Korporat
PENGERUSI LEMBAGA TABUNG HAJI ZIARAH KELUARGA ALLAHYARHAM DAUD KAMSANI
Yang Berhormat Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menziarahi keluarga Allahyarham Daud Kamsani, 64 di Felda Bukit Easter, Kota Tinggi, Johor.
Allahyarham Daud Kamsani merupakan jemaah haji pertama negara ini yang telah meninggal dunia pada musim haji 1434H. Beliau dilaporkan meninggal dunia pada 15 September 2013 jam 9.00 pagi (waktu Saudi) akibat masalah jantung di Madinah.
PENGERUSI LEMBAGA TABUNG HAJI ZIARAH WARIS JEMAAH HAJI YANG MENINGGAL DI TANAH SUCI
YB Dato' Seri Haji Abdul Azeez Abdul Rahim, Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), menziarahi keluarga dan waris Jemaah Haji Malaysia yang meninggal di Tanah Suci sebagai tanda simpati dan keprihatinan TH kepada kebajikan waris dan keluarga yang kehilangan orang tersayang.
PENGERUSI TH LAWAT KELUARGA ALLAYARHAMAH ZALEHA YASIN
Yang Berhormat Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menziarahi keluarga Allahyarhamah Zaleha Bt Yasin, 63 di Felda Kota Gelanggi 04, Jerantut Pahang.
Allahyarhamah Zaleha merupakan jemaah haji pertama negara ini yang telah meninggal dunia pada musim haji 1436H. Beliau dilaporkan meninggal dunia pada 24 Ogos 2015 jam 12.00 tengahari (waktu Saudi) akibat masalah jantung di Madinah.
Jenazah Allahyarhamah Zaleha telah diuruskan oleh para petugas TH dan dikebumikan di tanah perkuburan Baqi di Madinah pada hari yang sama.
PENGERUSI TH MENERIMA PENGANUGERAHAN 'JEWELS OF MUSLIM WORLD AWARD'
Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Dato' Sri Abdul Azeez Abdul Rahim hari ini menerima 'Jewel of Muslim World Awards' diatas sumbangan terhadap proses Pembangunan Modal Insan Negara, selain memainkan peranan dalam memperkasakan kebajikan Islam.