Korporat
Pusat Zakat Melaka Menerima Zakat TH Berjumlah RM3,321,501.26
MELAKA, 7 Disember 2021 - Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyerahkan Zakat TH berjumlah RM3,321,501.26 bagi tahun kewangan berakhir 2020 kepada Pusat Zakat Melaka dalam satu majlis bertempat di Pejabat T.Y.T Yang Dipertua Negeri Melaka.
RM10 Ribu Sumbangan Bakul Makanan TH Untuk Asnaf Sipitang
SIPITANG, 23 Disember 2021 – Seramai 100 keluarga di daerah ini menerima Sumbangan Bakul Makanan TH berjumlah RM10,000 yang disampaikan oleh YB Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary.
RUNTUHAN KREN DI MASJIDIL HARAM
Insiden Kren tumbang di Masjidil Haram berlaku pada hari Jumaat, jam 5.00 petang waktu Saudi.
Bermula dengan ribut pasir dan hujan lebat. Kren yang tumbang berhampiran pintu As Salam bersebelahan bangunan Sa’ie. Kren yang tumbang telah menimpa Bangunan Sa’ie tersebut dan sebahagian daripada rangkanya telah jatuh di bangunan Sa’ei berdekatan dengan mataf.
SAHABAT KORPORAT TH SALUR SUMBANGAN BERJUMLAH RM11.2 JUTA
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengadakan Majlis Penghargaan kepada Sahabat Korporat TH yang terdiri daripada badan-badan korporat dan syarikat swasta yang telah menyumbang kepada jemaah Musim Haji 2013M / 1434H.