Haji
Majlis Kesyukuran Tamat Operasi Dan Penghargaan Sahabat Korporat TH Musim Haji 1443H
KUALA LUMPUR, 19 OKTOBER 2022 - Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengadakan Majlis Kesyukuran Tamat Operasi Dan Penghargaan Sahabat Korporat TH Musim Haji 1443H di Dewan Besar, Tabung Haji.
Majlis Perasmian Perdana Haji Musim 1439H| 2018M peringkat Negeri Kelantan
Jumaat, 29 Jun 2018 - YB Dato' Nassuruddin Bin Haji Daud, Pengerusi Pembangunan Islam, Dakwah, Perancangan dan Hubungan Seranta Kerajaan Negeri Kelantan menyempurnakan Majlis Perasmian Kursus Perdana Haji yang berlangsung selama dua hari (29-30 Jun 2018) bertempat di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN), Bachok. Kursus ini melibatkan kira-kira 3400 orang peserta seluruh negeri Kelantan. En. Affan Mohd Nawi mewakili TH pada majlis ini.
Majlis Perasmian Kursus Perdana Haji Musim Haji 1439H|2018H Peringkat Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur
Sabtu, 30 Jun 2018 - YBhg. Datuk Seri Mohd Zuki Ali, Ahli Lembaga Pengarah TH hari ini menyempurnakan Majlis Perasmian Kursus Perdana Haji Peringkat Wilayah Persekutuan yang berlangsung selama dua hari (30 Jun - 1Julai 2018) bertempat di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.
Kursus ini melibatkan kira-kira 2,400 orang peserta seluruh Negeri Wilayah Persekutuan.
KDYMM SPB YDA XV Sultan Muhammad V Berkenan Mengucapkan Selamat Jalan Kepada Jemaah Haji Malaysia Ke Tanah Suci Musim Haji 1439H |KT22 (MH8142)
Sepang, 31 Julai 2018 - KDYMM SPB YDA XV Sultan Muhammad V Berkenan Mengucapkan Selamat Jalan Kepada Jemaah Haji Malaysia Ke Tanah Suci Musim Haji 1439H |KT22 (MH8142).
KDYMM SPB YDA XV Sultan Muhammad V Berkenan Mengucapkan Selamat Jalan kepada seramai 333 orang jemaah haji dari KT22 (MH8142) dan jemaah telah bertolak dari Kompleks TH Sepang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira pada jam 10.53 malam dan dijangka berlepas ke tanah suci (Jeddah) pada jam 1.35 pagi.