Korporat
LEMBAGA TABUNG HAJI SERAH PROTON EXORA KEPADA JOHAN QARI DAN QARI
Lembaga Tabung Haji (TH) pada hari ini menyerahkan dua buah kereta Proton Exora (1.6 CVT Turbo Executive) yang bernilai hampir RM125,000.00 sebagai hadiah kepada Johan Qari dan Qariah Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTAPK) Kali Ke-59.
Majlis penyerahan disempurnakan oleh YB. Datuk Seri Panglima Abdul Azeez Abdul Rahim, Pengerusi THdan YBhg. Dato’ Johan Abdullah, Pemangku Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif THdalam satu majlis ringkas di Ibu Pejabat TH, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.
Lembaga Tabung Haji Serah Rumah Projek Baiti
Lembaga Tabung Haji (TH) menyerahkan lima buah rumah projek bantuan perumahannya kepada lima keluarga asnaf terpilih dari daerah Hilir Perak, Teluk Intan dibawah Projek Baiti TH dalam satu majlis penyerahan ringkas hari ini.
LEMBAGA TABUNG HAJI SUMBANG VAN JENAZAH
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengadakan Majlis Penyerahan Sumbangan Van Jenazah untuk kegunaan masyarakat setempat khususnya sekitar Guar Chempedak, Kedah. Majlis tersebut telah berlangsung di Pusat Khidmat Parlimen Jerai, Guar Chempedak dan dihadiri oleh YB. Mejar Jeneral Dato' Seri Jamil Khir Haji Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Lembaga Tabung Haji terima Anugerah Abdul Rahman Auf
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menerima menerima Anugerah Khas Abdul Rahman Auf daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS) ekoran komitmennya menunaikan zakat perniagaan termasuk menguruskan wakalah agihan, untuk tahun 2018.
LEMBAGA TABUNG HAJI UMUM PEMENANG PERTANDINGAN FOTOGRAFI "KENANGAN ABADI TANAH SUCI"
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengadakan Majlis Penyampaian Hadiah Pemenang Pertandingan Fotografi yang bertemakan "Kenangan Abadi Tanah Suci". Pertandingan yang julung-julung kalinya diadakan ini adalah dengan kerjasama strategik Harian Metro sempena sambutan Jubli Emas TH.