Keanggotaan Jawatankuasa Penasihat Ibadat Haji (Jawatankuasa) terdiri daripada 8 orang para alim ulama dan ahli akademik yang mempunyai kemahiran serta kepakaran dalam pelbagai disiplin dan ilmu Islam. Pengurus Besar Bimbingan Haji bertindak sebagai Setiausaha jawatankuasa ini.
Jawatankuasa bertanggungjawab terhadap perkara-perkara berikut:
- Memutuskan kedudukan hukum-hakam berkaitan isu-isu ibadat haji yang dirujuk.
- Memberi cadangan kepada Pengurusan TH berkaitan isu-isu pelaksanaan ibadat haji.
- Mengesahkan semakan ke atas bahan penerbitan ibadat haji yang dikeluarkan oleh TH.
- Bertugas sebagai Pakar Rujuk Ibadat Haji dalam Rombongan Jemaah Haji Malaysia ke Tanah Suci.
Senarai Ahli Jawatankuasa
Pengerusi
Dr. Hajah Anisah Binti Ab. Ghani
Ahli-ahli
- Sohibus Samahah Dato’ Paduka Haji Fadzil Haji Awang
- Sohibus Samahah Dato‘ Dr. Haji Anhar Haji Opir
- Dr. Hajah Raihanah Haji Azahari
- Dr. Hajah Shamsiah Mohamad
- Ustaz Burhanuddin Lukman
- Sohibus Samahah Ustaz Tajul Urus Bin Abdul Halim
Wakil JAKIM
- Ustaz Aminudin Bin Mohamad
Setiausaha
- YM Ustaz Tengku Aziz Raja Abdullah