Korporat
Majlis Ikrar Bebas Rasuah TH
Majlis Ikrar Bebas Rasuah bertujuan untuk memberi penekanan kepada ikrar serta janji yang dibuat oleh para kepimpinan TH dan anggota dalam kapasiti sebagai individu, untuk menjunjung tanggungjawab serta akauntabiliti bagi menjauhi serta menghindari diri daripada terlibat dengan sebarang godaan rasuah dan salah guna kuasa, sepanjang melaksanakan tugas.
Majlis Jamuan Tengah Hari Waris Dan Mangsa Kemalangan Kren Di Makkah Musim Haji 1436 Hijrah Bersama YB Menteri Di Jabatan Perdana Menteri
PUTRAJAYA, 14 Januari 2020 – Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menganjurkan Majlis Jamuan Tengah Hari Waris dan Mangsa Kemalangan Kren di Makkah Musim Haji 1436 Hijrah bersama YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Tuan Yang Terutama Dato' Dr. Mahmoud Hussein Saeed Qattan, Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia.
Insiden kemalangan kren di Masjidil Haram, Makkah pada Musim Haji 1436H telah mengorbankan 7 orang Jemaah Haji Malaysia dan beberapa Jemaah Haji yang cedera.
MAJLIS KEBERANGKATAN TIBA YANG DI-PERTUAN AGONG DAN SERI PADUKA BAGINDA RAJA PERMAISURI AGONG
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah Hamidun selamat tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim selepas selesai menunaikan fardu haji.Pesawat khas yang membawa baginda serta rombongan tiba dari Jeddah, Arab Saudi telah tiba pukul 8.55 malam di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Alor Setar. Baginda turut disambut oleh Haji Abdul Halim Md Jamil, Pengurus Besar Kanan Pengurusan Hartanah dan Pentadbiran dan merangkap Timbalan Pengarah Gerakan bagi musim Haji 1433H.
MAJLIS KEBERANGKATAN YANG DI-PERTUAN AGONG DAN SERI PADUKA BAGINDA RAJA PERMAISURI AGONG KE TANAH SUCI UNTUK MENUNAIKAN HAJI
Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Haminah Hamidun selamat berangkat menunaikan fardu haji, dari Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.