Pendaftaran Haji
Konsep
TH telah memperkenalkan sistem pendaftaran haji terbuka berdasarkan konsep “Mendaftar Dahulu, Didahulukan” sejak dari tahun 1995. Oleh itu, pendeposit TH yang mendaftar haji akan diperuntukkan tahun untuk menunaikan ibadah haji berdasarkan tarikh dan masa pendaftaran haji dibuat.
Ini bermakna, semua Pendeposit TH yang telah membuat pendaftaran haji layak dipilih untuk menunaikan haji apabila tiba giliran tahun peruntukan bagi menunaikan haji.
Syarat-Syarat
Bagi melayakkan pendeposit mendaftar haji, mereka perlu:
- Mempunyai baki minimum dalam akaun TH sebanyak RM1,300.00.
- Tidak pernah menunaikan fardu haji.
- Membawa dokumen pengenalan diri (MyKad) dan Sijil Kelahiran bagi yang berumur 12 tahun ke bawah semasa melakukan pendaftaran haji di kaunter TH.
- Tidak melebihi 6 orang bagi satu kumpulan.
Pendaftaran melalui KWSP
- Melalui skim pendaftaran haji ahli KWSP, Pendeposit TH hanya perlu mengemukakan kad pengenalan dan penyata ahli KWSP semasa membuat pendaftaran haji.
- Ahli KWSP yang telah mendaftar haji sebelum ini boleh menukarkannya kepada skim pendaftaran haji KWSP dengan mengemukakan kad pengenalan dan penyata ahli KWSP mereka. Tahun pilihan/peruntukan haji mereka yang asal akan dikekalkan.
- Ahli KWSP yang layak menyertai Skim Pendaftaran Haji KWSP adalah seperti berikut:-
- Warganegara Malaysia
- Beragama Islam
- Mempunyai simpanan KWSP sekurang-kurang RM1,300.00
- Berumur 14 hingga 55 tahun sahaja
Untuk maklumat lanjut berkenaan pendaftaran haji KWSP, pendeposit TH boleh merujuk ke laman sesawang rasmi KWSP.
Saluran
Pendaftaran haji boleh dilakukan di :
Bakal Haji Rakyat Malaysia dari Luar Negara
- Rakyat Malaysia yang menetap di luar negara dan ingin mendaftar sebagai bakal haji Malaysia, boleh mendapatkan keterangan lanjut serta peraturan berkaitan dengan melayari Sistem Pendaftaran Haji Luar Negara.
- Sebelum membuat permohonan, bakal haji hendaklah terlebih dahulu mendapatkan penerangan dan penjelasan berkaitan Peraturan Haji Arab Saudi, daripada Kedutaan Besar Di Raja Arab Saudi (KBDRAS) di negara tempat tinggal pemohon (atau negara yang paling hampir), bagi memastikan tidak ada masalah dari segi visa, pemeriksaan kesihatan, bayaran wajib dan sebagainya. Sebagai panduan, tuan/ puan bolehlah melayari laman web KBDRAS di sini.
Pembatalan Pendaftaran Haji
Bakal Haji boleh membatalkan pendaftaran haji di mana-mana kaunter TH yang berhampiran. Tahun peruntukan haji mereka akan terbatal secara automatik.
Bakal haji perlu mendaftar semula bagi mendapatkan tahun peruntukan tunai haji yang baharu.
Rayuan Haji
Tabung Haji telah memperkenalkan Rayuan Haji secara online menggunakan THiJARI bagi memudahkan proses rayuan haji dibuat. Bakal haji yang ingin membuat rayuan haji, sila klik di sini.
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Tabung Haji Contact Centre (THCC) di talian +603-6207 1919.
Video Tutorial Rayuan Haji Secara Atas Talian (Online).