Kuota Haji
Kuota haji rasmi negara-negara dalam Pertubuhan Negara-Negara Islam (Organisation of Islamic Cooperation - OIC) atau OIC, termasuk Malaysia adalah berpandukan kepada Mesyuarat OIC pada tahun 1988 di Amman, Jordan. Pihak Kerajaan Arab Saudi telah menetapkan kuota haji setiap negara pada kadar 0.1% daripada jumlah penduduk negara berkenaan.
Kuota rasmi haji Malaysia adalah sebanyak 31,600 orang (berasaskan perangkaan penduduk Malaysia pada masa kini).