Haji
TH Menziarahi Waris Allahyarham Awang Omar bin Awang Narawi di Sarawak
Rabu, 15 Ogos 2018 - TH telah mengadakan sesi ziarah ke rumah waris Jemaah Haji Malaysia yang meninggal dunia di Tanah Suci, Allahyarham Awang Omar Bin Awang Narawi. Sesi ziarah ini diwakili oleh Timbalan Pengarah TH Negeri Sarawak, Tuan Haji Mohammad bin Salim di kediaman Allahyarham di Kampung Melayu Tebakang, Serian, Sarawak.
Pada sesi ziarah tersebut, TH turut mengadakan tahlil ringkas serta menyerahkan sumbangan khairat kematian, air zam-zam dan kurma kepada waris Allahyarham. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.
TH Menziarahi Waris Jemaah Haji
24 September 2018 -TH telah mengadakan sesi ziarah ke rumah waris Jemaah Haji Malaysia yang meninggal dunia di Tanah Suci, Allahyarham Che Sulaiman @ Che Mustapha bin Husin. Sesi ziarah ini diwakili oleh Pengarah TH Negeri Kelantan, Tuan Haji Wahyudin bin Haji Tamami di kediaman Allahyarham.
Pada sesi ziarah tersebut, TH turut mengadakan tahlil ringkas serta menyerahkan sumbangan khairat kematian, air zam zam dan kurma kepada waris Allahyarhamah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.
Majlis Perasmian Kursus Perdana Haji Musim Haji 1440H|2019M peringkat Negeri Terengganu
YB Datuk Seri Dr Mujahid bin Yusuf, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, menyempurnakan Majlis Perasmian Kursus Perdana Haji yang berlangsung selama dua hari (21-22 Jun 2019) bertempat di Dewan Taman Tamadun Islam (TTI), Kuala Terengganu.
Kursus ini melibatkan kira-kira 1950 orang peserta seluruh negeri Terengganu. Turut hadir ke majlis berkenaan YBM Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YBhg. Dato’ Sri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, Pengurus Besar Kanan Haji yang mewakili TH pada majlis ini.
Majlis Mengucapkan Selamat Jalan Jemaah Haji Negeri Kelantan Ke Tanah Suci 1440H/2019M
YAB Menteri Besar Kelantan, Ustaz Dato Haji Ahmad Bin Yakob, hadir mengucapkan selamat jalan kepada 150 orang jemaah haji Negeri Kelantan yang terdiri 62 orang jemaah lelaki dan 88 orang jemaah perempuan di Dewan Utama, Kompleks Islam Jubli Perak, Sultan Ismail Petra, Panji, Kota Bharu.
KDYMM Sultan Terengganu Mencemar Duli Berkenaan Mengucapkan Selamat Jalan Kepada Jemaah Haji Negeri Terengganu Ke Tanah Suci Musim 1440H | 2019M
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni AlMarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, Sultan Terengganu dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Zahirah, Sultanah Terengganu berkenan mencemar duli berangkat hadir untuk mengucapkan selamat jalan kepada 150 orang bakal Jemaah Haji Negeri Terengganu di TH Hotel & Convention Centre Kuala Terengganu, Terengganu hari ini.