Penerbitan Haji
Bahagian Bimbingan menyediakan bahan-bahan penerbitan bimbingan ibadat haji seperti berikut:
Penerbitan Buku
- Buku Fiqh Ibadat Haji, Umrah & Ziarah
- Buku Soal Jawab Haji dan Umrah
- Buku Himpunan Doa-Doa Terpilih
- Buku Wirid Terpilih Untuk Dhuyufurrahman
- Buku Fiqh Haji dan Umrah Wanita
- Buku Nota Kursus Asas Haji
Buku Fiqh Ibadat Haji, Umrah dan Ziarah, Buku Soal Jawab Haji dan Umrah, Himpunan Doa Terpilih di Tanah Suci serta Wirid Terpilih Dhuyuf Al-Rahman diberi secara percuma kepada Jemaah Haji terpilih tahun semasa sebelum bertolak ke Tanah Suci.
Buku-buku ini juga boleh diperolehi dengan membelinya melalui wakil jualan buku di Koperasi TH. Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi Azhari di talian 03-2161 9637.