Haji
Majlis Sambutan Ketibaan Pulang Kumpulan Terakhir Jemaah Haji
YB Dato' Seri Panglima Abdul Azeez Abdul Rahim, Pengerusi TH telah menyempurnakan majlis sambutan ketibaan pulang kumpulan terakhir Jemaah Haji Musim Haji 1438H/2017M di KLIA.
Turut hadir dalam majlis ini ialah YBhg. Dato' Badlisyah Abdul Ghani, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Pengurusan Kanan TH serta dif-dif kehormat lain.
Penerbangan MH8325 yang membawa 268 jemaah dari Jeddah ini selamat tiba di KLIA pada pukul 12.45 tengahari. Pesawat ini telah berlepas dari Jeddah pada 04 Oktober 2017 pukul 10:25 malam (waktu Arab Saudi).
Majlis Perasmian Kursus Perdana Haji Musim 1439H| 2018M peringkat Negeri Kedah
JITRA, 30 Jun 2018 - KDYMM Tuanku Sultan Kedah berkenan menyempurnakan Majlis Perasmian Kursus Perdana Haji yang berlangsung selama dua hari (30 Jun -1 Julai 2018) bertempat di Dewan Wawasan, Kubang Pasu, Jitra, Kedah. Kursus ini melibatkan kira-kira 3,953 orang bakal haji dari seluruh negeri Kedah.
YBhg. Dato' Sri Syed Saleh Syed Abd Rahman, Pengurus Besar Kanan Haji mewakili TH pada majlis ini. Turut hadir, DYTM Raja Muda Kedah dan isteri, YAB Menteri Besar, YB Dato' SUK, Exco-exco, SS Dato' Mufti dan anggota-anggota TH
Majlis Perasmian Kursus Perdana Haji Musim Haji 1439H|2018M Peringkat Negeri Zon Utara Sarawak
Sabtu, 30 Jun 2018 - YB Puan Hajjah Rosey binti Hj Yunus, Menteri Muda Wanita, Keluarga Dan Pembangunan Kanak-Kanak, Sarawak Merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri N.71 - Bekenu menyempurnakan Majlis Perasmian Kursus Perdana Haji Peringkat Zon Utara Sarawak,
Negeri Sarawak;yang berlangsung selama dua hari (30 Jun - 01 Julai 2018) Dewan Utama Masjid Darul Istiqamah, Kpg Luak Miri.
Kursus ini melibatkan 282 orang peserta dari Bahagian Miri, Bintulu dan Limbang Sarawak. Majlis turut dihadiri oleh Puan Hajjah Zaiton binti Mohd Yusoff mewakili TH di majlis ini.