Korporat
TH BANTU PELAJAR MELALUI PROJEK IQRA' DI SABAH
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyampaikan agihan zakat pendidikan bernilai RM70,000 kepada 140 orang pelajar daripada enam buah sekolah dalam Majlis Penyampaian Sumbangan Projek Iqra' Tahun 2014 bagi Peringkat Negeri Sabah yang diadakan di Dewan Pusat Sumber Sekolah Menengah Kebangsaan Beaufort 3 telah disempurnakan oleh YBhg. Datin Nurlaila Said, PengarahTH Negeri Sabah.
TH Bayar RM 1.1 Juta Kepada Majlis Ugama Islam Negeri Sabah
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini membayar zakat berjumlah RM 1,165,373.16 bagi tahun kewangan berakhir 2017 kepada Majlis Ugama Islam Negeri Sabah dalam satu majlis ringkas di Istana Negeri Sabah, Kota Kinabalu, Sabah.
YBhg. Datuk Adi Azuan Abdul Ghani , Ketua Pegawai Operasi TH telah mempersembahkan bayaran zakat kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima (DR.) Haji Juhar bin Datuk Haji Mahiruddin. Pembayaran zakat TH bagi negeri Sabah ini mencatatkan peningkatan sebanyak 11.15% berbanding RM 1,048,485.95 (2016).
TH Bayar RM 2.3 Juta Kepada Pusat Zakat Negeri Sembilan
Seremban 25 APRIL 2018 – Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini membayar zakat berjumlah RM 2,333,113.69 bagi tahun kewangan berakhir 2017 kepada Pusat Zakat Negeri Sembilan dalam satu majlis ringkas di Istana Hinggap, Seremban.
YBhg. Dato’ Sri Syed Saleh Bin Syed Abdul Rahman , Pengurus Besar Kanan Haji TH telah mempersembahkan bayaran zakat kepada Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir. Pembayaran zakat TH bagi Negeri Sembilan ini mencatatkan peningkatan sebanyak 14.34% berbanding RM 2,040,443.38 (2016).
TH Bayar RM 2.4 Juta Kepada Zakat Pulau Pinang
Pulau Pinang 30 APRIL 2018 – Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini membayar zakat berjumlah RM 2,414,767.78 bagi tahun kewangan berakhir 2017 kepada Zakat Pulau Pinang dalam satu majlis ringkas di Seri Mutiara, kediaman rasmi TYT Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang.