Korporat
TH Bantu Lebih 30,000 Penuntut IPTA Seluruh Negara
BATU PAHAT, 26 OKTOBER 2022-Lembaga Tabung Haji ( TH ) hari ini menyalurkan sumbangan RM600 ribu kepada setiap 20 Institut Pengajian Tinggi Awam(IPTA) terpilih seluruh negara melalui Program Iqra’ TH IPTA 2022. Dana ini akan diagihkan kepada lebih 30,000 penuntut IPTA dalam kalangan keluarga asnaf atau kurang berkemampuan terutamanya masyarakat pedalaman, luar bandar dan miskin bandar.
TH BANTU MEMPERKASAKAN USAHAWAN BUMIPUTERA
Lembaga Tabung Haji (TH) pada hari ini mengadakan majlis pertukaran memorandum perjanjian dengan usahawan-usahawan Bumiputera di Bangunan Ibu Pejabat TH, disini.
Usahasama strategik ini bertujuan memajukan pembangunan usahawan Bumiputera agar mereka lebih berdaya saing dan maju. Inisiatif ini juga sejajar dengan objektif TH membantu syarikat dan usahawan Bumiputera dalam mengembangkan perniagaan serta meningkatkan keupayaan dan kepakaran mereka.
TH BANTU PELAJAR ASNAF MELALUI PROGRAM IQRA'
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menjelajah keempat buah negeri bagi mengagihkan zakat pendidikan kepada para pelajar asnaf menerusi Majlis Penyampaian Sumbangan Program Iqra' Peringkat Negeri Perlis, Kedah, Pahang dan Sarawak.
Seramai 828 orang pelajar dari 41 buah sekolah dari negeri-negeri tersebut menerima sumbangan dengan jumlah keseluruhan RM414,000.
TH BANTU PELAJAR ASNAF MENERUSI PROGRAM IQRA’
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini telah menyerahkan zakat pendidikan berjumlah RM125,000 kepada 14 buah sekolah menengah terpilih di Daerah Tampin dalam satu Majlis Sumbangan Program Iqra’ yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Mohd Taha, Gemencheh, Negeri Sembilan.
Majlis ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Adi Azuan Abdul Ghani, Ketua Pegawai Operasi TH dan turut dihadiri oleh YBrs. Tuan Haji Hamzah Abu, Pegawai Pendidikan Daerah Tampin, pengetua–pengetua, guru-guru sekolah terpilih serta anggota TH.
TH BANTU PELAJAR MELALUI PROJEK IQRA' DI JOHOR
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyampaikan agihan zakat pendidikan kepada 20 buah sekolah yang telah terpilih bernilai RM250,000 kepada 500 orang pelajar dalam Majlis Penyampaian Sumbangan Projek Iqra' Tahun 2014 bagi Peringkat Negeri Johor telah disempurnakan oleh Tuan Haji Adi Azuan Abd Ghani, Pemangku Ketua Pegawai Operasi Tabung Haji yang diadakan di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim.