TH Anjur HISHAJ Di Lebih 70 Masjid Eratkan Silaturahim Jemaah Haji
KLANG, 8 SEPTEMBER 2024: Lembaga Tabung Haji (TH) telah menganjurkan Program Himpunan Persaudaraan Hujjaj (HISHAJ) secara berperingkat di lebih 70 buah masjid terpilih di seluruh negara bermula daripada 31 Julai sehingga 8 September 2024.
Dengan mengangkat tema “Haji dan Hijrah”, program ini menghimpunkan kembali para jemaah haji bagi tahun 1445H yang lalu dengan tujuan untuk memperkukuh jalinan silaturahim ke arah jemaah haji yang soleh dan musleh.