Korporat
Penyampaian Hadiah Kuiz "Salam Baitullah 2020 Edisi Ke-12"
ANGKASAPURI, 28 September 2020 - RTM senantiasa berusaha membuat liputan dan menyediakan program berdasarkan keperluan semasa serta menyediakan program-program dan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat. Di antara program-program yang dilaksanakan oleh RTM adalah “Program Salam Baitullah”.
Hari ini , Dua pemenang utama Kuiz Terkumpul Salam Baitullah 2020 diumumkan yang akan membawa pulang hadiah wang tunai RM 10,000 (tempat pertama) dan RM 5,000 (tempat kedua) dikreditkan terus ke dalam akaun TH masing- masing yang disumbangkan oleh Syarikat Olive House.
Penyerahan Sumbangan Malam Wartawan Malaysia 2018
Tabung Haji hari ini menyerahkan sumbangan sebanyak RM20,000 kepada Malaysian Press Institute sempena Malam Wartawan Malaysia (MWM) 2018 yang bakal diadakan pada 13 Julai 2018 di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur.
Tuan Haji Hisyam Samad, Pengurus perhubungan Media mewakili TH bagi menyerahkan Mock Cheque sumbangan kepada YBhg. Datuk Dr. Chamil Wariya, Pengerusi Bersama MWM 2018 / Ketua Pegawai Eksekutif MPI.
Penyerahan Zakat Berjumlah RM2,082,343.25 kepada Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS)
SABAH, 19 Ogos 2024 : Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini, memberikan penyerahan zakat berjumlah RM2,082,343.25 kepada Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS). Serahan zakat disampaikan oleh YB Senator Dato' Setia Dr. Haji Mohd Na'im Bin Mokhtar, Menteri Agama di Jabatan Perdana Menteri kepada Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar bin Haji Mahiruddin, Yang di-Pertua Negeri Sabah di Istana Seri Kinabalu, Sabah.
Penyerahan Zakat TH Bagi Negeri Selangor Berjumlah RM28,421,099.74
SELANGOR, 4 April 2024: Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyerahkan serahan zakat TH bagi negeri Selangor berjumlah RM28,421,099.74. TH diwakili oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dato’ Setia Dr Mohd Na’im Mokhtar menyerahkan replika cek serahan zakat TH Selangor bagi tahun kewangan 2023 kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.