Soalan | Jawapan |
---|---|
Apakah itu JomPAY? | JomPAY adalah inisiatif nasional, yang disokong oleh Bank, untuk membolehkan pindahan wang melalui perkhidmatan JomPAY yang dikendalikan oleh Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet). |
Apa yang boleh saya lakukan dengan JomPAY? | Dengan JomPAY, pendeposit boleh memindahkan dana dari akaun Simpanan atau Semasa pendeposit ke akaun TH melalui Perbankan Internet atau Perbankan Mudah Alih melalui 23 Bank di Malaysia. |
Bagaimana saya melakukan transaksi simpanan ke Akaun TH melalui JomPAY menggunakan perbankan internet? |
|
Adakah saya akan dikenakan bayaran untuk perkhidmatan ini? | Tiada caj perkhidmatan kepada pendeposit. |
Adakah saya perlu mendaftar? | Pendaftaran tidak diperlukan dengan JomPAY. Walau bagaimanapun, pendeposit perlu mempunyai akses perbankan Internet atau perbankan mudah alih di bank pilihan pendeposit. |
Berapa lama masa yang diperlukan untuk transaksi deposit dimasukkan ke dalam akaun TH saya? |
Transaksi akan masuk pada keesokan hari bekerja (T+1). Sekiranya transaksi dilakukan selepas jam 5:00 petang, maka T akan menjadi hari kerja berikutnya. Anda boleh semak transaksi pada akaun TH anda selepas jam 11:00 pagi. |
Adakah terdapat masa cut off semasa membuat transaksi? | Ia bergantung kepada perbankan internet pilihan pendeposit |
Bolehkah saya membuat transaksi ke Akaun TH yang lain? | Ya. Anda boleh melakukan transaksi untuk Akaun TH sendiri atau Akaun TH Pihak Ketiga. Maklumat yang diperlukan hanyalah nombor Akaun TH untuk melakukan transaksi. |
Adakah terdapat had untuk transaksi JomPAY? | Oleh kerana transaksi JomPAY dilakukan melalui Perbankan Internet atau Perbankan Mudah Alih, had transaksi ditentukan oleh bank masing-masing. |