Janji Temu
TH sentiasa berusaha memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada para pendepositnya. Kemudahan janji temu disediakan bagi membolehkan pendeposit memilih tarikh dan masa mengikut kesesuaian dan tidak perlu menunggu dalam tempoh masa yang lama untuk berurusan. Pelaksanaan kemudahan ini juga membolehkan TH mengatur kehadiran pendeposit secara berkala dan secara langsung dapat mengelak kesesakan dan ketidakselesaan pendeposit ketika berurusan di pejabat cawangan TH.
Urusan Janji Temu boleh dibuat bagi pendeposit yang ingin berurusan di kaunter TH cawangan untuk perkhidmatan seperti berikut:
- Tuntutan Pusaka
- Permohonan Hibah Amanah
- Kemaskini Maklumat Peribadi
- Pembukaan Akaun TH
Bagi perkhidmatan yang lain, pendeposit boleh terus hadir ke TH cawangan yang berhampiran. Pendeposit juga digalakkan untuk menggunakan kemudahan uniteller Bank Islam dan Bank Rakyat serta kemudahan perkhidmatan dalam talian TH melalui THiJARI dan Rakan Strategik TH iaitu Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank Islamic, CIMB Islamic dan AmBank.
Sebelum hadir untuk berurusan, sila pastikan memakai pelitup muka ketika hadir untuk berurusan. Pendeposit dikehendaki hadir mengikut masa yang telah disahkan. Kegagalan untuk hadir mengikut masa tersebut menyebabkan Janji Temu dibatalkan dan Janji Temu yang baru perlu dibuat. TH tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kelewatan kehadiran pendeposit. Mohon untuk menunjukkan slip atau tangkap layar Janji Temu kepada pegawai TH.
Link Janji Temu : Daftar Janji Temu Anda Di Sini
Sebarang kemusykilan dan pertanyaan, sila hubungi Tabung Haji Contact Centre (THCC).