PEKTA & PIHTAS
Peranan & Tanggungjawab Pengkursus Ibadat Haji Tanah Air (PEKTA) / Pembimbing Ibadat Haji Tanah Suci (PIHTAS)
Membantu dan memastikan supaya bakal haji diberikan kefahaman ilmu berkaitan hukum hakam melalui program bimbingan dan panduan haji di Tanah Air dan seterusnya Jemaah Haji bertambah yakin menghayati dan menunaikan Ibadat haji di Tanah Suci dengan sempurna ke arah Haji Mabrur.
Syarat-syarat Permohonan
Syarat-syarat permohonan PEKTA:
- Telah menunaikan haji.
- Umur tidak melebihi 45 tahun.
- Mempunyai tauliah mengajar yang sah dan masih berkuatkuasa dari Majlis/Jabatan Agama Islam Negeri.
- Mempunyai latar belakang Pengajian Islam dengan kelulusan sekurang-kurangnya Diploma/STAM.
- Berakhlak mulia dan tidak merokok.
Syarat-syarat permohonan PIHTAS:
- Calon merupakan PEKTA yang mempunyai KATAM yang sedang berkuatkuasa.
- Mempunyai Sijil Pembimbing Ibadat Haji (SPIH).
- Aktif menyampaikan kursus haji TH di peringkat negeri dan daerah sekurang-kurangnya 3 tahun selepas ditauliahkan sebagai PEKTA.
- Tidak dilantik sebagai PIHTAS dalam tempoh 3 tahun berturut.
- Mengurus sendiri pelepasan majikan.
- Tidak terlibat membawa Jemaah haji syarikat swasta sekiranya dilantik.
- Sihat tubuh badan dan umur tidak melebihi 60 tahun.
- Sanggup bertugas melebihi 60 hari.
- Berakhlak mulia dan tidak merokok.