Korporat
Standard Chartered Saadiq Memeterai Kolaborasi Jangka Panjang Dengan TH
Standard Chartered Saadiq telah memeterai kerjasama jangka panjang dengan Lembaga Tabung Haji (TH) yang melibatkan hartanah di luar negara serta perniagaan pelancongan.
Sumbangan
Pada setiap tahun, TH memperuntukkan sejumlah besar sumbangan untuk perlaksanaan inisiatif CSR bukan-zakat dalam usaha berkongsi kejayaan yang diperolehi hasil sokongan dan kepercayaan pendeposit dan pihak berkepentingan. Sumbangan disalurkan untuk pelbagai keperluan seperti pendidikan, kesihatan dan sebagainya.
Sumbangan 205 Botol Air Zam-zam Kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
PUTRAJAYA, 2 April 2020 - Lembaga Tabung Haji hari ini telah menyumbang sebanyak 250 botol air zam-zam untuk kegunaan para petugas perubatan dan barisan hadapan di hospital-hospital di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Sumbangan ini adalah sebagai salah satu usaha dan inisiatif TH bagi membantu KKM dalam menangani COVID-19.
Serahan sumbangan ini telah diberikan kepada YB. Datuk Seri Dr. Adham Baba, Menteri Kesihatan dalam satu majlis ringkas di Putrajaya.
SUMBANGAN KEPADA 164 ASNAF MENERUSI PROGRAM EHSAN TH
Bersempena bulan Ramadan, Tabung Haji (TH) menganjurkan Program Ehsan TH di mana 164 orang asnaf fakir miskin Negeri Pahang menerima sumbangan sebanyak RM82,000 bertempat di Dewan Sek. Men. Maran 2, Maran, Pahang.
Program ini menjadi platform utama bagi TH untuk berinteraksi dengan para penerima, selain mengeratkan lagi ikatan silaturrahim dengan komuniti setempat.
Perasmian Program Ehsan Pahang ini dilakukan oleh YBhg. Prof Emeritus Tan Sri Dato’ Dr Abdul Shukor, Ahli Lembaga Pengarah TH.
Sumbangan Program Ehsan TH Kepada 125 Golongan Asnaf Fakir Dan Miskin Di Perak
PERAK, 7 Mei 2021 - Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyumbang sebanyak RM50,000 kepada 125 golongan asnaf fakir dan miskin di bawah Program Ehsan TH di setiap daerah di negeri Perak.
Sumbangan Program Iqra’ kepada Universiti Sains Malaysia (USM)
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini, telah menyerahkan sebanyak RM500,000.00 bagi Program Iqra’ kepada Universiti Sains Malaysia (USM) dalam satu majlis ringkas yang berlangsung di Dewan Canselori USM, Pulau Pinang.
TH yang diwakili oleh YBrs. Tuan Haji Mohamed Ameen, Pengarah Eksekutif Operasi TH telah menyerahkan replika cek kepada YBhg. Prof Datuk Ir Dr Abdul Rahman Mohamed, Naib Canselor USM pada majlis ini. Semoga dengan serahan ini dapat memberi manfaat dan kemudahan kepada para pelajar asnaf seterusnya memperoleh keputusan cemerlang dalam pelajaran mereka.