Korporat
Perkhidmatan Pengelola Jemaah Haji ( PJH )
PERINGATAN
Bakal Haji Visa Haji Urusan Sendiri (“VHUS”)
Rakyat Malaysia (individu atau institusi) yang memperolehi Visa Furada atau Visa Mujamalah melalui jemputan daripada pihak Kerajaan Arab Saudi hanya dibenarkan untuk menunaikan haji melalui Pengelola Jemaah Haji (PJH) termasuk TH Travel & Services Sdn. Bhd. (THTS) yang telah diluluskan lesen oleh TH menurut Seksyen 28 Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535).
PERPINDAHAN PEJABAT TH KUALA PERLIS KE PADANG BESAR
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengadakan Majlis Perasmian TH Padang Besar sebagai usaha memberi perkhidmatan lebih cemerlang kepada para pendeposit di Daerah Padang Besar, Perlis dan sekitarnya. Majlis perasmian ini telah disempurnakan oleh YB Dato’ Haji Khairi bin Hassan, Exco Agama Negeri Perlis mewakili YAB Dato’ Seri Azlan bin Man, Menteri Besar Perlis.
Perpindahan pejabat Kuala Perlis ke Padang Besar ini disebabkan jumlah penduduknya yang lebih tinggi. Ini akan memudahkan para penduduk Padang Besar untuk melaksanakan urusan simpanan dan haji masing-masing.
PERSIAPAN KHEMAH DI ARAFAH DITERUSKAN
Hujan lebat berserta angin kuat yang berlaku di kawasan Arafah pada 9 Oktober 2013, lebih kurang jam 3.30 petang waktu tempatan semalam (selepas Asar) adalah satu keadaan yang biasa di sini, setiap kali berlakunya perubahan musim dan suhu. Banjir tersebut adalah bersifat sementara dan reda dalam masa beberapa jam selepas itu.