbeza iaitu Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad (STMKB) dan HLM Takaful(HLMT).
Pendeposit boleh memilih pengendali Takaful semasa pendaftaran di THiJARI. Satu transaksi hanya boleh memilih satu pengendali Takaful, menjadikan pendeposit perlu membuat dua kali transaksi pendaftaran untuk mendaftar dengan kedua dua pengendali Takaful.

11. Adakah terdapat perbezaan manfaat atau bayaran langganan antara kedua-dua Pengendali Takaful yang dilantik?

Tiada perbezaan daripada segi manfaat dan bayaran
langganan antara kedua-dua Pengendali Takaful.

12. Apakah organisasi-organisasi yang dipilih oleh Pengendali Takaful untuk disalurkan Infaq? Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad (STMKB)
  1. Sadaqa House
  2. Yayasan Maghfirah

Hong Leong MSIG Takaful (HLMT)
  1. Yayasan Waqaf Malaysia
  2. Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
  3. Majlis Agama Islam Kedah
  4. Majlis Agama Islam Kelantan
  5. Awqaf Holdings Berhad
  6. Waqaf An-Nur
(Badan kebajikan atau penerima Infaq yang disalurkan tertakluk kepada kelulusan Jawatankuasa Penasihat Syariah HLM Takaful)

Infaq diuruskan sepenuhnya oleh Pengendali Takaful. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pengendali Takaful.
(Rujuk No. 32)
 
13. Adakah TH Khairat ini patuh Shariah? Ya, TH Khairat adalah patuh Shariah dan telah
mendapat kelulusan Jawatankuasa Penasihat Shariah
TH.
14. Siapakah yang boleh dilantik sebagai Penerima Manfaat? Pendeposit boleh melantik sesiapa sahaja untuk dinamakan sebagai Penerima Manfaat dengan syarat:
a. Mempunyai akaun TH.
b. Berumur 18 tahun dan ke atas.
15. Bilakah sijil Takaful saya akan berkuatkuasa/bermula? Sijil Takaful akan berkuatkuasa mengikut tarikh permohonan dihantar di THiJARI dan tertakluk kepada kelulusan pendaftaran oleh Pengendali Takaful.
16. Bagaimanakah saya ingin tahu tentang status TH Khairat saya? Status terkini pendaftaran atau langganan TH Khairat boleh disemak di web/aplikasi THiJARI melalui menu Semak Status.
17. Apakah maksud Tempoh Menunggu (Waiting Period)? Pendeposit yang menyertai TH Khairat tertakluk kepada Tempoh Menunggu (Waiting Period) seperti berikut:
  • Tiada Tempoh Menunggu
    • Kematian/Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh disebabkan kemalangan.
    • Sekiranya pemegang sijil meninggal dunia disebabkan kemalangan, penerima manfaat layak membuat tuntutan.
    • Sekiranya pemegang sijil meninggal dunia atas sebab semulajadi (penyakit) pada tarikh dalam tempoh menunggu, penerima manfaat tidak layak membuat tuntutan dan tiada tuntutan akan dibayar.
  • 3 bulan Tempoh Menunggu
    • Kematian/Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh atas sebab semulajadi.
    • Sekiranya pemegang sijil meninggal dunia pada tarikh selepas tempoh menunggu (3 bulan daripada tarikh pendaftaran) termasuk kematian disebabkan sebab semulajadi (penyakit), penerima manfaat layak membuat tuntutan.
18. Bagaimana saya boleh mendapatkan Sijil Takaful saya? Sijil Takaful pendeposit akan dihantar ke emel pendeposit oleh Pengendali Takaful setelah permohonan diluluskan.
19. Bagaimanakah saya memperbaharui langganan pada setiap tahun? Pembaharuan langganan TH Khairat akan didebitkan secara automatik daripada akaun TH pendeposit dalam tempoh 90 hari sebelum tarikh ulang tahun pembaharuan sijil Takaful.
20. Bagaimanakah sekiranya baki akaun saya tidak mencukupi atau telah melebihi had umur kelayakan?

Sekiranya baki akaun pendeposit tidak mencukupi atau telah melebihi kelayakan umur ketika tarikh pembaharuan, sijil Takaful akan ditamatkan serta-merta.


Bagi pendeposit yang telah melebihi tarikh lahir ke-65 tahun, perlindungan Takaful dan bayaran langganan yang seterusnya akan dihentikan serta-merta secara automatik, pendeposit tidak perlu membuat permohonan penamatan sijil.

21. Adakah saya akan mendapat kembali bayaran langganan yang telah dibayar apabila sijil Takaful ditamatkan?

Tidak, bayaran langganan tidak akan dikembalikan sekiranya berlaku penamatan disebabkan apa jua sebab sekalipun.

22. Sekiranya tidak berlaku kematian atau hilang upaya kekal sehingga umur saya 65 tahun (melebihi had kelayakan umur), adakah saya dapat kembali bayaran langganan saya?

Tidak, bayaran langganan tidak akan dikembalikan sekiranya telah melebihi had umur kelayakan.

Bayaran langganan ketika sijil berkuatkuasa disalurkan kepada pengendali Takaful yang mana dikumpulkan sebagai derma dalam satu dana untuk tujuan bayaran pampasan peserta Takaful yang memerlukan seperti yang dipersetujui peserta berdasarkan kontrak
Tabarru’.

23. Bagaimanakah cara untuk saya menamatkan langganan TH Khairat? Pendeposit boleh menamatkan langganan TH Khairat
dengan memaklumkan atau menghubungi Pengendali
Takaful yang dipilih/dilantik oleh pendeposit.
 
24. Bolehkah saya menukar penerima manfaat? Maklumat penerima manfaat boleh dikemas kini di web/aplikasi THiJARI.
25. Selain manfaat perlindungan RM12,000 kepada penerima manfaat, adakah terdapat manfaat tambahan yang lain?

Sekiranya pendeposit yang memiliki sijil perlindungan TH Khairat meninggal dunia ketika menunaikan haji (musim haji) di Tanah Suci, bayaran manfaat akan dibayar dua kali ganda kepada penerima manfaat menjadikan manfaat yang akan diterima berjumlah RM24,000.

Memilih Infaq: Penerima manfaat menerima RM22,000 dan RM2,000 akan diInfaqkan.

Tidak Memilih Infaq: Penerima manfaat menerima RM24,000.

26. Bagaimanakah penerima manfaat ingin membuat tuntutan? Klik pautan Tuntutan TH Khairat di laman daftar masuk web/aplikasi THiJARI untuk muat turun borang tuntutan Pengendali Takaful yang dipilih dan borang yang lengkap perlu dihantar kepada Pengendali Takaful berkenaan.
27. Bagaimanakah bayaran tuntutan akan diberikan kepada penerima manfaat? Bayaran tuntutan akan dikreditkan ke akaun TH penerima manfaat.
28. Berapakah tempoh masa bayaran tuntutan dikreditkan ke akaun penerima manfaat? Bayaran tuntutan dikreditkan ke akaun TH penerima manfaat dalam tempoh 30 hari daripada tarikh permohonan tuntutan bersama dokumen (lengkap) dihantar kepada Pengendali Takaful.
29. Saya mendaftar TH Khairat dan dalam masa yang sama mempunyai sijil Takaful berdaftar dengan Pengendali Takaful yang lain. Sekiranya saya mengalami hilang upaya kekal dan menyeluruh, saya telah membuat tuntutan dengan Pengendali Takaful tersebut, adakah saya masih layak membuat tuntutan TH Khairat? Ya, anda layak membuat tuntutan TH Khairat selagi sijil Takaful tersebut masih berkuatkuasa.
30. Sekiranya kemalangan berlaku di luar negara dan menyebabkan hilang upaya kekal dan menyeluruh, adakah saya layak membuat tuntutan? Ya, anda layak membuat tuntutan.
31. Bolehkah saya membuat tuntutan lebih dari sekali? Tidak
32. Sekiranya saya ingin mendapatkan bantuan lanjut mengenai permohonan tuntutan, apakah maklumat atau nombor talian Pengendali Takaful yang boleh dihubungi?

Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad
27th Floor, Annexe Block, Menara Takaful Malaysia,
No. 4, Jalan Sultan Sulaiman,
50000 Kuala Lumpur.
P.O. Box 11483, 50746 Kuala Lumpur.
Tel: 1-300 88 252 385
Email: csu@takaful-malaysia.com.my


Hong Leong MSIG Takaful Berhad
Tingkat 5, Menara B, PJ City Development,
No. 15A, Jalan 219, Seksyen 51A,
46100 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan
Tel: +603-7650 1800
Fax: +603-7620 6730
Emel: ReachUs@takaful.hongleong.com.my
Atau layari www.hlmtakaful.com.my

33. Sekiranya saya mempunyai pertanyaan umum mengenai TH Khairat, apakah nombor talian yang boleh dihubungi? Sebarang pertanyaan, sila hubungi Tabung Haji Contact Centre (THCC).
Telefon : 03-62071919
Emel : th-info@lth.gov.my
Online : Sembang Langsung (Live Chat) Tabung Haji di www.tabunghaji.gov.my

 

"Tabung Haji adalah Institusi Pelapor dibawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001"

Alhamdulillah, portal ini telah dilawati:
kali
Pelawat unik:
Telah dikemaskini pada: 22-04-2025

Pelayar yang disyorkan : 
Chrome 30+,  Firefox 30+,  Safari 7+,  Internet Explorer 10+

 Portal ini boleh dilayari menggunakan desktop dan telefon pintar. Sesuai dipaparkan menggunakan resolusi minimum 1366x768.

Polisi TH

Notis Privasi TH
Dasar Privasi Portal TH
Terma & Syarat
Dasar Keselamatan
Hak Cipta Terpelihara

Penafian:
Lembaga Tabung Haji tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini. Semua maklumat yang dipaparkan adalah benar pada tarikh dan masa diterbitkan dan tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa.

Perhubungan & Bantuan

Borang Maklumbalas
Peta Laman
 

Anggota TH

E-Anggota

Media Sosial

Official Facebook TH Official X TH https://www.instagram.com/lembagatabunghaji/ https://www.tiktok.com/@tabunghaji Official TH You Tube Official TH Linkedin