Haji
Majlis Mengucapkan Selamat Jalan kepada seramai 150 orang jemaah haji dari KT32Q ( MH8199)
Sarawak -Isnin, 6 Ogos 2018 - YB Dr. Haji Abdul Rahman Haji Junaidi, Menteri Muda Elektrik Luar Bandar Sarawak Mengucapkan Selamat Jalan kepada seramai 150 orang jemaah haji dari KT32Q ( MH8199) dan jemaah telah bertolak dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira pada jam 2.55 pagi dan dijangka berlepas ke tanah suci (Jeddah) pada jam 7.00 pagi.
Mereka adalah sebahagian daripada 483 jemaah haji yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang ke Jeddah pada pagi ini.
Sesi Ziarah Waris Jemaah Haji di Kuala Kangsar, Perak
Khamis, 30 Ogos 2018 - TH telah mengadakan sesi ziarah ke rumah waris Jemaah Haji Malaysia yang meninggal dunia di Tanah Suci, Allahyarhamah Norasma binti Ahmad. Sesi ziarah ini diwakili oleh Pengarah TH Negeri Perak, Tuan Haji Rozimin bin Ahamed Kamil di kediaman Allahyarhamah di Taman Chandan Putri, Kuala Kangsar.
Pada sesi ziarah tersebut, TH turut mengadakan tahlil ringkas serta menyerahkan sumbangan khairat kematian, air zam zam dan kurma kepada waris Allahyarhamah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.
PEKTA & PIHTAS
Peranan & Tanggungjawab Pengkursus Ibadat Haji Tanah Air (PEKTA) / Pembimbing Ibadat Haji Tanah Suci (PIHTAS)
Membantu dan memastikan supaya bakal haji diberikan kefahaman ilmu berkaitan hukum hakam melalui program bimbingan dan panduan haji di Tanah Air dan seterusnya Jemaah Haji bertambah yakin menghayati dan menunaikan Ibadat haji di Tanah Suci dengan sempurna ke arah Haji Mabrur.
TH Saran Bakal Haji Ikuti Kursus Perdana Haji
Lembaga Tabung Haji (TH) akan mula menganjurkan Kursus Perdana Haji Musim 1440H/2019M secara berperingkat di 14 lokasi seluruh Negara bermula 21 Jun sehingga 29 Jun 2019.
KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Mencemar Duli Berkenan Mengucapkan Selamat Jalan Kepada Jemaah Haji Malaysia Ke Tanah Suci Musim 1440H | 2019M
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Al-Marhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj berkenan mencemar duli berangkat hadir untuk mengucapkan selamat jalan kepada 483 orang bakal Jemaah Haji Malaysia di Kompleks Haji Sepang (Movenpick) hari ini.