Korporat
Dasar-dasar Integriti
Sebagai sebuah organisasi Islam, TH sentiasa memberi penekanan ke arah tahap integriti dan moral yang tinggi dalam kalangan anggota selain meningkatkan kepakaran dan kompetensi kerja.
TH telah menambah baik amalan tadbir urus tanpa bertolak ansur kepada penyelewengan, rasuah serta mutu perkhidmatan yang boleh dipertikai oleh masyarakat umum. TH turut memberi penekanan kepada usaha pembudayaan terhadap integriti dalam diri semua anggota TH.
DATO’ JOHAN ABDULLAH DILANTIK SEBAGAI PUK & KPE TH
Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri hari ini mengumumkan pelantikan Dato’ Johan Abdullah, 59, sebagai Pengarah Urusan Kumpulan Dan Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Tabung Haji berkuat kuasa 1 Julai 2016.
Dato’ Johan menggantikan Tan Sri Ismee Ismail yang telah menamatkan perkhidmatannya pada 30 Jun 2016 setelah berkhidmat lebih 10 tahun di TH.
DYMM SULTAN TERENGGANU UCAP SELAMAT JALAN KEPADA JEMAAH HAJI PANTAI TIMUR
DYMM Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dan Sultanah Terengganu dan Sultanah Nur Zahirah berkenan hadir untuk mengucapkan selamat jalan kepada Jemaah Haji KT 49 di Kompleks Haji dan Hotel Tabung Haji, Kuala Terengganu, hari ini.
Majlis Pelepasan Jemaah Haji ini adalah untuk para Jemaah dari negeri Pantai Timur yang akan menaiki penerbangan terus ke Makkah. Terdapat sebanyak 5 penerbangan terus dari Kuala Terengganu ke Tanah Suci pada Musim Haji 1435H kali ini.