THiJARI
THiJARI adalah sebuah rangkaian perkhidmatan digital TH yang mula beroperasi pada Rabu, 5 Februari 2020. Ia merupakan platform dalam talian bagi perkhidmatan yang disediakan oleh TH seperti semakan akaun, mencetak penyata akaun, pindahan wang, perkhidmatan Haji dan Kelab TaHa secara dalam talian kepada pelanggan TH.
Cara-cara Penggunaan THiJARI
Pendeposit perlu memastikan mereka telah mengemaskini semua maklumat ahli (termasuk maklumat nombor telefon bimbit) di kaunter TH. Nombor pengesahan (TAC) akan dihantar melalui nombor telefon bimbit yang telah didaftarkan. Pendeposit TH diminta memastikan nombor telefon bimbit yang betul bagi mengelakkan masalah semasa proses log in sistem THiJARI.
Bagi mereka yang telah mengemaskini maklumat, capaian ke perkhidmatan ini boleh dibuat melalui www.thijari.com.my tanpa perlu ke kaunter TH. Tiga langkah mudah bagi menggunakan THiJARI:
- Dapatkan capaian melalui www.thijari.com.my (telefon pintar/komputer/laptop dan lain-lain).
- Pendeposit hanya perlu memasukkan nombor kad pengenalan dan nombor akaun TH.
- Seterusnya, pendeposit perlu memasukkan nombor telefon bimbit yang telah didaftarkan. Pendeposit diminta memasukkan maklumat peribadi. Sebaik selesai, pendeposit boleh mula menggunakan perkhidmatan THiJARI.
Muat turun brosur pendaftaran THiJARI dalam bentuk .PDF di sini.
Cara-cara Muat Turun Aplikasi (Apps) THiJARI
Aplikasi Tabung Haji ini telah direka bentuk semula dengan rupa yang lebih menarik, pelayaran yang lebih mudah dan keselamatan yang dipertingkatkan bagi memberi perkhidmatan yang terbaik kepada para pendeposit kami.
Untuk memuat turun aplikasi THiJARI, sila ke “Apps Store” yang berkenaan.
Play Store (Pengguna Android):
- Sila taip “THiJARI MY” di ruang carian.
- Tekan “THiJARI MY”.
- Tekan butang “Install” untuk muat turun.
- Anda sudah boleh menggunakan aplikasi THiJARI.
Apple Store (Pengguna iOS):
- Sila taip “THiJARI MY” di ruang carian.
- Tekan “THiJARI MY”.
- Tekan butang “Install” untuk muat turun.
- Anda sudah boleh menggunakan aplikasi THiJARI.
PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN
Perkhidmatan yang ditawarkan dalam sistem aplikasi THiJARI di telefon bimbit adalah sama seperti laman web THiJARI.
-
Urusan Simpanan dan Pengeluaran
Pelanggan TH boleh melakukan semakan ringkasan, butiran akaun dan rekod transaksi, baki akaun, melakukan pindahan simpanan dari akaun TH ke akaun TH (akaun tanggungan dan pihak ketiga), melakukan pindahan simpanan dari akaun bank ke akaun TH serta melakukan Pendaftaran dan Penyelenggaraan Direct Debit melalui akaun bank ke akaun TH. Pengemaskinian profil juga boleh dilakukan. Penyata akaun boleh dimuat turun dan dicetak selain penetapan akaun kegemaran (favourite account). -
Pembukaan Akaun Baru (VAO)
Sebagai salah satu penambahbaikan THiJARI, TH telah menambah satu perkhidmatan baru dalam THiJARI iaitu bakal pelanggan TH kini boleh membuka akaun baru TH untuk dewasa dan kanak-kanak bagi memudahkan urusan proses pembukaan akaun TH. -
Urusan Haji
Bagi mempermudahkan urusan Haji, pelanggan TH boleh membuat semakan status pendaftaran Haji dan memuat turun slip pendaftaran Haji. Bagi urusan tawaran Haji pula, surat tawaran dan semakan status tawaran Haji boleh didapati. Pelanggan TH boleh menyemak dan memuat turun jadual penerbangan pergi dan balik. Bagi program Kursus Asas Haji, pelanggan boleh membuat semakan lokasi dan tarikh kursus di samping memuat turun nota Kursus Asas Haji. -
Rayuan Haji
Sebagai satu usaha penambahbaikan, Tabung Haji telah memperkenalkan Rayuan Haji secara online menggunakan Aplikasi THiJARI bagi memudahkan proses rayuan haji dibuat. Bakal haji yang ingin membuat rayuan haji, sila klik di sini. Untuk sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian khidmat pelanggan (THCC) kami di +603-6207 1919.
Video Tutorial Rayuan Haji Secara Dalam Talian. -
Penamaan/ Hibah Amanah
Pelanggan TH boleh melakukan semakan status Penamaan/ Hibah Amanah bagi akaun sendiri dan juga akaun anak. -
Kelab TaHa
Nombor keahlian baru Kelab TaHa boleh didapati di menu E-Kad keahlian dan tawaran-tawaran eksklusif untuk ahli Kelab TaHa boleh disemak di menu Rakan Kelab TaHa – Direktori dan Lokasi.
THiJARI LAMAN WEB DAN APLIKASI
Perbezaan fungsi bagi THiJARI laman web dan aplikasi telefon bimbit adalah seperti berikut:
No | Fungsi | Huraian | Laman Web THiJARI | Aplikasi THiJARI |
---|---|---|---|---|
1. | Pendaftaran | Pendaftaran Baru Ahli THiJARI. | ✓ | ✗ |
2. | Log Masuk | Log Masuk ID Pengguna dan Kata Laluan. | ✓ | ✓ |
3. |
Pembukaan Akaun TH |
Pembukaan Akaun TH Dewasa dan Akaun TH Kanak-Kanak. |
✓ | ✓ |
4. | Log Masuk Cap Jari | Log Masuk Cap Jari atau 'Face ID'. | ✗ | ✓ |
5. | Laman Utama | Memaparkan Nama Pendeposit, Status Haji, Ringkasan Akaun dan Pengumuman. | ✓ | ✓ |
6. | Profil Saya | Kemaskini Butiran, Tukar Kata Laluan dan Gambar Keselamatan, Penyelenggaraan Had Harian dan Pemberitahuan. | ✓ | ✗ |
7. | Peti Surat | Pengumuman dari TH. | ✓ | ✓ |
8. | Pengumuman | Memaparkan pengumuman atau berita mengenai THiJARI. | ✓ | ✗ |
9. | Ringkasan Akaun | Memaparkan Baki Semasa, Sejarah Transaksi dan Penyata Mini bagi Akaun Dewasa dan Kanak-kanak. | ✓ | ✓ |
10. | Pindahan Simpanan TH |
Pindahan Simpanan Antara Akaun TH, Pindahan Simpanan Antara Akaun Bank ke Akaun TH, Pendaftaran Direct Debit Antara Akaun Bank ke Akaun TH dan Penyelenggaraan Direct Debit Antara Akaun Bank ke Akaun TH. |
✓ | ✓ |
11. | Kegemaran | Daftar dan Papar Akaun Kegemaran | ✓ | ✗ |
12. | Perkhidmatan Haji | Pendaftaran Haji, Semak Status Pendaftaran Haji dan Tawaran Haji, Surat Jadual Penerbangan Haji, Kursus Haji, dan Rayuan Haji | ✓ | ✓ |
13. | Kelab TaHa | E-Kad keahlian dan Rakan Kelab TaHa. | ✓ | ✓ |
14. | Penamaan/Hibah Amanah | Papar Penamaan / Hibah Amanah | ✓ | ✓ |
15. | Qurban | Bayaran Qurban | ✓ | ✓ |
16. | Sadaqah | Bayaran Sadaqah | ✓ | ✓ |
17. | Agihan Potongan Gaji | Perkhidmatan caruman potongan gaji bulanan yang boleh diagihkan kepada Pendeposit / Ahli Keluarga (Pendeposit TH) | ✓ | ✓ |
CARA-CARA PENGGUNAAN APLIKASI THIJARI
Pendeposit perlu memastikan mereka telah mendaftar akaun THiJARI terlebih dahulu di laman web THiJARI sebelum menggunakan aplikasi THiJARI. Untuk mendaftar, sila ke laman sesawang www.thijari.com.my.
Virtual Account Opening (VAO)
Virtual Account Opening (VAO) ialah permohonan pembukaan akaun secara dalam talian melalui THiJARI.
Kelayakan :
Akaun Dewasa
1. Beragama Islam dan waras
2. Warganegara Malaysia
3. Berumur 18 tahun dan ke atas
4. Berakal
Akaun Kanak-Kanak
1. Beragama Islam
2. Warganegara Malaysia
3. Berumur dibawah 18 tahun
4. Anak kandung / Anak angkat sah
5. Penjaga MESTILAH mempunyai akaun TH dan merupakan pengguna THiJARI
6. Berakal
Permohonan VAO boleh dilakukan di THiJARI dengan mengikuti cara seperti berikut :
- Akaun Dewasa – Layari www.thijari.com.my dan klik pada “Tiada Akaun TH ? Buka Sekarang” di laman utama THiJARI dan ikuti langkah seterusnya.
- Akaun kanak-kanak – Penjaga log masuk ke dalam akaun THiJARI. Pilih Menu Pembukaan Akaun Kanak-Kanak dan lengkapkan transaksi tersebut.
Kenyataan Akhbar
Untuk kenyataan akhbar berkaitan THiJARI, sila muat turun disini.
Soalan Lazim
Pertanyaan Lanjut
Sebarang kemusykilan dan pertanyaan lanjut berkaitan THiJARI, sila kunjungi Pejabat Cawangan TH yang berdekatan atau hubungi:
Tabung Haji Contact Centre (THCC)
Telefon : +603 - 6207 1919
E-mel : th-info@lth.gov.my
Waktu Operasi : 8:00 pagi - 6:30 petang
(Beroperasi pada hari Isnin hingga Ahad. Kecuali pada cuti umum mengikut Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur)