Korporat
WARIS ANAK KAPAL MH17 TERIMA SIJIL BADAL HAJI
Waris-waris sepuluh (10) anak kapal yang yang terkorban dalam insiden MH17 menerima sijil Badal Haji yang disampaikan oleh Pengerusi, Lembaga Tabung Haji (TH), YB Datuk Seri Panglima Abdul Azeez Abdul Rahim dalam satu majlis di Ibu Pejabat TH, hari ini. Badal Haji tersebut telah dilaksanakan pada Musim Haji 1435H/2014M yang lalu untuk kesemua anak kapal beragama Islam terbabit, iaitu:
YAB PM Lancar Pelan Transformasi TH - HIJRAH24
KUALA LUMPUR, 20 April 2022 – Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini melancarkan Pelan Transformasi Strategik HIJRAH24 yang bertujuan memastikan institusi pengurusan haji negara terus kekal berdaya saing dan bersedia untuk masa depan demi kesejahteraan pendeposit, jemaah haji dan umat Islam umumnya.
Majlis Pelancaran HIJRAH24 itu telah disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Ismail Sabri Bin Yaakob di Menara TH, Kuala Lumpur.
YANG DIPERTUA NEGERI SABAH PELEPASAN JEMAAH HAJI PENERBANGAN DARI SABAH
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengadakan Majlis Pelepasan Jemaah Haji Sabah di Hotel Tabung Haji, Kota Kinabalu, Sabah.
Majlis tersebut dihadiri oleh Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin bersama isterinya, Toh Puan Norlidah RM Jasni dan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman. Seramai 279 Jemaah Haji ini merupakan kumpulan pertama dari negeri Sabah berlepas ke Tanah Suci menerusi penerbangan terus Kota Kinabalu – Madinah.
YB DATUK HAJI ABDUL AZEEZ ABDUL RAHIM DILANTIK SEBAGAI PENGERUSI LEMBAGA TABUNG HAJI
Lembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan pelantikan YB Datuk Haji Abdul Azeez bin Abdul Rahim sebagai Pengerusi TH berkuatkuasa 1 Julai 2013, menggantikan YBhg Tan Sri Dato' Sri Abi Musa Asa'ari Mohamed Nor yang telah berkhidmat dengan TH sejak Ogos 2007.
YB Datuk Haji Abdul Azeez, adalah Ahli Parlimen Baling, Kedah dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO sejak 2008. Beliau juga memegang jawatan sebagai Pengerusi Eksekutif Yayasan Pembangunan Rakyat Baling. YB Datuk Haji Abdul Azeez tidak asing bagi TH, beliau merupakan Ahli Lembaga Pengarah TH sejak tahun 2011.