• Home
  • Media Sosial
    • Facebook
    • X
    • Instagram
    • TikTok
    • YouTube
    • Linkedin
  • Karier
  • OKU
  • Janji Temu
  • Lokasi
    Cawangan
  • Hubungi
    Kami
  • MENU
  • Korporat

    Informasi Korporat

    • Tentang Kami
    • Rangka Kerja Pengawasan TH
    • Data & Statistik
    • Logo
    • Notis Privasi
    • Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
    • Laporan Tahunan

    Struktur Organisasi

    • Carta Organisasi
    • Lembaga
    • Panel Pelaburan
    • Jawatankuasa Penasihat Syariah
    • Barisan Pengurusan

    Integriti

    • Dasar-Dasar Integriti
    • e-Whistleblowing

    Tanggungjawab Sosial Korporat

    • Tentang CSR
    • Program CSR Zakat
    • Sumbangan

    Karier dan Latihan Industri

    • Info

    Direktori

    • Ibu Pejabat
    • Pejabat Cawangan

    Media & Muat Turun

    • Berita
    • Kenyataan Media
    • Khutbah Arafah
    • Galeri Foto
    • Arkib

    Soalan Lazim

    • Korporat
  • Simpanan

    Maklumat Am

    • Simpanan
    • Pembukaan Akaun
    • Penutupan Akaun
    • Kad Debit-i TH
    • Penamaan Waris
    • Data & Statistik
    • Agihan Keuntungan

    Perkhidmatan

    • THiJARI
    • THiJARI Biz
    • Rakan Strategik
    • Pusat Perkhidmatan Kewangan (IFiC)
    • Pusat Perkhidmatan (PPTH)
    • Pembukaan Akaun Secara Dalam Talian (VAO)
    • TH Khairat
    • TH Komuniti
    • Hibah Amanah
    • Kelab TaHa
    • JomPAY

    Soalan Lazim

    • Simpanan
    • THiJARI
    • THiJARI Biz
    • JomPAY
    • TH Khairat
    • Kemaskini Nombor Telefon Bimbit
    • Kempen

    Kempen

    • Kempen VAO 2024
    • Kempen Al-Falah
    • Kempen Auto Simpan @ THiJARI FPX
    • Kempen Bijak Menabung
    • Kempen Carum dan Simpan 2024
    • Kempen Terpaling Sayang
    • Kempen Link & Menang TH Bersama AmBank

    Borang-Borang

    • Muat Turun
  • Haji

    Maklumat Am

    • Pengurusan Haji
    • Pendaftaran Haji
    • Rayuan Haji
    • Kos Haji dan Bayaran
    • Kuota Haji
    • Operasi Haji
    • Data & Statistik

    Bimbingan

    • E-Bimbingan Portal
    • Kursus Haji
    • Nota Modul Kursus Asas Haji (KAH)
    • Kursus Asas Haji Bersiri (Saluran Youtube Lembaga Tabung Haji)
    • Penerbitan Haji
    • Pengkursus Ibadat Haji Tanah Air dan Pembimbing Ibadat Haji Tanah Suci
    • Resolusi Muzakarah Haji
    • Program Himpunan Persaudaraan Hujjaj (HISHAJ)

    Perkhidmatan

    • Jawatankuasa Penasihat Ibadat Haji (TH-JAKIM)
    • Program Eksekutif Pembimbing Ibadat Haji (EPIH)
    • Perkhidmatan Pengelola Jemaah Haji (PJH)

    Soalan Lazim

    • Kursus Asas Haji 1446H/2025M
    • Bayaran Haji 1445H/2024M
    • Syarat Tunai Haji & Kriteria Kesihatan Bakal Jemaah Haji Musim Haji 1445H/2024M
    • Perkhidmatan Dam dan Qurban 1445H/2024M
    • Soalan Lazim 25 Pengelola Jemaah Haji (PJH) Berdaftar Di Bawah TH Bagi Tahun 2024M

    Kempen

    • Kempen Pengumpulan Artifak Haji #MuziumHajiTH
  • Pelaburan

    Maklumat Am

    • Pelaburan

    Pelaburan TH

    • Ekuiti
    • Pendapatan Tetap
    • Hartanah
    • Lain-lain

    Pelaburan Strategik

    • Kewangan Islam
    • Perladangan
    • Pembangunan dan Pembinaan Hartanah
    • Hospitaliti
    • Perkhidmatan Lain

    Soalan Lazim

    • Pelaburan

Bahasa

  • English
  • Bahasa Malaysia

Amanah dan komited
demi anda.

Amanah dan komited demi anda.
Home
  • Korporat
    • Informasi Korporat
      • Tentang Kami
      • Rangka Kerja Pengawasan TH
      • Data & Statistik
      • Logo
      • Notis Privasi
      • Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
      • Laporan Tahunan
    • Struktur Organisasi
      • Carta Organisasi
      • Lembaga
      • Panel Pelaburan
      • Jawatankuasa Penasihat Syariah
      • Barisan Pengurusan
    • Integriti
      • Dasar-Dasar Integriti
      • e-Whistleblowing
    • Tanggungjawab Sosial Korporat
      • Tentang CSR
      • Program CSR Zakat
      • Sumbangan
    • Karier dan Latihan Industri
      • Info
    • Direktori
      • Ibu Pejabat
      • Pejabat Cawangan
    • Media & Muat Turun
      • Berita
      • Kenyataan Media
      • Khutbah Arafah
      • Galeri Foto
      • Arkib
        • Balai Berita
        • Galeri Media
        • Laporan Tahunan
        • Kenyataan Media
        • Khutbah Arafah
    • Soalan Lazim
      • Korporat
  • Simpanan
    • Maklumat Am
      • Simpanan
      • Pembukaan Akaun
      • Penutupan Akaun
      • Kad Debit-i TH
      • Penamaan Waris
      • Data & Statistik
      • Agihan Keuntungan
    • Perkhidmatan
      • THiJARI
      • THiJARI Biz
      • Rakan Strategik
      • Pusat Perkhidmatan Kewangan (IFiC)
      • Pusat Perkhidmatan (PPTH)
      • Pembukaan Akaun Secara Dalam Talian (VAO)
      • TH Khairat
      • TH Komuniti
      • Hibah Amanah
      • Kelab TaHa
      • JomPAY
    • Borang-Borang
      • Muat Turun
    • Soalan Lazim
      • Simpanan
      • THiJARI
      • THiJARI Biz
      • JomPAY
      • TH Khairat
      • Kemaskini Nombor Telefon Bimbit
      • Kempen
    • Kempen
      • Kempen VAO 2024
      • Kempen Al-Falah
      • Kempen Auto Simpan @ THiJARI FPX
      • Kempen Bijak Menabung
      • Kempen Carum dan Simpan 2024
      • Kempen Terpaling Sayang
      • Kempen Link & Menang TH Bersama AmBank
  • Haji
    • Maklumat Am
      • Pengurusan Haji
      • Pendaftaran Haji
      • Rayuan Haji
      • Kos Haji dan Bayaran
      • Kuota Haji
      • Operasi Haji
      • Data & Statistik
    • Perkhidmatan
      • Jawatankuasa Penasihat Ibadat Haji (TH-JAKIM)
      • Program Eksekutif Pembimbing Ibadat Haji (EPIH)
      • Perkhidmatan Pengelola Jemaah Haji (PJH)
    • Bimbingan
      • E-Bimbingan Portal
      • Kursus Haji
      • Nota Modul Kursus Asas Haji (KAH)
      • Kursus Asas Haji Bersiri (Saluran Youtube Lembaga Tabung Haji)
      • Penerbitan Haji
      • Pengkursus Ibadat Haji Tanah Air dan Pembimbing Ibadat Haji Tanah Suci
      • Resolusi Muzakarah Haji
      • Program Himpunan Persaudaraan Hujjaj (HISHAJ)
    • Soalan Lazim
      • Kursus Asas Haji 1446H/2025M
      • Bayaran Haji 1445H/2024M
      • Syarat Tunai Haji & Kriteria Kesihatan Bakal Jemaah Haji Musim Haji 1445H/2024M
      • Perkhidmatan Dam dan Qurban 1445H/2024M
      • Soalan Lazim 25 Pengelola Jemaah Haji (PJH) Berdaftar Di Bawah TH Bagi Tahun 2024M
    • Kempen
      • Kempen Pengumpulan Artifak Haji #MuziumHajiTH
  • Pelaburan
    • Maklumat Am
      • Pelaburan
    • Pelaburan
      • Ekuiti
      • Pendapatan Tetap
      • Hartanah
      • Lain-lain
    • Pelaburan Strategik
      • Kewangan Islam
      • Perladangan
      • Pembangunan dan Pembinaan Hartanah
      • Hospitaliti
      • Perkhidmatan Lain
    • Soalan Lazim
      • Pelaburan
  • English
  • Bahasa Malaysia

Pengumuman

  • Karier & Latihan Industri, info lanjut>
  • THiJARI, Perkhidmatan TH kini dihujung jari anda
  • Status Cuti Umum Melibatkan Operasi Pejabat TH : November 2024
  • Penangguhan Operasi Pejabat Cawangan Berikutan Banjir
Wukuf
05 Jun 2025 / 9 Zulhijjah 1446H
Hari Ini

Soalan Lazim THiJARI

  • Aplikasi THiJARI
  • Pendaftaran THiJARI
  • Kemaskini Profil
  • Akses Saya
  • Dashboard Saya
  • Penamaan / Hibah Amanah
  • Permohonan Tuntutan Pengeluaran Hibah Amanah TH Melalui THiJARI
  • Permohonan Pengeluaran Pusaka Melalui THiJARI
  • Agihan Potongan Gaji
  • Pindahan Simpanan Antara Akaun TH
  • Pindahan Dari Akaun Bank ke Akaun TH (PLATFORM eMandate DIRECT DEBIT)
  • Pindahan Dari Akaun Bank ke Akaun TH (PLATFORM FPX)
  • Sadaqah
  • Pembukaan Akaun Secara Dalam Talian (Virtual Account Opening - VAO)
  • Kursus Haji
  • Perkhidmatan Haji
  • KELAB TaHa
  • e-BORANG
  • Pindahan Dari Akaun TH ke Akaun Bank Pendeposit Sendiri Melalui  Permohonan Pindahan e-TELEGRAFIK
  • Penukaran Status Akaun Kanak-Kanak Ke Akaun Dewasa

 

Aplikasi THiJARI

 
Soalan Jawapan
Bagaimana saya boleh mendaftar akaun THiJARI di aplikasi THiJARI? Pendaftaran tidak boleh dilakukan melalui aplikasi THiJARI. Untuk mendaftar, pendeposit boleh melayari www.thijari.com.my.
Bagaimana saya boleh menetapkan penggunaan cap jari atau ‘Face ID’ untuk digunakan ketika log masuk

Pendeposit boleh membuat tetapan cap jari atau ‘Face ID’ di menu ‘Tetapan’.

Apakah perbezaan di antara laman sesawang THiJARI dan aplikasi THiJARI?

Aplikasi THiJARI mempunyai semua kemudahan seperti yang ditawarkan di laman sesawang THiJARI, kecuali kemudahan ‘Akaun Kegemaran’, ‘Profil Saya’ dan ‘Penerimaan Tawaran Haji’.

Aplikasi THiJARI memberi kemudahan kepada pendeposit untuk mengakses THiJARI tanpa perlu melayari laman sesawang.

Mengapa telefon bimbit saya tidak dapat menggunakan cap jari atau ‘Face ID’ ketika log masuk?

Penggunaan cap jari atau ‘Face ID’ bergantung kepada model telefon bimbit tertentu, yang mempunyai fungsi tersebut. 

Sekiranya telefon bimbit anda mempunyai fungsi tersebut, anda boleh membuat penetapan di menu tetapan telefon bimbit serta di dalam aplikasi THiJARI.

Apakah syarat minimum telefon bimbit untuk menggunakan aplikasi tersebut?

1. Telefon bimbit bukan yang telah di-‘jailbreak’ atau di-‘root’.

2. Capaian internet.

3. Sistem Operasi telefon bimbit mestilah iOS 11.0 dan keatas atau versi Android 5.0 dan keatas.

Catatan:
Kami mengesyorkan agar anda sentiasa mengemas kini sistem operasi dan aplikasi telefon bimbit anda untuk pengalaman yang optimum.

Berapakah bilangan peranti yang boleh saya bind dengan akses THiJARI yang sama?

Anda hanya boleh bind satu (1) peranti dalam Aplikasi THiJARI. Apabila anda cuba untuk bind pada peranti kedua (ke-2), anda akan dimaklumkan peranti anda telah mencapai maksimum binded.

Nota: Jika anda ingin menambah lebih daripada satu (1) peranti, anda boleh menghubungi THCC di +603 - 6207 1919.

Apakah tujuan binding device ini?

Konsep binding device adalah untuk menerima pemberitahuan (notification) sahaja.

Apa yang berlaku sekiranya saya kehilangan telefon bimbit? Sekiranya telefon bimbit anda dicuri, tiada siapa yang dapat mengakses aplikasi tanpa ID pengguna dan kata laluan anda. Namun, untuk keselamatan, jangan simpan maklumat atau kata laluan akaun peribadi di dalam telefon bimbit anda. Selain itu, anda juga harus mempertimbangkan untuk menghubungi khidmat pelanggan telco anda untuk membekukan nombor telefon buat sementara waktu.
Bolehkah saya mengakses aplikasi THiJARI semasa saya berada di luar negara? Ya, dengan syarat anda mempunyai akses ke Internet di telefon bimbit anda. Sila semak dengan perkhidmatan mudah alih anda untuk caj perayauan (roaming) yang dikenakan semasa di luar negara.
Adakah terdapat caj untuk memuat turun aplikasi THiJARI? Aplikasi ini percuma untuk dimuat turun di ‘App Store’ yang berkenaan, seperti Play Store dan App Store.
Saya menerima mesej ralat yang mengatakan "Device not compatible" atau “Insufficient storage” dari Play Store ketika saya mencuba muat turun aplikasi. Apa patut saya buat?

Salah satu sebab yang mungkin berlaku untuk sesetengah telefon, terutamanya telefon bimbit lama adalah kerana sistem operasi telefon yang lama atau saiz memori tidak mencukupi 25 MB. 

Sila pastikan sistem operasi telefon bimbit anda adalah iOS 11.0 ke atas atau Android 5.0 ke atas dan juga memori telefon bimbit anda mencukupi.

Adakah Aplikasi THiJARI ini selamat?

Ya. Aplikasi THiJARI ini dilengkapi dengan pelbagai ciri-ciri keselamatan:-

  • Akses ke THiJARI dilindungi dengan prosedur yang selamat, iaitu dengan menggunakan gambar keselamatan untuk memastikan aplikasi tersebut disambungkan ke laman web rasmi THiJARI.
  • Hanya satu (1) sesi log masuk sahaja yang dibenarkan bagi setiap akses THiJARI. Sekiranya terdapat  akses kedua di peranti lain, sesi semasa akan diberhentikan.
  • Maklumat sulit akaun tidak akan disimpan pada telefon bimbit.

Kami akan sentiasa melakukan kemaskini dan penambahbaikan kawalan keselamatan teknologi sedia ada secara berterusan.

Pendaftaran THiJARI

 
Soalan Jawapan

Bagaimanakah cara untuk mendaftar THiJARI?

Anda boleh mendaftar dengan melayari www.thijari.com.my. 

Anda perlu memasukkan nombor akaun TH, nombor kad pengenalan (MyKad) dan nombor telefon yang telah didaftarkan di TH.

Apakah syarat-syarat untuk mendaftar THiJARI?

Anda perlu mempunyai akaun TH dan berstatus Aktif serta telah dikemaskini. Kemaskini maklumat boleh dilakukan di mana-mana kaunter TH terdekat. Hanya akaun TH dewasa sahaja yang boleh mendaftar THiJARI.

Apakah yang perlu dilakukan sekiranya saya lupa ID pengguna / kata laluan?

Anda perlu membuat penukaran kata laluan pada menu “Terlupa Butiran Log Masuk”.

Adakah kemudahan tukar kata laluan dan gambar keselamatan disediakan?

Ya. Anda boleh membuat penukaran kata laluan dan gambar keselamatan di menu Kemaskini Profil. 

Apakah yang perlu dilakukan sekiranya nombor TAC disekat?

Anda perlu menghubungi Tabung Haji Contact Centre (THCC) di talian +603-6207 1919 bagi tindakan selanjutnya. 
Adakah akaun THiJARI mempunyai tarikh luput? Tiada. 

Kemaskini Profil

 
Soalan Jawapan
Adakah saya boleh mengemaskini maklumat profil saya?

Ya, anda boleh mengemaskini butiran peribadi anda melalui portal THiJARI sahaja.

Untuk mengemaskini butiran peribadi anda:

  1. Klik menu "Profil Saya" 
  2. Pilih “Kemaskini Butiran”
  3. Kemaskini butiran anda dengan mengisi semua ruangan (* bermaksud wajib diisi)
  4. Klik butang ‘Berikutnya’ dan mohon TAC untuk mengesahkan semua butiran anda
  5. Sebaik sahaja anda memasukkan Nombor TAC dan klik butang ‘Sah’, anda telah berjaya mengemaskini butiran peribadi anda
Adakah saya perlu hadir kemana-mana pejabat TH Cawangan bagi tujuan pengesahan maklumat yang telah dikemaskini?

Tidak, anda tidak perlu hadir ke pejabat TH Cawangan bagi tujuan pengesahan. 

Adakah saya boleh mengemaskini No Telefon Bimbit melalui portal THiJARI?

Tidak, anda perlu hadir kemana-mana pejabat TH cawangan bagi mengemaskini Nombor Telefon Bimbit anda. 

Saya log masuk THiJARI saya dan melihat mesej makluman yang mengatakan bahawa saya perlu mengemaskini profil saya. Adakah ini wajib?

Mulai Jan 2023, semua pengguna THiJARI (pengguna baharu & sedia ada) akan diwajibkan untuk mengemaskini profil mereka. Ini adalah untuk memastikan semua butiran peribadi anda adalah yang terkini.

Apakah maklumat peribadi yang boleh dikemaskini melalui portal THiJARI?

Maklumat yang hanya boleh dikemaskini adalah seperti berikut: -

  1. Gelaran
  2. Emel
  3. Alamat Tetap
  4. Alamat Surat Menyurat
  5. Nombor Telefon Rumah & Pejabat
  6. Status Perkahwinan
  7. Nombor Akaun Bank
  8. Maklumat Pekerjaan
  9. Maklumat Perniagaan
  10. Maklumat Pasangan
  11. Hebahan Bahan-bahan Promosi dan
    Pemasaran
  12. Pengisytiharaan FATCA dan CRS

Selain daripada senarai maklumat di atas, anda perlu hadir kemana-mana pejabat TH cawangan bagi mengemaskini maklumat peribadi anda.

Berapa kalikah saya boleh mengemaskini maklumat peribadi saya? Tiada had.

Akses Saya

 
Soalan Jawapan
Apakah itu “Akses Saya”?

“Akses Saya” membolehkan pengguna untuk memilih akses di THiJARI Web dan THiJARI App.

“Akses Saya” terletak bersebelahan menu “Profil Saya” di THiJARI. 

Apakah perkhidmatan yang boleh diselenggara melalui “Akses Saya”?

Anda boleh memilih untuk akses atau sekat perkhidmatan PINDAHAN dana di dalam THiJARI. 

Bagaimana cara untuk mengakses atau menyekat perkhidmatan PINDAHAN?

Anda boleh sekat perkhidmatan PINDAHAN dana di dalam THiJARI pada bila-bila masa sahaja.
Untuk menyekat perkhidmatan PINDAHAN dana di dalam THiJARI:
1.    Klik menu “Akses Saya”
2.    Klik butang “Sekat Perkhidmatan THiJARI” dan klik butang suis ON-OFF

Namun, sekiranya anda ingin akses perkhidmatan PINDAHAN dana, anda boleh menghubungi Tabung Haji Contact Centre (THCC) di talian +603-6207 1919.

Adakah sekatan melibatkan akaun anak di bawah jagaan?

Ya, akses atau sekatan akan turut melibatkan anak di bawah jagaan.

Di manakah boleh saya dapatkan bantuan sekiranya saya adalah warga OKU?

Sila hadir di mana-mana Cawangan Tabung Haji terdekat.

Dashboard Saya

 
Soalan Jawapan

Apakah “Dashboard Saya”?

“Dashboard Saya” ialah perkhidmatan dimana ia menyediakan “snapshot” transaksi Deposit, Pengeluaran, dan Agihan Keuntungan.

Bagaimana saya boleh mengakses “Dashboard Saya”?

Anda boleh mengakses "Dashboard Saya" dengan log masuk ke akaun THiJARI anda dan klik pada menu "Dashboard Saya" yang terletak di bahagian atas, bersebelahan dengan "Profil Saya".

"Dashboard Saya" boleh diakses dalam laman web dan aplikasi THiJARI.

Apa maklumat yang dipaparkan dalam “Dashboard Saya”?

“Dashboard Saya” memaparkan jumlah Deposit, jumlah Pengeluaran, dan Agihan Keuntungan.

Deposit dan Pengeluaran merangkumi semua transaksi yang dibuat pada tahun semasa bermula dari 1 Januari sehingga hari sebelumnya (T-1).

Sebagai contoh:- Jika tarikh hari ini adalah 30 September, maka ringkasan transaksi yang ditunjukkan adalah merangkumi tempoh daripada 1 Januari sehingga 29 September pada tahun semasa tersebut.

Manakala untuk Agihan Keuntungan, maklumat yang dipaparkan adalah jumlah Agihan Keuntungan bagi tahun sebelum yang diterima pada tahun semasa.

Ia menawarkan gambaran ringkas dan mudah mengenai transaksi kewangan akaun Tabung Haji anda dan akaun di bawah jagaan.

Bolehkah saya mengubah julat masa dalam “Dashboard Saya”?

Tidak boleh. “Dashboard Saya” hanya memberi ringkasan transaksi deposit dan pengeluaran secara otomatik bagi tempoh tahun semasa sahaja.

Penamaan / Hibah Amanah

 
Soalan Jawapan
Apakah itu Penamaan/ Hibah Amanah? Penamaan merupakan  pengisytiharan secara bertulis yang dibuat oleh pendeposit untuk melantik atau menamakan mana-mana individu daripada kalangan warisnya menurut Hukum Syarak sebagai “Penama”. Penama yang dilantik bertindak sebagai wasi atau pentadbir ke atas wang simpanan di TH apabila pendeposit meninggal dunia.

Hibah Amanah merupakan pemberian harta Hibah Amanah daripada akaun simpanan TH oleh Pemberi Hibah Amanah (pendeposit TH) semasa hidupnya kepada Penerima Hibah Amanah atas dasar kasih sayang, secara sukarela tanpa paksaan dan, tanpa mengenakan sebarang balasan serta berlakunya ijab qabul antara Pemberi Hibah Amanah dan Penerima Hibah Amanah.
Bagaimana untuk saya mendaftar Penamaan/ Hibah Amanah? Anda perlu hadir ke cawangan terdekat bagi melakukan pendaftaran untuk Penamaan/ Hibah Amanah.
Bagaimana untuk saya mengetahui lebih lanjut mengenai Penamaan/ Hibah Amanah seperti syarat dan borang diperlukan? Anda boleh melayari laman web https://www.tabunghaji.gov.my/ms/simpanan/perkhidmatan/hibah-amanah-th untuk mengetahui lebih terperinci mengenai Hibah Amanah.

Permohonan Tuntutan Pengeluaran Hibah Amanah TH Melalui THiJARI

 
Soalan Jawapan
Bilakah tuntutan pengeluaran Hibah Amanah TH boleh dibuat? Permohonan tuntutan pengeluaran boleh dibuat apabila Pemberi Hibah Amanah (si mati) meninggal dunia.
Siapakah yang boleh membuat tuntutan pengeluaran Hibah Amanah TH melalui THiJARI?

Permohonan boleh dibuat oleh pengguna THiJARI melalui platform Web/Mobile dan merupakan Penerima Hibah Amanah yang direkodkan di sistem TH.

Bagaimanakah cara untuk membuat tuntutan pengeluaran Hibah Amanah TH melalui THiJARI?.

Pengguna THiJARI perlu:

  1. Log masuk ke Web/Mobile THiJARI dan klik pada menu ‘Penamaan/Pusaka/Hibah Amanah’.

  2. Klik ‘Permohonan Tuntutan Hibah Amanah’ dan kemudian klik ‘Permohonan Tuntutan’.

  3. Masukkan butiran No. Kad Pengenalan Pemberi Hibah Amanah (si mati) untuk membuat carian Maklumat Pemberi Hibah (si mati).

  4. Nama Pemberi Hibah Amanah dan maklumat Penerima Hibah Amanah akan dipaparkan. Masukkan maklumat butiran kematian Pemberi Hibah Amanah (si mati), emel Penerima Hibah Amanah dan klik ‘Berikutnya’.

  5. Baca ‘Terma & Syarat’ dan kemudian klik butang ‘Setuju’ untuk pengesahan. Dengan ini, pengguna dianggap bersetuju dengan terma & syarat TH.

  6. Muatnaik dokumen sokongan yang diperlukan mengikut Terma & Syarat TH dan klik butang ‘Hantar’. Setiap fail yang dimuatnaik perlu dihantar secara berasingan. Klik ‘Berikutnya’.

  7. Semak butiran yang telah diisi dan klik pada kotak Perakuan Permohonan Tuntutan Hibah Amanah sebagai persetujuan. Klik ‘Berikutnya’ jika semua maklumat telah lengkap.

  8. Klik ‘Ya’ sebagai pengesahan bahawa Perakuan Permohonan Tuntutan Hibah Amanah telah dibaca dan difahami.

  9. Pengguna akan dibawa ke paparan skrin maklumat permohonan dan klik ‘Muat turun’ untuk mencetak resit permohonan sekiranya perlu.

  10. Pengguna akan menerima notifikasi berkenaan status permohonan tuntutan pengeluaran Hibah Amanah melalui emel yang didaftarkan.
Bagaimana cara memasukan maklumat No. Sijil Kematian/No. Daftar Kematian Pemberi Hibah Amanah (si mati) di THiJARI?

Berikut adalah tatacara kemasukan maklumat No. Sijil Kematian/No. Daftar Kematian yang tepat dan betul berdasarkan format terkini Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia (JPN) bagi urusan tuntutan Hibah Amanah TH:

  1. No. Sijil Kematian

    Contoh:No.Sijil Kematian
    Sila daftar kemasukan No Sijil Kematian seperti berikut: MT00588019 (maksimum 10 aksara).

  2. Laporan Kematian Luar Negara (yang dikeluarkan oleh JPN) bagi kes kematian Luar Negara

    Contoh:Laporan Kematian Luar Negara (yang dikeluarkan oleh JPN) bagi kes kematian Luar Negara
    Sila daftar kemasukan No Sijil Kematian dengan menggunakan “No. Rujukan Kami” seperti berikut: 2001JBBJPN (maksimum 10 aksara).
Bagaimana jika status akaun simpanan TH Pemberi Hibah Amanah (si mati) berstatus Tidak Aktif/Bankrap/Ada Pendaftaran Haji dan lain-lain? Bagi Pemberi Hibah Amanah (si mati) yang mempunyai akaun simpanan TH berstatus Tidak Aktif/Bankrap/Ada Pendaftaran Haji dan lain-lain, permohonan tuntutan Hibah Amanah TH tidak boleh dibuat melalui THiJARI dan hendaklah dibuat melalui cawangan TH.
Bagaimana jika status akaun simpanan TH Penerima Hibah Amanah berstatus Tidak Aktif/Bankrap? Bagi Penerima Hibah Amanah yang mempunyai akaun simpanan TH Tidak Aktif (Dorman) atau berstatus Bankrap, permohonan tuntutan Hibah Amanah TH tidak boleh dibuat melalui THiJARI dan hendaklah dibuat melalui cawangan TH.

Bolehkah permohonan tuntutan pengeluaran Hibah Amanah TH secara Hybrid/Gabungan (Hibah Amanah & Penamaan) dibuat melalui THiJARI?

Tidak boleh. Permohonan tuntutan pengeluaran bagi Hibah Amanah TH secara Hybrid/Gabungan (Hibah Amanah & Penamaan) hendaklah dibuat di mana-mana cawangan TH.

Bolehkah Penjaga Sah ke atas Penerima Hibah Amanah (di bawah umur 18 tahun/tidak kompeten/OKU (tidak waras)) membuat tuntutan Hibah Amanah TH melalui THiJARI?

Tidak boleh. Permohonan tuntutan pengeluaran dari Penjaga Sah ke atas Penerima Hibah Amanah (di bawah umur 18 tahun/tidak kompeten/OKU (tidak waras) hendaklah dibuat di mana-mana cawangan TH.

Bagaimana jika Penerima Hibah Amanah meninggal dunia terlebih dahulu sebelum Pemberi Hibah Amanah?

Sekiranya Penerima Hibah Amanah meninggal dunia terlebih dahulu sebelum Pemberi Hibah Amanah, maka waris kepada Penerima Hibah Amanah boleh membuat tuntutan di mana-mana cawangan TH.

Apakah dokumen yang wajib dimuatnaik untuk membuat tuntutan pengeluaran Hibah Amanah TH melalui THiJARI?

Penerima Hibah Amanah diwajibkan memuatnaik dokumen berikut semasa membuat permohonan tuntutan pengeluaran Hibah Amanah TH:

  1. Dokumen Pengenalan Diri Penerima Hibah Amanah asal/salinan;

  2. Dokumen Dokumen asal/salinan Sijil Kematian/ Laporan Kematian Luar Negara Pemberi Hibah Amanah (yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia);

  3. Lain-lain dokumen sokongan (akan dihubungi oleh TH sekiranya diperlukan).

Nota 1:
Pastikan dokumen yang dimuatnaik adalah jelas dan boleh dibaca.

Nota 2:
Format fail yang diterima termasuk PDF, PNG, JPG, dan JPEG. 
Saiz setiap fail adalah tidak melebihi 15MB.  

Adakah dokumen sokongan perlu disahkan benar sebelum dimuatnaik?

Tidak perlu. Namun, sila pastikan dokumen yang dikemukakan adalah benar dan tepat. TH berhak membatalkan permohonan ini sekiranya didapati maklumat adalah tidak benar dan TH berhak menuntut semula sekiranya bayaran telah dibuat.

Apakah status Agihan Keuntungan TH sekiranya akaun simpanan TH Pemberi Hibah Amanah (si mati) ditutup?

  1. Sekiranya penutupan akaun dilaksanakan melalui permohonan tuntutan Hibah Amanah TH sebelum tarikh pengkreditan Agihan Keuntungan TH tahun semasa, akaun tersebut tidak layak mendapat Agihan Keuntungan TH.

  2. Sekiranya penutupan akaun dilaksanakan melalui permohonan tuntutan Hibah Amanah TH selepas tarikh pengkreditan Agihan Keuntungan TH tahun semasa, akaun tersebut layak mendapat Agihan Keuntungan TH.

Untuk maklumat lanjut berkaitan makluman Agihan Keuntungan TH, sila rujuk Laman Web Rasmi TH.
Apakah yuran/caj yang dikenakan bagi permohonan tuntutan pengeluaran Hibah Amanah TH?
  1. Yuran tuntutan Hibah Amanah TH adalah pada kadar satu peratus (1%) daripada baki wang Pemberi Hibah Amanah (si mati) atau maksimum Ringgit Malaysia Sepuluh Ribu (RM10,000.00); dan

  2. Caj Penutupan Akaun sebanyak RM5.00 akan ditolak daripada akaun simpanan TH Pemberi Hibah Amanah (si mati).
Berapakah tempoh masa proses pembayaran setelah permohonan dibuat? Proses bayaran adalah dalam tempoh 30 hari bekerja setelah TH menerima kesemua dokumen dengan lengkap.
Apakah kaedah pembayaran tuntutan pengeluaran Hibah Amanah TH yang dibenarkan bagi permohonan melalui THiJARI? Pembayaran tuntutan pengeluaran Hibah Amanah TH melalui THiJARI akan dibayar secara kredit ke akaun simpanan TH Penerima Hibah Amanah.
Bagaimanakah Penerima Hibah Amanah akan dimaklumkan sekiranya permohonan tuntutan pengeluaran Hibah Amanah TH telah diluluskan? Sekiranya permohonan telah diluluskan, TH akan mengeluarkan Surat Makluman Bayaran kepada pemohon melalui emel yang didaftarkan.
Bagaimanakah ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai kemudahan ini? Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Tabung Haji Contact Centre (THCC)
  • Telefon : 03-62071919

  • Emel : th-info@lth.gov.my

  • Online : Sembang Langsung (Live Chat) Tabung Haji di www.tabunghaji.gov.my

Permohonan Pengeluaran Pusaka Melalui THiJARI

 
Soalan Jawapan

Siapakah yang boleh membuat permohonan pengeluaran Pusaka melalui THiJARI?

Permohonan hendaklah dibuat oleh pengguna THiJARI melalui platform Web/Mobile dan merupakan Penama Pertama yang direkodkan di sistem TH dari kalangan waris yang berhak mengikut Hukum Syarak.
Siapakah yang dimaksudkan dengan penama dari kalangan waris yang berhak mengikut Hukum Syarak

Senarai waris-waris yang berhak mengikut Hukum Syarak:
Waris Lelaki

 
  1. Anak lelaki
  2. Cucu lelaki daripada anak lelaki dan ke bawah
  3. Bapa
  4. Datuk sebelah bapa dan ke atas.
  5. Adik-beradik lelaki kandung
  6. Adik-beradik lelaki sebapa
  7. Adik-beradik lelaki seibu
  8. Anak lelaki daripada adik-beradik lelaki kandung
  9. Anak lelaki daripada adik-beradik lelaki sebapa dan ke bawah
  10. Bapa saudara sekandung dengan bapa
  11. Bapa saudara sebapa dengan bapa
  12. Anak lelaki daripada bapa saudara sekandung dengan bapa
  13. Anak lelaki daripada bapa saudara sebapa dengan bapa
  14. Suami

Waris Perempuan

  1. Anak perempuan
  2. Cucu perempuan daripada anak lelaki.
  3. Ibu
  4. Nenek sebelah ibu
  5. Nenek sebelah bapa
  6. Adik-beradik perempuan kandung
  7. Adik-beradik perempuan sebapa
  8. Adik-beradik perempuan seibu
  9. Isteri
Bagaimana jika penama bukan dari kalangan waris yang berhak mengikut Hukum Syarak?. Sekiranya orang yang dinamakan bukan dari kalangan waris yang berhak berdasarkan Hukum Syarak, permohonan tersebut akan ditolak dan penamaan akan terbatal. Pemohon boleh hadir di mana-mana cawangan TH atau menghubungi THCC untuk maklumat lanjut.
Bagaimanakah cara untuk membuat tuntutan pengeluaran Hibah Amanah TH melalui THiJARI?.

Pengguna THiJARI perlu:

  1. Log masuk ke Web/Mobile THiJARI dan klik pada menu ‘Penamaan/Pusaka/Hibah Amanah’.

  2. Klik ‘Permohonan Tuntutan Pusaka’ dan kemudian klik ‘Permohonan Tuntutan’.

  3. Masukkan butiran No. Kad Pengenalan Pendeposit (si mati) untuk membuat carian Maklumat Pendeposit (si mati).

  4. Nama Pendeposit (si mati) dan maklumat Penama akan dipaparkan. Masukkan maklumat butiran kematian Pendeposit (si mati), emel Penama dan klik ‘Berikutnya’.

  5. Baca ‘Terma & Syarat’ dan kemudian klik butang ‘Setuju’ untuk pengesahan. Dengan ini, pengguna dianggap bersetuju dengan terma & syarat TH.

  6. Muatnaik dokumen sokongan yang diperlukan mengikut Terma & Syarat TH dan klik butang ‘Hantar’. Setiap fail yang dimuatnaik perlu dihantar secara berasingan. Pilih cawangan TH pilihan untuk memproses permohonan anda dan klik ‘Berikutnya’.

    Nota: Pemilihan cawangan tersebut adalah untuk memudahkan pemohon/penama pertama berurusan di cawangan berkenaan sekiranya diperlukan.

  7. Semak butiran yang telah diisi dan klik pada kotak Perakuan Permohonan Tuntutan Pusaka sebagai persetujuan. Klik ‘Berikutnya’ jika semua maklumat telah lengkap.

  8. Klik ‘Ya’ sebagai pengesahan bahawa Perakuan Permohonan Tuntutan Pusaka telah dibaca dan difahami.

  9. Pengguna akan dibawa ke paparan skrin maklumat permohonan dan klik ‘Muat turun’ untuk mencetak resit permohonan sekiranya perlu.

  10. Pengguna akan menerima notifikasi berkenaan status permohonan tuntutan pengeluaran pusaka melalui emel yang didaftarkan.
Bagaimana cara memasukan maklumat No. Sijil Kematian/No. Daftar Kematian Pemberi Hibah Amanah (si mati) di THiJARI?

Berikut adalah tatacara kemasukan maklumat No. Sijil Kematian/No. Daftar Kematian yang tepat dan betul berdasarkan format terkini Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia (JPN) bagi urusan tuntutan Hibah Amanah TH:

  1. No. Sijil Kematian

    Contoh:No.Sijil Kematian
    Sila daftar kemasukan No Sijil Kematian seperti berikut: MT00588019 (maksimum 10 aksara).

  2. Laporan Kematian Luar Negara (yang dikeluarkan oleh JPN) bagi kes kematian Luar Negara

    Contoh:Laporan Kematian Luar Negara (yang dikeluarkan oleh JPN) bagi kes kematian Luar Negara
    Sila daftar kemasukan No Sijil Kematian dengan menggunakan “No. Rujukan Kami” seperti berikut: 2001JBBJPN (maksimum 10 aksara).
Apakah peranan/tanggungjawab Penama setelah menerima bayaran pengeluaran Pusaka Penama bertindak sebagai Pemegang Amanah/Pentadbir yang mempunyai kewajipan untuk mengagihkan baki wang Pendeposit (si mati) yang diterima kepada waris yang berhak mengikut Hukum Syarak.
Bagaimana jika status akaun simpanan TH Pendeposit (si mati) berstatus Tidak Aktif/Bankrap/Ada Pendaftaran Haji dan lain-lain? Bagi Pendeposit (si mati) yang mempunyai akaun simpanan TH berstatus Tidak Aktif/Bankrap/Ada Pendaftaran Haji dan lain-lain,permohonan Pengeluaran Pusaka tidak boleh dibuat melalui THiJARI dan hendaklah dibuat melalui cawangan TH.
Bagaimana jika status akaun simpanan TH pemohon berstatus Tidak Aktif/Bankrap Bagi pemohon yang mempunyai akaun simpanan TH Tidak Aktif (Dorman) atau berstatus Bankrap, permohonan pengeluaran Pusaka tidak boleh dibuat melalui THiJARI dan hendaklah dibuat melalui cawangan TH.

Bolehkah Penama Pertama di bawah umur 18 tahun membuat permohonan pengeluaran Pusaka melalui THiJARI?

Tidak boleh. Permohonan pengeluaran Pusaka bagi Penama Pertama di bawah umur 18 tahun hendaklah dibuat di mana-mana cawangan TH.
Penjaga Sah dan Penama yang berumur di bawah 18 tahun tersebut perlu melengkapkan borang JP005/JP006. Kedua-dua borang tersebut perlu ditandatangani dan cap jari oleh Penjaga Sah tersebut.
Apakah dokumen yang wajib dimuatnaik untuk membuat permohonan pengeluaran Pusaka melalui THiJARI? Pemohon diwajibkan memuatnaik dokumen berikut semasa membuat permohonan pengeluaran pusaka:
  1. Dokumen Pengenalan Diri Pemohon asal/salinan;

  2. Dokumen asal/salinan Sijil Kematian Pendeposit/Laporan Kematian Luar Negara (yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia); dan

  3. Dokumen asal Sijil Kelahiran Pemohon, Pendeposit (si mati) dan ahli waris (bagi setiap peringkat untuk membuktikan pertalian dengan si mati sekiranya berkaitan); atau

  4. Dokumen asal Sijil Nikah/ Surat Pengesahan Pernikahan
    suami/isteri (yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama di negeri-negeri di Malaysia) (bagi membuktikan pertalian dengan si mati sekiranya berkaitan);

  5. Lain-lain dokumen sokongan (akan dihubungi oleh TH sekiranya diperlukan).

Nota 1:
Pastikan dokumen yang dimuatnaik adalah jelas dan boleh dibaca.

Nota 2:
Format fail yang diterima termasuk PDF, PNG, JPG, dan JPEG. 
Saiz setiap fail adalah tidak melebihi 15MB.  

Bagaimanakah ingin membuktikan pertalian waris berperingkat dengan Pendeposit (si mati)?

Contoh 1:
Penama yang dinamakan: Anak saudara lelaki
Dokumen yang wajib dimuatnaik:

  1. Dokumen Pengenalan Diri Pemohon asal/salinan;

  2. Dokumen asal/salinan Sijil Kematian Pendeposit/Laporan Kematian Luar Negara (yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia);

  3. Dokumen pembuktian pertalian:
    • Dokumen asal Sijil kelahiran Pemohon;

    • Dokumen asal Sijil kelahiran bapa Pemohon; dan

    • Dokumen asal Sijil kelahiran Pendeposit (si mati). 

Contoh 2:
Penama yang dinamakan: Nenek sebelah ibu
Dokumen yang dimuatnaik:
  1. Dokumen Pengenalan Diri Pemohon asal/salinan;

  2. Dokumen asal/salinan Sijil Kematian Pendeposit/Laporan Kematian Luar Negara (yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia);

  3. Dokumen pembuktian pertalian:
    • Dokumen asal Sijil kelahiran ibu Pendeposit (si mati); dan;

    • Dokumen asal Sijil kelahiran Pendeposit (si mati).

*Namun, sekiranya Penama tidak dapat menyerahkan dokumen pertalian atas kesulitan yang tertentu, Surat Akuan Sumpah perlu disertakan (Akta Akuan Berkanun 1960).
Adakah dokumen sokongan perlu disahkan benar sebelum dimuatnaik? Tidak perlu. Namun, sila pastikan dokumen yang dikemukakan adalah benar dan tepat. TH berhak membatalkan permohonan ini sekiranya didapati maklumat adalah tidak benar dan TH berhak menuntut semula sekiranya bayaran telah dibuat.

Apakah status Agihan Keuntungan TH sekiranya akaun simpanan TH Pendeposit (si mati) ditutup?

  1. Sekiranya penutupan akaun dilaksanakan melalui permohonan pengeluaran Pusaka sebelum tarikh pengkreditan Agihan Keuntungan TH tahun semasa, akaun tersebut tidak layak mendapat Agihan Keuntungan TH.

  2. Sekiranya penutupan akaun dilaksanakan melalui permohonan pengeluaran Pusaka selepas tarikh pengkreditan Agihan Keuntungan TH tahun semasa, akaun tersebut layak mendapat Agihan Keuntungan TH.

Untuk maklumat lanjut berkaitan makluman Agihan Keuntungan TH, sila rujuk Laman Web Rasmi TH.
Berapakah tempoh masa proses pembayaran setelah permohonan dibuat? Proses bayaran adalah dalam tempoh 14 hari bekerja setelah TH menerima kesemua dokumen dengan lengkap.
Adakah caj dikenakan bagi permohonan pengeluaran Pusaka? Ya. Caj Penutupan Akaun sebanyak RM5.00 atau mana-mana yang lebih rendah berdasarkan baki semasa akaun Pendeposit akan dikenakan ke atas permohonan penutupan akaun (melalui permohonan pengeluaran Pusaka).
Apakah kaedah pembayaran pengeluaran Pusaka yang dibenarkan bagi permohonan melalui THiJARI? Pembayaran pengeluaran Pusaka akan dibayar secara kredit ke akaun simpanan TH pemohon.
Bagaimanakah pemohon akan dimaklumkan sekiranya permohonan pengeluaran Pusaka telah diluluskan? Sekiranya permohonan telah diluluskan, TH akan mengeluarkan Surat Makluman Bayaran kepada pemohon melalui emel yang didaftarkan.
Bagaimanakah ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai kemudahan ini? Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Tabung Haji Contact Centre (THCC)
  • Telefon : 03-62071919

  • Emel : th-info@lth.gov.my

  • Online : Sembang Langsung (Live Chat) Tabung Haji di www.tabunghaji.gov.my

Agihan Potongan Gaji

 
Soalan Jawapan
Apakah itu Agihan Potongan Gaji?

“Agihan Potongan Gaji” adalah perkhidmatan caruman potongan gaji bulanan yang boleh diagihkan kepada Pendeposit / Ahli Keluarga (Akaun TH yang aktif)

Untuk membuat caruman potongan gaji melalui THiJARI:

  1. Klik menu ‘Agihan Potongan Gaji’
  2. Masukkan jumlah “Amaun Potongan Gaji”, “No. Kakitangan” (jika ada) dan “Emel Majikan”.
  3. Klik butang ‘Tambah Pemohon’ dan maklumat Pendeposit dipaparkan. Masukkan amaun yang ingin dicarum.
  4. Jika ingin tambah ahli keluarga, klik butang ‘Tambah Pemohon Lain’ dan isi No. MyKad, No. Akaun TH dan Amaun.
  5. Klik butang ‘Berikutnya’ jika semua maklumat telah diisi dan disemak.
  6. Tandakan ‘Nota’ yang dipaparkan menandakan anda maklum dan bertanggungjawab untuk memaklumkan kepada pihak majikan berkenaan caruman potongan gaji anda.
  7. Mohon TAC dan masukkan no. TAC. Klik butang ‘Hantar’
  8. Penghantaran bagi Agihan Potongan Gaji anda telah berjaya dan anda HENDAKLAH muat turun resit untuk diberikan kepada majikan anda. 
Adakah transaksi Agihan Potongan Gaji ini mempunyai had?

Tiada had dan jumlah minimum agihan adalah serendah RM1.00.

Berapakah jumlah Pendeposit/Ahli Keluarga yang boleh didaftarkan?

Tiada had bilangan dan sekurang-kurangnya satu (1) Pendeposit/Ahli Keluarga perlu didaftarkan.

Bagaimanakah cara untuk menghentikan/menamatkan transaksi potongan gaji?

Untuk menghentikan/menamatkan transaksi potongan gaji, anda boleh merujuk dan memaklumkan kepada pihak majikan dan memuat turun resit selepas membuat perubahan pada agihan potongan gaji untuk mengemaskini rekod anda.

Saya telah menukar jumlah potongan gaji. Adakah saya perlu memaklumkan kepada majikan saya?

Ya. Anda perlu memaklumkan majikan anda untuk mengemaskini amaun potongan gaji mengikut perubahan dan memuat turun resit selepas membuat perubahan pada amaun potongan gaji anda sebagai bukti untuk memaklumkan kepada majikan anda.
Bagaimanakah cara untuk menghentikan agihan potongan gaji kepada Pendeposit/Ahli Keluarga yang telah didaftarkan? Anda boleh menghentikan pengagihan kepada pendeposit/Ahli Keluarga yang telah didaftarkan dengan menekan butang ‘Padam’ di bawah profil pemohon dan memuat turun resit sekiranya terdapat sebarang perubahan pada amaun potongan gaji sebagai bukti untuk memaklumkan kepada majikan anda.
Adakah pengagihan ini dilaksanakan pada bulan yang sama didaftarkan? Tidak. Pengagihan akan dilakukan mulai bulan berikutnya.
Adakah saya akan dikenakan caj untuk perkhidmatan ini Tidak
Saya terlupa untuk memuat turun resit agihan potongan gaji sebelum ini. Bolehkah saya menyemak dan mencetak semula resit saya Boleh. Resit agihan potongan gaji boleh dicetak semula melalui THiJARI.

Adakah saya boleh meminda atau mengubah agihan potongan gaji saya?

Ya. Anda boleh meminda atau mengubah agihan potongan gaji anda KECUALI agihan potongan gaji yang telah berkuatkuasa pada bulan yang sama atau mana-mana bulan potongan ke hadapan yang telah didaftarkan sebelum ini. 

Untuk sebarang semakan lanjut, anda boleh menghubungi THCC @ 03-6207 1919 atau hadir ke mana-mana pejabat TH cawangan yang berdekatan.

Pindahan Simpanan Antara Akaun TH

 
Soalan Jawapan

Berapakah had amaun pindahan simpanan sehari yang boleh dilakukan?

  • Pindahan ke Akaun TH Persendirian (ke akaun TH anak bawah jagaan) - RM15,000.00 sehari 
  • Pindahan ke Akaun TH Pihak Ketiga (termasuk akaun TH yang telah di "favourite" kan) – RM3,000.00 sehari
Adakah penjaga boleh membuat transaksi pindahan simpanan bagi akaun anak bawah jagaan?

Boleh.  Akaun TH anak bawah jagaan adalah secara automatik akan dipaparkan setelah penjaga berjaya mendaftar THiJARI. 

Adakah penjaga boleh menyemak akaun TH anak bawah jagaan?

Boleh. Penjaga boleh menyemak pada menu “Ringkasan Akaun”.

Adakah kemudahan Akaun Kegemaran (Favourite Account) disediakan? Ya. Anda boleh membuat Akaun Kegemaran (Favourite Account) bagi akaun TH pihak ketiga.
Adakah saya boleh membuat Pindahan Ulangan melalui THiJARI? Boleh. Anda boleh membuat pindahan ulangan semasa membuat pindahan antara akaun TH dalam menu Pindahan – TH ke TH.

Kekerapan pindahan ulangan boleh dilaksanakan setiap minggu, setiap 2 minggu dan setiap bulan.
Bagaimana saya hendak menghentikan Pindahan Ulangan?

Anda boleh menghentikan transaksi pindahan ulangan tersebut dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Pergi ke menu ‘Ringkasan Akaun’ dan pilih Akaun TH i.e. Akaun Dewasa atau Akaun Kanak-kanak
  2. Pilih ‘Sejarah Transaksi’ dan pilih ‘Jenis Transaksi THiJARI Akan Datang’
  3. Klik butang ‘Cari Transaksi’
  4. Pilih transaksi pindahan ulangan yang hendak dihentikan dan klik butang ‘Hentikan pindahan ini’ atau ‘Hentikan semua pindahan berikutnya’

Adakah saya boleh mendapatkan penyata akaun TH melalui THiJARI?

Anda boleh semak / memuat turun penyata akaun TH anda mengikut bulanan atau tempoh enam (6) bulan bagi tahun sebelum dan semasa melalui THiJARI dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Pilih menu ‘Ringkasan Akaun’.
  2. Pilih akaun i.e. Akaun Dewasa atau Akaun Kanak-kanak.
  3. Anda boleh memilih ‘Sejarah Transaksi’ untuk melihat semua transaksi untuk tempoh sehingga 90 hari atau,
  4. Pilih ‘Penyata Akaun’ untuk semak / memuat turun dengan memilih:
    a.    ‘Tahun’ = tahun sebelumnya dan semasa
    b.    ‘Julat Bulan’ = 6 Bulan atau Bulanan
    c.    ‘Bulan’
            i.  6 Bulan = Januari – Jun atau Julai – Disember
            ii. Bulanan = 12 bulan
  5. Klik butang ‘Carian Penyata’ dan anda boleh memuat turun penyata akaun dengan mengklik 'Muat turun PDF'

Pindahan Dari Akaun Bank ke Akaun TH (PLATFORM eMandate DIRECT DEBIT)

 
Soalan Jawapan

Apakah Direct Debit melalui THiJARI?

Direct Debit ialah transaksi berulang yang boleh dilakukan di THiJARI melalui internet banking pendeposit. Ia mudah dan cepat.

Membolehkan pengguna THiJARI membuat pindahan berulang ke dalam akaun TH sendiri dan pihak ketiga daripada akaun bank.

Bagaimanakan cara untuk melakukan transaksi Direct Debit ini melalui THiJARI?

Pengguna THiJARI MESTILAH:

  1. Log masuk ke dalam laman sesawang THiJARI Web/Mobile, pilih menu Pindahan,
  2. Klik pada “Pendaftaran Direct Debit – Bank Akaun ke TH Akaun,
  3. Pilih TH akaun,
  4. Nama pengguna THiJARI, No IC dan no telefon bimbit akan tertera secara automatik,
  5. Masukkan alamat emel untuk notifikasi (tidak wajib),
  6. Masukkan amaun (RM),
  7. Pilih bank pilihan bagi membuat pendaftaran Direct Debit,
  8. Klik pada kotak terma & syarat bagi persetujuaan dan pengesahan,
  9. Pengguna perlu log masuk ke laman sesawang bank pilihan untuk meneruskan transaksi.

Adakah transaksi Direct Debit ini mempunyai limit?

Ya, jumlah minima transaksi ialah RM5.00 dan jumlah maksima adalah RM30,000.00 per transaksi.

Adakah saya akan dikenakan caj untuk perkhidmatan ini?

Tiada caj dikenakan. Tetapi pengguna akan dicaj RM1.00 dan ianya akan didebit melalui akaun bank untuk memastikan akaun yang dipilih adalah aktif semasa menggunakan perkhidmatan ini. Walaubagaimanapun, caj ini akan dipulangkan oleh TH.

Adakah saya perlu mendaftar?

Ya, pendaftaran transaksi Direct Debit diperlukan melalui THiJARI. Pengguna MESTILAH mempunyai kemudahan perkhidmatan perbankan dalam talian atau Aplikasi Perbankan Mobile dalam talian bagi menyempurnakan transaksi.

Berapakah masa yang diperlukan bagi pengkreditan dana ke dalam akaun TH?

Direct Debit ini adalah transaksi pindahan berulang. Transaksi amaun akan dikreditkan ke dalam akaun TH yang didaftarkan selepas berjaya debit akaun bank dan kredit kepada akaunTH yang didaftarkan.

Adakah cut-off untuk pendaftaran Direct Debit?

Ya, cut off  bagi pendaftaran Direct Debit ialah pada setiap 20hb bulan. Pendaftaran yang dilakukan selepas 20hb akan dimasukkan ke bulan yang berikutnya. Contoh adalah seperti berikut:

  1. Pendaftaran Direct Dedit berjaya di lakukan pada 18 Mac 2021, pendaftaran ini akan dilaksanakan pada transaksi bulan Mac 2021.
  2. Pendaftaran Direct Debit berjaya dilakukan pada 21 Mac 2021, pendaftaran ini hanya kan dimasukkan pada transasksi bulan April 2021.

Adakah Direct Debit ini dilaksanakan pada tarikh yang sama setiap bulan?

Ya, Direct Debit ini dilaksanakan pada setiap 25hb. Jika tarikh 25hb jatuh pada hujung minggu atau cuti umum (rujuk kalender Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) pelaksanaan Direct Debit adalah lebih awal dari 25hb. Pengkreditan ke akaun TH adalah pada T+2 hari bekerja.

Bolehkah saya mendaftar Direct Debit bagi akaun selain dari akaun TH saya?

Ya, anda boleh melakukan pendaftaran pindahan berulang Direct Debit kepada akaun sendiri dan akaun pihak ketiga TH.

Bolehkah saya melaksanakan penyelenggaraan atau pembatalan transaksi Direct Debit?

Ya, hanya AMAUN sahaja yang boleh dikemaskini (sila rujuk limit transaksi seperti di atas).

Ya, pengguna boleh membuat pembatalan pendaftaran Direct Debit pada bila-bila masa melalui THiJARI.

Walaubagaimanapun, caj RM1.00 akan dikenakan untuk mana-mana penyelenggaraan dan pembatalan seperti di atas. Caj RM1.00 ini akan dipulangkan oleh TH.

Apakah nota PENTING untuk saya?

  1. Pengguna THiJARI boleh mendaftar transaksi Direct Debit untuk akaun sendiri, akaun pilihan atau mana-mana akaun pihak ketiga yang AKTIF.
  2. Transaksi ini adalah pindahan berulang secara BULANAN kepada akaun TH yang aktif.
  3. Caj RM1.00 akan dikenakan untuk mana-mana transaksi pendaftaran, penyelenggaraan, dan pembatalan melalui pendebitan akaun bank pengguna tetapi caj ini akan dipulangkan oleh TH ke akaun bank pengguna yakni TIADA caj perkhidmatan dikenakan keatas pengguna bagi perkhidmatan Direct Debit ini.
  4. Pengguna hendaklah memastikan akaun bank adalah AKTIF dan mempunyai jumlah baki yang cukup setiap bulan bagi melaksanakan transaksi Direct Debit.
  5. Pengguna juga perlu memastikan akaun TH penerima adalah AKTIF bagi membolehkan pengkreditan dana.
  6. Pengguna MESTILAH mempunyai perbankan internet bagi menyempurnakan transaksi.

Pindahan Dari Akaun Bank ke Akaun TH (PLATFORM FPX)

 

Soalan Jawapan

Apakah Pindahan dari Akaun Bank ke Akaun TH melalui FPX menggunakan THiJARI?

Membolehkan pengguna THiJARI melakukan transaksi pindahan dari Akaun Bank ke Akaun TH melalui FPX.

FPX adalah gerbang pembayaran selamat berasaskan internet yang membolehkan pemindahan dana ke akaun TH dari akaun perbankan internet pilihan pengguna. FPX dikendalikan oleh Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet).

Bagaimanakah untuk melakukan transaksi deposit dari Akaun Bank ke Akaun TH melalui platform FPX menggunakan THiJARI?

Pengguna THiJARI hendaklah:

  1. Log masuk ke Web / Aplikasi THIJARI dan ke menu Pindahan,
  2. Pilih “Pindahan – Akaun Bank ke Akaun TH”,
  3. Pilih akaun TH untuk pindahan atas talian i.e. akaun sendiri, akaun pilihan, dan akaun pihak ke 3 yang AKTIF,
  4. Masukkan maklumat penerima (wajib),
  5. Masukkan alamat emel untuk penerimaan notifikasi (tidak wajib),
  6. Masukkan amaun pindahan (RM),
  7. Pilih Bank pilihan untuk tujuan debit akaun bank bagi meneruskan transaksi pindahan,
  8. Dengan klik butang "seterusnya", pengguna dianggap bersetuju dengan terma & syarat FPX untuk transaksi ini,
  9. Pengguna akan di bawa ke laman sesawang perbankan internet pilihan bagi menyempurnakan transaksi.

Adakah saya akan dikenakan caj untuk perkhidmatan ini?

Tiada sebarang caj yang dikenakan kerana TH akan menanggung caj tersebut.

Adakah saya perlu mendaftar?

Tidak perlu berdaftar dengan FPX. Walau bagaimanapun, anda mesti mempunyai akaun THiJARI dan juga akses Internet atau Mobile Banking dari mana-mana bank di Malaysia.

Berapa lama masa yang diperlukan untuk membuat transaksi deposit saya dikreditkan ke dalam akaun TH pendeposit?

Ia akan dikreditkan secara real-time (serta merta).

Bolehkah saya membuat transaksi ke akaun TH yang lain?

Ya, pengguna dapat melakukan transaksi ke Akaun TH Sendiri atau Akaun TH Pihak Ketiga.

Adakah sebarang had untuk memindahkan wang dari akaun Bank ke akaun TH melalui platform FPX?

Ya, jumlah minima adalah RM5.00 dan had jumlah maksima adalah RM30,000.00 setiap transaksi.

Adakah transaksi ini melalui platform FPX benar-benar selamat?

Ianya menggunakan pengesahan dan perakuan standard yang tinggi untuk memastikan semua transaksi adalah selamat seperti bank-bank di Malaysia.

Semasa melakukan transaksi, saya telah menerima ralat / mesej yang tidak berjaya. Walau bagaimanapun, jumlah tersebut telah ditolak dari akaun bank saya. Apa yang saya perlu lakukan?

Sekiranya dana anda ditolak tetapi urus niaga tidak berjaya dana anda akan dikreditkan kembali ke dalam akaun bank oleh Bank anda. Hubungi Bank anda untuk mendapatkan status pemulangan dengan memberikan FPX Transaction ID atau Merchant Order No. sebagai rujukan.  

Sadaqah

 
Soalan Jawapan
Apa itu Tabung Kebajikan Jemaah Haji Malaysia (“TKJHM”)? TKJHM adalah tabung yang dikategorikan sebagai Kumpulan Wang TH yang ditadbir dan dikawal oleh TH tertakluk kepada Seksyen 15(2) Akta Tabung Haji 1995 di mana objektif penubuhan TKJHM ialah untuk menampung kebajikan jemaah haji mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa TKJHM. Garis panduan ini menjelaskan penggunaan TKJHM yang antara lain merangkumi perlindungan, pengawasan dan kebajikan jemaah haji serta perkhidmatan masyarakat umum.
Apa itu Tabung Was'ul Khair Tetamu Allah ('TWT')? TWT ditubuhkan pada tahun 1999 oleh TH adalah tabung yang dikategorikan sebagai Kumpulan Wang TH yang ditadbir dan dikawal oleh TH tertakluk kepada Seksyen 15(2) Akta Tabung Haji 1995 di  mana objektif penubuhan TWT ialah untuk menampung sebahagian daripada kos menunaikan haji untuk jemaah haji yang telah dipilih untuk melaksanakan haji pada musim haji tertentu dan memenuhi syarat-syarat tertentu yang telah ditetapkan yang melayakkan mereka untuk menerima bantuan tersebut.
Adakah transaksi Sadaqah saya kepada TKJHM dan TWT boleh ditolak cukai? Tidak. Kedua-dua transaksi Sadaqah tidak boleh mendapatkan tolakan cukai.
Adakah terdapat jumlah minima/maksima untuk transaksi Sadaqah saya? Tiada jumlah minima atau maksima bagi setiap transaksi Sadaqah.
Bolehkah saya membuat arahan tetap untuk transaksi Sadaqah saya? Tidak, ia terpakai untuk satu transaksi sahaja. Bagaimanapun tiada had transaksi.
Dimanakah saya boleh membaca Terma Dan Syarat bagi Sadaqah? Anda boleh muat turun dengan menekan Terma Dan Syarat Sadaqah.

Pembukaan Akaun Secara Dalam Talian (Virtual Account Opening - VAO)

Info lanjut, klik disini.

Kursus Haji

 
Soalan Jawapan
Bolehkah saya mendapatkan maklumat berkaitan kursus Haji dan lokasi masjid terpilih? Ya. Anda boleh mendapatkan maklumat berkaitan kursus haji dan lokasi masjid yang terpilih.
Bolehkah saya mendapatkan modul berkaitan Kursus Asas Haji? Ya. Anda boleh mendapatkan dan memuat turun serta mencetak modul berkaitan Kursus Asas Haji.
Di mana saya boleh dapatkan Jadual Kursus Asas Haji sekiranya paparan Jadual gagal dimuat turun? Anda boleh melayari laman web rasmi TH untuk muat turun disini atau hubungi Tabung Haji Contact Centre (THCC) di talian +603-6207 1919.
Adakah saya perlu membuat apa-apa bayaran untuk hadir kursus haji? Tidak. Kursus Asas Haji terbuka kepada semua Umat Islam di Malaysia secara percuma.
Di mana saya boleh mendapatkan buku Nota Kursus Asas Haji? Bagi yang telah terpilih dan menjawab setuju surat tawaran haji tahun semasa boleh diperolehi secara percuma di Pejabat TH manakala bagi mereka yang tidak terpilih boleh membuat pembelian di Koperasi TH atau muat turun disini.
Sekiranya saya lewat hadir ke Kursus Asas Haji, adakah TH menyediakan kursus  selain dari Kursus Asas Haji? TH menyediakan Kursus Asas Haji selama 13 minggu dan diteruskan dengan Kursus Intensif Haji, Kursus Khas Haji dan yang terakhir Kursus Perdana Haji sebelum bakal haji berangkat ke Tanah Suci.
Adakah TH ada menyediakan buku-buku tambahan bimbingan haji kepada bakal haji? TH sentiasa berusaha memberikan buku-buku tambahan supaya bakal haji dapat melaksanakan haji dengan sempurna seperti buku Fiqh Ibadat Haji, Umrah dan Ziarah, Buku Soal Jawab Haji dan Umrah, Himpunan Doa, Wirid Terpilih dan Feqh Wanita Dalam Ibadat Haji.

Perkhidmatan Haji

 
Soalan Jawapan

Adakah boleh saya membuat pendaftaran haji secara online?

Ya. Pendeposit TH  boleh mendaftar Haji secara individu atau berkelompok menggunakan THiJARI dengan melayari laman web  https://www.thijari.com.my  atau melalui aplikasi THiJARI.
Saya bukan warganegara Malaysia tetapi pemegang kad pengenalan merah. Adakah saya boleh mendaftar haji?

Tidak boleh. Semua pemegang kad pengenalan merah atau bukan warganegara Malaysia tidak boleh mendaftar haji atau membuka akaun simpanan TH.

Berapakah jumlah bayaran yang diperlukan untuk membuat pendaftaran haji? Jumlah bayaran yang diperlukan untuk mendaftar haji adalah sebanyak RM1,300.00.
Sekiranya saya mendaftar haji, adakah saya boleh tahu bilakah giliran saya mengerjakan haji?

Ya. Giliran tunai haji adalah berdasarkan tahun peruntukan haji yang diberi semasa bakal haji mendaftar haji.

Bolehkah saya membuat pendaftaran haji bagi pihak ketiga?

Tidak. Pendaftaran haji hanya boleh dilakukan bagi diri sendiri dan akaun anak bawah jagaan sahaja. Jika penjaga sudah mendaftar haji, pendaftaran akaun anak bawah jagaan boleh dilakukan dalam THiJARI.
Berapakah bilangan maksimum pendaftaran haji secara berkelompok? Bilangan maksimum pendaftaran haji berkelompok yang dibenarkan adalah sebanyak enam (6) orang sahaja termasuk penjaga.
Slip pendaftaran haji saya telah hilang. Adakah saya boleh membuat semakan dan mencetak semula slip pendaftaran haji saya? Ya. Semakan dan cetakan semula slip pendaftaran boleh dibuat melalui THiJARI.
Bolehkah saya menyemak status pendaftaran Haji menggunakan THiJARI?

Ya. Pendeposit TH boleh menyemak status pendaftaran Haji menggunakan THiJARI.

Bagaimanakah cara untuk saya menyemak samada telah terpilih untuk menunaikan haji ataupun tidak?

Bakal haji yang terpilih menunaikan haji, mereka akan diberitahu melalui:- 

  1. SMS
  2. Emel
  3. Pos

Bakal haji juga boleh menyemak dan menjawab tawaran melalui website THiJARI.

Saya telah terpilih pada tahun ini, bagaimanakah cara saya boleh menjawab tawaran tersebut? Bakal haji yang telah menerima tawaran hendaklah memberi jawapan samada menerima atau menolak tawaran dalam tempoh yang ditetapkan menerusi THiJARI.
Bolehkah saya membuat semakan jadual penerbangan haji secara online? Ya. Bakal haji yang terpilih boleh membuat semakan dan cetakan Surat Jadual Penerbangan secara online melalui THiJARI.

KELAB TaHa

 
Soalan Jawapan

Berapakah umur untuk ahli Kelab TaHa?

Seawal kelahiran sehingga 17 tahun.

Bagaimanakah pendaftaran Kelab TaHa dibuat?

Semua pendeposit TH berumur seawal kelahiran hingga 17 tahun menjadi ahli Kelab TaHa secara automatik.

Adakah saya akan mendapat kad keahlian?

Kad digital atau E-kad keahlian boleh diakses melalui THiJARI milik penjaga.

Apakah kegunaan E-kad keahlian?

E-kad ini boleh digunakan untuk mendapatkan tawaran eksklusif di Rakan Kelab TaHa.

e-BORANG

 
Soalan Jawapan
Apakah itu e-Borang?

e-Borang adalah perkhidmatan melalui THiJARI pada Landing Page yang membolehkan pendeposit melengkapkan Borang JP untuk memudahkan urusan di kaunter TH. Terdapat sembilan (9) borang yang disediakan iaitu:-

  • JP005 – Borang Permohonan Pengeluaran Pusaka
  • JP006 – Borang Akuan Waris Pengeluaran Pusaka
  • JP008 – Borang Pertukaran Hak Penjagaan
  • JP011 – Borang Permohonan Penutupan Akaun
  • JP025 – Borang Jaminan Ganti Rugi
  • JP028 – Borang Kebenaran Wakil Permohonan Penyata Mini
  • JP030 – Borang Kebenaran Wakil Pendeposit Uzur Luar Premis (Dalam Kenderaan)
  • JP037 – Borang Persetujuan Penjaga Pertukaran Akaun Kanak-Kanak Ke Dewasa
  • Borang Penamaan & Borang Pengesahan Perhubungan Waris
Bagaimana saya boleh menggunakan e-Borang?

Pendeposit boleh menggunakan eBorang dengan melengkapkan Borang-borang JP tersebut secara elektronik di THiJARI. Borang-borang ini perlu dimuat turun dan dicetak oleh pendeposit dalam kertas bersaiz A4 sama ada cetakan hitam putih atau berwarna dan seterusnya dibawa ke kaunter TH untuk urusan berkaitan. 

e-Borang ini juga perlu ditandatangan secara bertulis setelah dicetak oleh pendeposit/waris/pemohon/wakil/pihak ketiga/penjaga berkenaan. Tandatangan digital / elektronik adalah tidak dibenarkan.

Adakah e-Borang boleh dipinda setelah dicetak? Semua maklumat yang diisi dalam e-Borang hendaklah tepat. Namun, sekiranya terdapat sebarang maklumat yang diisi adalah tidak tepat, pendeposit perlu mengisi semula Borang JP yang baru.
Bagaimana saya boleh akses kepada e-Borang? Pendeposit boleh mengakses e-Borang melalui THiJARI (www.thijari.com.my) di Landing Page.
Adakah saya akan dikenakan caj untuk menggunakan perkhidmatan ini? Tiada caj. 
Adakah saya perlu mendaftar untuk menggunakan e-Borang? Pendaftaran tidak diperlukan.

Pindahan Dari Akaun TH ke Akaun Bank Pendeposit Sendiri Melalui  Permohonan Pindahan e-TELEGRAFIK

 
Soalan Jawapan
Apakah Permohonan Pindahan e-Telegrafik dari Akaun TH ke Akaun Bank melalui THiJARI?

Membolehkan pengguna THiJARI melakukan transaksi pindahan wang dari Akaun TH ke Akaun Bank sendiri sahaja melalui Permohonan Pindahan e-Telegrafik.

Perkhidmatan ini adalah sama dengan permohonan pindahan Telegrafik melalui kaunter TH kecuali had amaun pindahan. 

Bagaimanakah untuk melakukan transaksi permohonan pindahan e-Telegrafik dari Akaun TH ke Akaun Bank sendiri melalui THiJARI?

Pengguna THiJARI HENDAKLAH:

  1. Log masuk ke Web / Aplikasi THiJARI. Pilih menu Pindahan dan seterusnya menu Permohonan Pindahan e-Telegrafik.

  2. Baca terma & syarat kemudian klik butang "Setuju" untuk meneruskan transaksi, dengan ini  pengguna dianggap bersetuju dengan terma & syarat Permohonan Pindahan e-Telegrafik untuk transaksi ini.
     
  3. Pilih Akaun Bank samada “Daftar” bagi akaun bank yang telah didaftarkan, “Belum Daftar” bagi akaun Bank yang belum didaftarkan bagi meneruskan transaksi Permohonan Pindahan e-Telegrafik.

    Nota: Akaun Bank Pilihan “Daftar”, adalah Akaun Bank yang telah didaftar di Profil Saya bagi memudahkan pengguna untuk melakukan transaksi pindahan e-Telegrafik ini.

    a. Pilih Akaun Bank Penerima
    b. Nama Penerima (tidak perlu)
    c. No.MyKad Penerima (tidak perlu)
    d. Masukkan Amaun
    e. Tujuan Pindahan

  4. Jika pilih Akaun Bank “Belum Daftar”;
    1. Pilih Bank
    2. Masukkan Akaun Bank Penerima
    3. Nama Penerima (tidak perlu) 
    4. No. MyKad Penerima 
    5. Masukkan Amaun
    6. Tujuan Pindahan
       
  5. Klik butang "berikutnya", pengguna perlu membuat Pengesahan Pindahan e-Telegrafik ke atas maklumat yang telah dimasukkan bagi memastikan transaksi ini Berjaya.
     
  6. Mohon TAC dan Masukkan TAC yang telah dihantar ke nombor telefon bimbit yang didaftar oleh pengguna dalam rekod TH serta klik butang “Hantar”.
     
  7. Pengguna akan dibawa ke paparan status maklumat pindahan dan boleh muat turun resit jika perlu.

Nota: Transaksi permohonan pindahan e-Telegrafik ini akan dihantar ke pihak Bank untuk diproses seterusnya. Proses pengkreditan ke Akaun Bank pendeposit sendiri adalah selewat-lewatnya 3 hari bekerja (Ibu Pejabat TH) dan tidak termasuk hari permohonan.

Adakah saya akan dikenakan caj untuk perkhidmatan ini?

Bayaran Perkhidmatan (caj) pindahan e-Telegrafik akan didebitkan daripada akaun TH pendeposit seperti di bawah:

  • Pindahan TH ke Akaun Bank Islam: Tiada caj 
  • Pindahan TH ke Akaun Bank selain Bank Islam: Caj RM 2.00.
Berapakah masa yang diperlukan untuk transaksi permohonan pindahan e-Telegrafik melalui THiJARI dikreditkan ke dalam akaun bank saya?

Pindahan e-Telegrafik hanya dibenarkan ke Akaun Bank Pendeposit sendiri sahaja (Pengguna THiJARI yang melakukan transaksi ini) dan tempoh masa pengkreditan ke akaun bank pendeposit sendiri adalah selewat-lewatnya 3 hari bekerja (Ibu Pejabat TH) dan tidak termasuk hari permohonan. Sebagai contoh:-


Jika permohonan pindahan telegrafik dilaksanakan pada hari Jumaat, maka wang akan dikreditkan ke akaun bank pendeposit sendiri selewat-lewatnya pada hari Rabu.‘T’ mewakili hari Jumaat. (T+3).

Bolehkah saya melakukan transaksi permohonan pindahan e-Telegrafik ke akaun bank pihak ketiga atau akaun bank bersama (Joint Account)?

Tidak boleh. Hanya akaun bank pendeposit sendiri sahaja.

Bolehkah saya melakukan transaksi permohonan pindahan e-Telegrafik ke akaun bank saya di luar negara?

Tidak boleh. Hanya akaun bank pendeposit sendiri dalam negara (Malaysia) sahaja.

Adakah sebarang had untuk memindahkan wang dari akaun TH ke akaun Bank melalui THiJARI?

Ya, had minimum Pindahan e-Telegrafik adalah RM5.00 manakala had maksimum adalah RM10,000.00 sehari.

Adakah transaksi ini melalui THiJARI benar-benar selamat?
 

Ianya menggunakan pengesahan dan perakuan standard yang tinggi untuk memastikan semua transaksi adalah selamat seperti bank-bank di Malaysia.

Semasa melakukan transaksi permohonan pindahan e-Telegrafik, saya telah menerima ralat/mesej yang menyatakan status ‘Tidak Berjaya’. Walau bagaimanapun, jumlah pindahan tersebut telah ditolak dari akaun TH saya. Apa yang saya perlu lakukan?

Sekiranya wang anda ditolak dari akaun TH tetapi permohonan pindahan e-Telegrafik tidak berjaya, wang anda akan dikreditkan kembali ke dalam akaun TH anda. 

Hubungi Tabung Haji Contact Centre (THCC) untuk keterangan lanjut.
Telefon : +603-6207 1919
E-mel : th-info@lth.gov.my
Online : www.tabunghaji.gov.my (ChatBot dan Live Chat)

Apakah yang perlu saya lakukan jika wang permohonan pindahan e-Telegrafik masih  tidak dikreditkan ke dalam akaun bank saya melebihi tempoh 3 hari bekerja Ibu Pejabat TH (T+3)?

Maklumkan kepada Tabung Haji Contact Centre (THCC) seperti maklumat berikut :- 

Telefon : +603-6207 1919
E-mel : th-info@lth.gov.my
Online : www.tabunghaji.gov.my (ChatBot dan Live Chat)

Bagaimanakah pendeposit dimaklumkan sekiranya Status Permohonan Pindahan e-Telegrafik ‘Tidak Berjaya’?

Sekiranya transaksi tersebut tidak berjaya (ditolak oleh bank), TH akan memaklumkan status permohonan pindahan eTelegrafik ‘Tidak Berjaya’ kepada pendeposit melalui emel seperti alamat emel yang didaftarkan.

Penukaran Status Akaun Kanak-Kanak Ke Akaun Dewasa

 
Soalan Jawapan
Apakah Akaun Kanak-Kanak?

Akaun Kanak-Kanak adalah Akaun TH yang dibuka untuk pendeposit yang berumur 18 tahun ke bawah dan diuruskan sepenuhnya oleh ibubapa/penjaga.

Ibubapa/penjaga adalah dinasihatkan untuk menukar status Akaun Kanak-Kanak kepada Akaun Dewasa apabila anak dibawah jagaan telah mencapai umur 18 tahun ke atas.

Bagaimanakah proses permohonan untuk menukar akaun kanak-kanak kepada akaun dewasa?

Ibu bapa atau penjaga boleh membuat permohonan pertukaran akaun anak dibawah jagaan kepada akaun dewasa dalam aplikasi THiJARI dengan cara berikut:

1.    Log masuk THiJARI
2.    Klik menu “Akaun Kanak-kanak”
3.    Klik “Persetujuan Penjaga (Akaun Kanak-kanak Lebih 18 Tahun)”
4.    Pilih “No. Akaun TH” anak dibawah jagaan dan klik butang “Cari”
5.    Semak butiran anak dibawah jagaan dan klik “Perakuan Penjaga”. Kemudian klik butang “Setuju”.
6.    Klik “Ya” sebagai pengesahan bahawa Perakuan Penjaga telah dibaca dan difahami.
7.    Permohonan pertukaran selesai.

Ibubapa/penjaga boleh memaklumkan kepada anak bawah jagaan untuk hadir di mana-mana pejabat TH Cawangan untuk proses selanjutnya dengan bawa bersama;

1.    MyKad Anak
2.    Resit persetujuan penjaga (diperolehi daripada THiJARI)

Adakah penjaga perlu menyerahkan Resit persetujuan penjaga kepada anak di bawah jagaan?

Ya, bagi memudahkan dan mempercepatkan urusan pertukaran akaun di kaunter pejabat TH Cawangan. 

Sekiranya anak di bawah jagaan tidak membawa bersama resit persetujuan penjaga ke pejabat TH Cawangan, urusan pertukaran akaun kanak-kanak ke dewasa masih boleh diteruskan dengan memaklumkan kepada pegawai TH bahawa persetujuan penjaga telahpun diperolehi melalui THiJARI.

Siapakah yang berhak untuk memberikan persetujuan untuk penukaran ke Akaun dewasa?

Ibu bapa atau penjaga yang mendaftarkan akaun TH anak dibawah jagaannya sahaja yang berhak untuk memberikan persetujuan tersebut. 

Siapakah yang bertanggungjawab kepada Akaun TH tersebut setelah penukaran status akaun kanak-kanak kepada akaun dewasa berjaya? 

Anak bawah jagaan akan mempunyai akses dan bertanggungjawab sepenuhnya kepada akaun TH tersebut.

Adakah penukaran status akaun dewasa yang telah berjaya boleh dibatalkan jika ibu bapa/ penjaga menukar fikiran?

Penukaran status akaun dewasa yang berjaya adalah muktamad dan tidak boleh dibatalkan.

Adakah sebarang caj dikenakan untuk menukar akaun kanak-kanak kepada akaun dewasa?

Tiada sebarang caj dikenakan.

Apa yang perlu saya lakukan jika terdapat masalah semasa menghantar persetujuan melalui aplikasi THiJARI?

Anda boleh menghubungi Tabung Haji Contact Center (THCC) di talian +603-62071919.

"Tabung Haji adalah Institusi Pelapor dibawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001"

Alhamdulillah, portal ini telah dilawati:
kali
Pelawat unik:
Telah dikemaskini pada: 22-04-2025

Pelayar yang disyorkan : 
Chrome 30+,  Firefox 30+,  Safari 7+,  Internet Explorer 10+

 Portal ini boleh dilayari menggunakan desktop dan telefon pintar. Sesuai dipaparkan menggunakan resolusi minimum 1366x768.

Polisi TH

Notis Privasi TH
Dasar Privasi Portal TH
Terma & Syarat
Dasar Keselamatan
Hak Cipta Terpelihara

Penafian:
Lembaga Tabung Haji tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini. Semua maklumat yang dipaparkan adalah benar pada tarikh dan masa diterbitkan dan tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa.

Perhubungan & Bantuan

Borang Maklumbalas
Peta Laman
 

Anggota TH

E-Anggota

Media Sosial

Official Facebook TH Official X TH https://www.instagram.com/lembagatabunghaji/ https://www.tiktok.com/@tabunghaji Official TH You Tube Official TH Linkedin