MAJLIS PELANCARAN TABUNG KEMANUSIAAN ACHEH
Pada hari ini, berlangsungnya Majlis Pelancaran Tabung Kemanusiaan Acheh yang telah disempurnakan oleh YB. Mejar Jeneral Dato' Seri Jamil Khir bin Haji Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri di Kompleks Islam Putrajaya. Tabung ini dilancarkan bagi membantu mangsa gempa bumi di Acheh. Sebanyak 6 agensi telah bekerjasama dalam menjayakan misi kemanusiaan ini iaitu YaPEIM, TH, TV Alhijrah, Kumpulan Utusan, JAKIM dan MAIWP. TH diwakili oleh YB. Datuk Seri Panglima Abdul Azeez Abdul Rahim, Pengerusi TH.