Penglibatan TH dalam Sektor Kewangan Islam adalah melalui Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB), Syarikat Bersekutunya.
Status BIMB sebagai satu-satunya institusi kewangan Islam tersenarai di negara ini telah membolehkannya menawarkan spektrum penuh penyelesaian perbankan dan kewangan – daripada perbankan peribadi dan komersial kepada pelaburan dan pembrokeran saham.
BIMB juga memulakan pelan hala tuju strategi lima tahun, LEAP25 untuk menyampaikan janji teknologi, mentakrifkan semula pertumbuhan dengan memperkukuh lima pemacu perniagaan: Kewangan Sosial, Pengurusan Kekayaan, Perusahaan dan Perbankan Borong, dan Bank Digital. Ini akan membolehkan BIMB mencapai pertumbuhan organik serta menyediakan kepimpinan dalam perbankan digital dan kewangan sosial.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi BIMB di www.bankislam.com.