Korporat
Sebanyak 1,500 Unit Kit Solat Diagihkan Kepada Mangsa Banjir di Kedah
KEDAH, 25 September 2024 : Lembaga Tabung Haji (TH) pada hari ini, telah mengagihkan bantuan Kit Solat kepada mangsa banjir di negeri Kedah. Sebanyak 1,500 unit Kit Solat telah diagihkan kepada mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Penempatan Sementara di daerah-daerah terjejas di Kedah.
Kit ini dilengkapi dengan kelengkapan solat seperti baju, kain pelekat, telekung, seluar, botol spray wuduk, debu tayammum dan kompas kiblat untuk kegunaan mereka yang terkesan banjir agar sedikit sebanyak dapat membantu mereka menunaikan kewajipan solat dengan sempurna.
Serahan Bantuan Ehsan Ramadan TH Sempena Majlis Iftar Perdana UMS
KOTA KINABALU, 21 April 2022 – Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini telah menyerahkan Cek Cura Bantuan Ehsan Ramadan TH berjumlah RM45,000 kepada Pengarah Pusat Islam, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Ustaz Md Razali Saibin bersempena Majlis Iftar Perdana UMS di Masjid UMS pada hari ini.
Serahan Kotak Barakah TH Kepada Bakal Haji
Lembaga Tabung Haji (TH) dengan kerjasama Yayasan Tabung Haji hari ini menyumbang kepada salah seorang daripada lebih 200 orang bakal haji menerusi program serahan Kotak Barakah TH di 20 lokasi seluruh negara.
Serahan dibuat oleh Pengurus TH Cawangan Kudat, Sabah; Tuan Haji Mohamad Ahamadur kepada salah seorang bakal jemaah haji, saudara Jasni bin Motaha di Kampung Pengaraban, Kudat.
Turut hadir, Pengarah TH Negeri Sabah, YBhg. Datin Hajah Nurlaila Said dan anggota-anggota TH.