Simpanan
Simpanan di TH adalah berdasarkan konsep Wakalah bermaksud seseorang (Muwakkil) melantik satu pihak yang lain (Wakil) sebagai wakilnya untuk mengendalikan urusannya. Ia adalah patuh syariah serta dijamin sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia.
Peralihan kepada Kontrak Wakalah akan berkuatkuasa bermula 31 Disember 2019 menggantikan kontrak simpanan Wadiah Yad Dhamanah yang digunakan sebelum ini. Menerusi kontrak baharu ini, TH adalah wakil untuk menguruskan dana pendeposit bagi tujuan aktiviti pelaburan dan operasi haji di mana keuntungan yang dijana pada setiap tahun akan diagihkan kepada pendeposit berdasarkan prestasi kewangan TH.
TH sentiasa berusaha untuk menambahbaik perkhidmatannya dengan melaksanakan pembaharuan dan penstrukturan untuk manfaat pendeposit. Antara kelebihan menyimpan di TH adalah simpanan dijamin 100 peratus oleh kerajaan selaras dengan Akta Tabung Haji 1995 selain zakat telah dibayar bagi pihak pendeposit. Pendeposit sedia ada tidak perlu mengisi apa-apa dokumen baharu dan boleh berurusan seperti biasa di mana-mana pejabat cawangan TH di seluruh negara.
TH ingin memaklumkan bahawa dengan mengekalkan deposit bersama TH selepas 31 Disember 2019, pendeposit dianggap telah memberi persetujuan terhadap peralihan kepada kontrak simpanan berkonsepkan Wakalah ini.
Kelebihan Menyimpan di TH
- Mematuhi syariah Islam
- Menyantuni para dhuyufurrahman (jemaah haji)
- Dijamin oleh Kerajaan
- Dikecualikan daripada cukai
- Ditunaikan kewajipan zakat
- Tiada had simpanan
Simpanan & Pengeluaran
Simpanan
- Tiada had jumlah simpanan dikenakan.
- Simpanan boleh dibuat menggunakan wang tunai, cek, pindahan dana atau kaedah-kaedah berikut:
- Kaunter Perkhidmatan TH (Ibu Pejabat dan Pejabat Cawangan)
- Potongan Gaji
- Perbankan Elektronik dan Internet
- Kaunter Perkhidmatan Rakan Strategik
- Ejen Kutipan
Pengeluaran
- Had Maksimum amaun pengeluaran tunai sehari bagi setiap pendeposit adalah RM10,000 melalui Kaunter TH (kecuali Pusat Perkhidmatan TH) / Uniteller Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) / Uniteller Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (BKRM).
- Pengeluaran bukan tunai melebihi RM10,000 boleh dilakukan di semua TH Cawangan termasuk Pusat Perkhidmatan TH melalui Pindahan Telegrafik ke Akaun Bank Pendeposit dalam negara sahaja.
Kemaskini Maklumat Peribadi
Profil peribadi perlu dikemas kini bagi memastikan kelancaran urusan di TH dan memenuhi keperluan pihak berkuasa. Bermula 1 Oktober 2023, beberapa transaksi disekat bagi pendeposit yang belum mengemas kini maklumat peribadi seperti alamat, nombor telefon dan maklumat pekerjaan.
Pendeposit boleh mengemas kini maklumat peribadi di mana-mana Pejabat Cawangan TH dan Pusat Perkhidmatan TH (PPTH) yang berhampiran atau menggunakan aplikasi THiJARI. Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi:
Tabung Haji Contact Centre (THCC)
Telefon: +603 - 6207 1919
E-mel : th-info@lth.gov.my
Waktu Operasi : 8:00 pagi - 6:30 petang
(Beroperasi pada hari Isnin hingga Ahad. Kecuali pada cuti umum mengikut Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur)
Soalan Lazim Kemaskini Nombor Telefon Bimbit Melalui Panggilan/E-mel Di THCC
Akaun Tidak Aktif (DORMANT)
Akaun Pendeposit yang tidak mempunyai sebarang transaksi melebihi 7 tahun akan diklasifikasikan sebagai Akaun Tidak Aktif, selaras dengan Peraturan-Peraturan dan Akta Tabung Haji (1995).
Akaun Tidak Aktif tidak akan menerima agihan Hibah Tahunan mulai tahun 2018.
Tabung Haji dikecualikan daripada menyerahkan wang Akaun Tidak Aktif kepada Pendaftar Wang Tak Dituntut. Sehubungan itu, Pendeposit atau waris masih boleh membuat tuntutan ke atas baki simpanan akaun yang berstatus tidak aktif pada bila-bila masa dengan mengemukakan dokumen yang sewajarnya sepertimana yang ditetapkan oleh TH.
Kaunter TH & Waktu Operasi
Kaunter TH
Kaunter-kaunter TH dibuka di semua Pejabat Cawangan TH di seluruh negara. Info lanjut untuk direktori Pejabat Cawangan TH.
Waktu Operasi
Klik disini untuk maklumat waktu operasi Pejabat Cawangan TH dan Pusat Perkhidmatan TH (PPTH).
Rakan Strategik TH & Ejen Kutipan Simpanan TH
Rakan Strategik TH
Pendeposit boleh melakukan transaksi TH di kaunter-kaunter, Mesin Teler Automatik (ATM) dan perbankan dalam talian rakan strategik TH iaitu Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank, CIMB dan AMBANK. Klik di sini untuk melihat Perkhidmatan Saluran Elektronik Rakan Strategik TH.
Ejen Kutipan Simpanan TH
Pendeposit boleh melakukan transaksi TH melalui Ejen Kutipan Simpanan yang telah dilantik seperti berikut:
BIL | AGEN | PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN | CAJ | CARA CAJ DIKENAKAN |
---|---|---|---|---|
1. |
POS MALAYSIA BERHAD |
|
RM0.60 | Debit Akaun TH |
2. |
BANK SIMPANAN NASIONAL |
|
RM0.50 | Debit Akaun TH |
3. |
RHB ISLAMIC BANK BERHAD |
|
RM0.50 | Debit Akaun Bank (Upfront) |
4. |
PUBLIC BANK BERHAD |
|
RM0.50 | Debit Akaun Bank (Upfront) |
5. |
BANK MUAMALAT MALAYSIA BERHAD |
|
RM0.60 | Debit Akaun Bank (Upfront) |
6. |
HONG LEONG ISLAMIC BANK BERHAD |
|
RM0.50 | Debit Akaun Bank (Upfront) |
7. | KUWAIT FINANCE HOUSE (M) BERHAD |
|
RM0.50 | Debit Akaun Bank (Upfront) |
8. | AFFIN ISLAMIC BANK BERHAD |
|
RM1.00 | Debit Akaun Bank (Upfront) |
9. | STANDARD CHARTERED SAADIQ BERHAD |
|
RM0.00 | Debit Akaun Bank (Upfront) |
Caj perkhidmatan akan dikenakan mengikut kadar yang telah ditetapkan oleh Ejen Kutipan tersebut dari semasa ke semasa.
Caruman Potongan Gaji
Caruman Potongan Gaji
Simpanan melaIui Caruman Potongan Gaji ke akaun Tabung Haji (TH) adalah salah satu perkhidmatan yang disediakan :
- Memudahkan pendeposit menambah wang simpanan ke akaun TH secara konsisten setiap bulan melalui potongan gaji.
- Membantu pendeposit membuat Simpanan berkala keatas akaun sendiri, akaun dibawah jagaan atau akaun TH pihak ketiga.
Terma dan syarat (Borang JP 010 dan JP 010-01)
- Setiap pemohon dan ahli keluarga (termasuk pihak ketiga) hendaklah terlebih dahulu menjadi pendeposit TH.
- Permohonan boleh dibuat dengan mengisi Borang Caruman Potongan Gaji (Borang JP 010 dan JP 010-01) dan pemohon hendaklah mengemukakan borang yang lengkap ke Pejabat TH berhampiran atau membuat permohonan melalui portal atas talian TH (THiJARI).
- Setiap pemohon dikehendaki memastikan perkara berikut:
- Mencarum untuk diri sendiri,
- Mencarum untuk ahli keluarga (termasuk pihak ketiga) sekiranya ada,
- Memastikan akaun TH pemohon serta ahli keluarga berstatus aktif,
- Jumlah besar caruman potongan gaji di Borang JP 010 (caruman keseluruhan) hendaklah sama dengan jumlah besar di Borang JP 010-01 (agihan).
- Sekiranya jumlah caruman di Borang JP010 kurang daripada jumlah besar di Borang JP010-01, semua amaun caruman akan dikreditkan ke akaun pencarum sahaja.
- Sekiranya jumlah caruman potongan gaji di Borang JP010 melebihi daripada jumlah besar di Borang JP010-01, caruman bulanan akan dikreditkan mengikut agihan pada borang JP010-01 dan bakinya akan dikreditkan ke akaun pencarum.
- TH akan membuat pengkreditan caruman dalam tempoh 7 hingga 14 hari bekerja bagi maklumat caruman yang lengkap dan amaun caruman diterima daripada majikan.
- Sebarang perubahan terhadap agihan dan amaun caruman potongan gaji, pencarum hendaklah mengisi borang baru atau mengemaskini caruman potongan gaji melalui portal atas talian TH (THiJARI). Setiap permohonan baru atau pengemaskinian caruman potongan gaji akan membatalkan permohonan yang lama.
- Pencarum adalah bertanggungjawab memastikan caruman potongan gaji dibuat oleh majikan.
Nota : Segala Terma dan Syarat adalah tertakluk kepada perubahan atau pindaan dari semasa ke semasa oleh pihak TH.
JomPAY
JomPAY adalah salah satu usaha TH ke arah digitalisasi dengan menyediakan lebih banyak titik sentuh (touchpoints) untuk kemudahan para pendeposit. Melalui JomPAY, para pendeposit boleh membuat urusan pemindahan dana secara dalam talian ke dalam akaun simpanan TH pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.