Bayaran Zakat TH Memperkasa Sosioekonomi Golongan Asnaf Johor
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyerahkan Zakat TH berjumlah RM 7,680,292.46 bagi tahun kewangan berakhir 2018 kepada Jawatankuasa Zakat dan Fitrah Negeri Johor dalam satu majlis ringkas di Kediaman Rasmi YAB Menteri Besar Johor, Dato’ Dr. Sahruddin bin Jamal.
Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Tuan Haji Mustakim bin Mohamad, Timbalan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan TH.
Bayaran zakat bagi negeri Johor ini mencatatkan peningkatan sebanyak 27.3% berbanding tahun 2017 (RM6,032,522.73).