Jawapan
Kluster | No. | Soalan | Jawapan |
---|---|---|---|
APA | 1. | Apakah yang dimaksudkan dengan Kemaskini Nombor Telefon Bimbit melalui panggilan/emel? | Kemudahan bagi urusan mengemaskini nombor telefon bimbit melalui telefon/emel tanpa kehadiran pendeposit di kaunter TH |
2. | Siapa yang boleh menggunakan kemudahan ini? | Pendeposit TH | |
3. | Bila kemudahan bermula? | 1 September 2020 (Selasa) | |
4. | Sebelum ada kemudahan ini, urusan kemaskini nombor telefon bimbit boleh dilaksanakan di mana? | Kaunter TH Cawangan sahaja | |
KENAPA | 5 | Mengapa kemudahan ini disediakan? | Bertujuan untuk:
|
6. | Mengapa kemudahan ini diwujudkan sekarang dan tidak dahulu lagi? | Inisiatif baru yang disediakan oleh TH bagi menyokong perkhidmatan atas talian dan digital pada masa kini | |
7. | Adakah kemudahan yang dilaksanakan mematuhi peraturan atau polisi Bank Negara Malaysia? |
Kemudahan yang disediakan telah mengambilkira polisi Bank Negara Malaysia berkenaan Electronic Know-Your-Customer (e-KYC) bagi tujuan pengesahan diri menggunakan teknologi yang dicadangkan bagi mengurangkan risiko transaksi secara maya atau tidak bersemuka iaitu:
Untuk inisiatif ini, pengesahan diri dilaksanakan melalui Sistem ALIS Jabatan Pendaftaran Negara bagi mendapat dan mengesahkan maklumat serta gambar pendeposit |
|
SYARAT PERMOHONAN | 8. | Apakah dokumen yang diperlukan? | Pendeposit perlu memajukan dokumen:
|
9. | Bagaimana cara atau kaedah untuk pendeposit menghantar dokumen? | Pendeposit boleh menghantar salinan dokumen melalui emel ke th-info@lth.gov.my | |
10. | Sekiranya tiada tiga (3) bulan penyata bil terkini? Dokumen apa yang perlu dimajukan. | Pendeposit perlu memajukan salinan Requisition Form yang disahkan daripada Syarikat Telco yang berdaftar | |
11. | Adakah pendeposit yang melanggan pelan prepaid tanpa penyata bil atas nama pemohon boleh membuat urusan ini? | Tidak. Pendeposit disarankan untuk hadir ke pejabat TH Cawangan yang berhampiran | |
12. | Sekiranya pendeposit TH tidak mempunyai nombor telefon bimbit, adakah boleh menggunakan nombor telefon bimbit ahli keluarga yang lain? | Tidak. Pendeposit perlu mempunyai nombor telefon bimbit yang didaftarkan atas nama pendeposit sendiri kerana melibatkan penerimaan TAC melalui SMS. | |
13. | Adakah kemaskini nombor telefon bimbit boleh dilakukan untuk akaun anak di bawah jagaan? | Boleh | |
LAIN-LAIN | 14. | Apakah maklumat kemaskini peribadi lain yang boleh dilaksanakan melalui THCC? | Urusan kemaskini maklumat peribadi yang boleh dilaksanakan melalui THCC adalah:
|
15. | Adakah urusan kemaskini maklumat peribadi lain memerlukan dokumen yang sama? | Tidak. Salinan dokumen yang dinyatakan adalah bagi urusan Kemaskini Nombor Telefon Bimbit sahaja | |
16. | Adakah sebarang caj atau bayaran yang dikenakan untuk kemudahan ini? | Tiada sebarang caj atau bayaran dikenakan. | |
17. | Tempoh masa kemaskini yang diambil oleh TH? | Dua (2) hari bekerja. Ianya tertakluk kepada kelulusan setelah semakan pengesahan pemohon sebenar dilaksanakan | |
18. | Adakah pendeposit yang berada di Luar Negara boleh melaksanakan urusan ini? |
Boleh. Pendeposit perlu melalui proses yang ditetapkan | |
19. | Bagaimana pendeposit boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai kemudahan ini? |
Pendeposit boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan :
|
Topik FAQ
Publish date