Korporat
TH Beri Tiga Van Untuk Program Mobiliti Di Sarawak
KUCHING, 16 SEPTEMBER 2023: Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyumbang dua buah van jenazah dan sebuah van penumpang kepada Masjid Darul Halim, Masjid Ar Rahmah dan Pusat Pendidikan Muhammad Al Fateh di Majlis Serahan Van Program Mobiliti TH Tahun 2023 peringkat Negeri Sarawak. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dato’ Setia Haji Na’im Haji Mokhtar berkata, “Saya berharap pihak pengurusan masjid dan Pusat Pendidikan Muhammad Al Fateh akan menggunakan kenderaan ini dengan baik bagi manfaat ahli kariah, pelajar-pelajar tahfiz serta masyarakat setempat.”
TH BERIKRAR BEBAS RASUAH
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menganjurkan Majlis Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), bertempat di Bangunan TH, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.
TH BUKA CAWANGAN Ke-123
Lembaga Tabung Haji (TH) pada hari ini dengan rasminya membuka cawangannya yang ke-123 sebagai usaha memberikan perkhidmatan yang lebih cemerlang kepada para pendepositnya di Pasir Gudang, Johor.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Mohamed Khaled Nordin, Menteri Besar Johor dan turut disaksikan oleh YBhg. Tan Sri Ismee Ismail, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH.