• Home
  • Media Sosial
    • Facebook
    • X
    • Instagram
    • TikTok
    • YouTube
    • Linkedin
  • Karier
  • OKU
  • Janji Temu
  • Lokasi
    Cawangan
  • Hubungi
    Kami
  • MENU
  • Korporat

    Informasi Korporat

    • Tentang Kami
    • Rangka Kerja Pengawasan TH
    • Data & Statistik
    • Logo
    • Notis Privasi
    • Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
    • Laporan Tahunan

    Struktur Organisasi

    • Carta Organisasi
    • Lembaga
    • Panel Pelaburan
    • Jawatankuasa Penasihat Syariah
    • Barisan Pengurusan

    Integriti

    • Dasar-Dasar Integriti
    • e-Whistleblowing

    Tanggungjawab Sosial Korporat

    • Tentang CSR
    • Program CSR Zakat
    • Sumbangan

    Karier dan Latihan Industri

    • Info

    Direktori

    • Ibu Pejabat
    • Pejabat Cawangan

    Media & Muat Turun

    • Berita
    • Kenyataan Media
    • Khutbah Arafah
    • Galeri Foto
    • Arkib

    Soalan Lazim

    • Korporat
  • Simpanan

    Maklumat Am

    • Simpanan
    • Pembukaan Akaun
    • Penutupan Akaun
    • Kad Debit-i TH
    • Penamaan Waris
    • Data & Statistik
    • Agihan Keuntungan

    Perkhidmatan

    • THiJARI
    • THiJARI Biz
    • Rakan Strategik
    • Pusat Perkhidmatan Kewangan (IFiC)
    • Pusat Perkhidmatan (PPTH)
    • Pembukaan Akaun Secara Dalam Talian (VAO)
    • TH Khairat
    • TH Komuniti
    • Hibah Amanah
    • Kelab TaHa
    • JomPAY

    Soalan Lazim

    • Simpanan
    • THiJARI
    • THiJARI Biz
    • JomPAY
    • TH Khairat
    • Kemaskini Nombor Telefon Bimbit
    • Kempen

    Kempen

    • Kempen VAO 2024
    • Kempen Al-Falah
    • Kempen Auto Simpan @ THiJARI FPX
    • Kempen Bijak Menabung
    • Kempen Carum dan Simpan 2024
    • Kempen Terpaling Sayang
    • Kempen Link & Menang TH Bersama AmBank

    Borang-Borang

    • Muat Turun
  • Haji

    Maklumat Am

    • Pengurusan Haji
    • Pendaftaran Haji
    • Rayuan Haji
    • Kos Haji dan Bayaran
    • Kuota Haji
    • Operasi Haji
    • Data & Statistik

    Bimbingan

    • E-Bimbingan Portal
    • Kursus Haji
    • Nota Modul Kursus Asas Haji (KAH)
    • Kursus Asas Haji Bersiri (Saluran Youtube Lembaga Tabung Haji)
    • Penerbitan Haji
    • Pengkursus Ibadat Haji Tanah Air dan Pembimbing Ibadat Haji Tanah Suci
    • Resolusi Muzakarah Haji
    • Program Himpunan Persaudaraan Hujjaj (HISHAJ)

    Perkhidmatan

    • Jawatankuasa Penasihat Ibadat Haji (TH-JAKIM)
    • Program Eksekutif Pembimbing Ibadat Haji (EPIH)
    • Perkhidmatan Pengelola Jemaah Haji (PJH)

    Soalan Lazim

    • Kursus Asas Haji 1446H/2025M
    • Bayaran Haji 1445H/2024M
    • Syarat Tunai Haji & Kriteria Kesihatan Bakal Jemaah Haji Musim Haji 1445H/2024M
    • Perkhidmatan Dam dan Qurban 1445H/2024M
    • Soalan Lazim 25 Pengelola Jemaah Haji (PJH) Berdaftar Di Bawah TH Bagi Tahun 2024M

    Kempen

    • Kempen Pengumpulan Artifak Haji #MuziumHajiTH
  • Pelaburan

    Maklumat Am

    • Pelaburan

    Pelaburan TH

    • Ekuiti
    • Pendapatan Tetap
    • Hartanah
    • Lain-lain

    Pelaburan Strategik

    • Kewangan Islam
    • Perladangan
    • Pembangunan dan Pembinaan Hartanah
    • Hospitaliti
    • Perkhidmatan Lain

    Soalan Lazim

    • Pelaburan

Bahasa

  • English
  • Bahasa Malaysia

Amanah dan komited
demi anda.

Amanah dan komited demi anda.
Home
  • Korporat
    • Informasi Korporat
      • Tentang Kami
      • Rangka Kerja Pengawasan TH
      • Data & Statistik
      • Logo
      • Notis Privasi
      • Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
      • Laporan Tahunan
    • Struktur Organisasi
      • Carta Organisasi
      • Lembaga
      • Panel Pelaburan
      • Jawatankuasa Penasihat Syariah
      • Barisan Pengurusan
    • Integriti
      • Dasar-Dasar Integriti
      • e-Whistleblowing
    • Tanggungjawab Sosial Korporat
      • Tentang CSR
      • Program CSR Zakat
      • Sumbangan
    • Karier dan Latihan Industri
      • Info
    • Direktori
      • Ibu Pejabat
      • Pejabat Cawangan
    • Media & Muat Turun
      • Berita
      • Kenyataan Media
      • Khutbah Arafah
      • Galeri Foto
      • Arkib
        • Balai Berita
        • Galeri Media
        • Laporan Tahunan
        • Kenyataan Media
        • Khutbah Arafah
    • Soalan Lazim
      • Korporat
  • Simpanan
    • Maklumat Am
      • Simpanan
      • Pembukaan Akaun
      • Penutupan Akaun
      • Kad Debit-i TH
      • Penamaan Waris
      • Data & Statistik
      • Agihan Keuntungan
    • Perkhidmatan
      • THiJARI
      • THiJARI Biz
      • Rakan Strategik
      • Pusat Perkhidmatan Kewangan (IFiC)
      • Pusat Perkhidmatan (PPTH)
      • Pembukaan Akaun Secara Dalam Talian (VAO)
      • TH Khairat
      • TH Komuniti
      • Hibah Amanah
      • Kelab TaHa
      • JomPAY
    • Borang-Borang
      • Muat Turun
    • Soalan Lazim
      • Simpanan
      • THiJARI
      • THiJARI Biz
      • JomPAY
      • TH Khairat
      • Kemaskini Nombor Telefon Bimbit
      • Kempen
    • Kempen
      • Kempen VAO 2024
      • Kempen Al-Falah
      • Kempen Auto Simpan @ THiJARI FPX
      • Kempen Bijak Menabung
      • Kempen Carum dan Simpan 2024
      • Kempen Terpaling Sayang
      • Kempen Link & Menang TH Bersama AmBank
  • Haji
    • Maklumat Am
      • Pengurusan Haji
      • Pendaftaran Haji
      • Rayuan Haji
      • Kos Haji dan Bayaran
      • Kuota Haji
      • Operasi Haji
      • Data & Statistik
    • Perkhidmatan
      • Jawatankuasa Penasihat Ibadat Haji (TH-JAKIM)
      • Program Eksekutif Pembimbing Ibadat Haji (EPIH)
      • Perkhidmatan Pengelola Jemaah Haji (PJH)
    • Bimbingan
      • E-Bimbingan Portal
      • Kursus Haji
      • Nota Modul Kursus Asas Haji (KAH)
      • Kursus Asas Haji Bersiri (Saluran Youtube Lembaga Tabung Haji)
      • Penerbitan Haji
      • Pengkursus Ibadat Haji Tanah Air dan Pembimbing Ibadat Haji Tanah Suci
      • Resolusi Muzakarah Haji
      • Program Himpunan Persaudaraan Hujjaj (HISHAJ)
    • Soalan Lazim
      • Kursus Asas Haji 1446H/2025M
      • Bayaran Haji 1445H/2024M
      • Syarat Tunai Haji & Kriteria Kesihatan Bakal Jemaah Haji Musim Haji 1445H/2024M
      • Perkhidmatan Dam dan Qurban 1445H/2024M
      • Soalan Lazim 25 Pengelola Jemaah Haji (PJH) Berdaftar Di Bawah TH Bagi Tahun 2024M
    • Kempen
      • Kempen Pengumpulan Artifak Haji #MuziumHajiTH
  • Pelaburan
    • Maklumat Am
      • Pelaburan
    • Pelaburan
      • Ekuiti
      • Pendapatan Tetap
      • Hartanah
      • Lain-lain
    • Pelaburan Strategik
      • Kewangan Islam
      • Perladangan
      • Pembangunan dan Pembinaan Hartanah
      • Hospitaliti
      • Perkhidmatan Lain
    • Soalan Lazim
      • Pelaburan
  • English
  • Bahasa Malaysia

Pengumuman

  • Karier & Latihan Industri, info lanjut>
  • THiJARI, Perkhidmatan TH kini dihujung jari anda
  • Status Cuti Umum Melibatkan Operasi Pejabat TH : November 2024
  • Penangguhan Operasi Pejabat Cawangan Berikutan Banjir
Wukuf
05 Jun 2025 / 9 Zulhijjah 1446H
Sudah Berlalu

Soalan Lazim THiJARI

  • Aplikasi THiJARI
  • Pendaftaran THiJARI
  • Simpanan & Pengeluaran (Kemaskini Profil)
  • Penamaan/ Hibah Amanah
  • Agihan Potongan Gaji
  • Direct Debit
  • Pindahan Dari Akaun Bank Ke Akaun TH Melalui Platform FPX
  • Sadaqah - Tabung Kebajikan Jemaah Haji Malaysia ("TKJHM")
  • Virtual Account Opening (VAO)
  • Haji (Bimbingan Haji)
  • Haji (Operasi Domestik)
  • Khidmat Pelanggan (Kelab TaHa)

Aplikasi THiJARI

Aplikasi THiJARI
Soalan Jawapan
Bagaimana saya boleh mendaftar akaun THiJARI di aplikasi THiJARI? Pendaftaran tidak boleh dilakukan melalui aplikasi THiJARI. Untuk mendaftar, pendeposit boleh melayari www.thijari.com.my.
Bagaimana saya boleh menetapkan penggunaan cap jari atau ‘face ID’ untuk digunakan ketika log masuk

Pendeposit boleh membuat tetapan cap jari atau ‘face ID’ di menu ‘Tetapan’.

Apakah perbezaan di antara laman sesawang THiJARI dan aplikasi THiJARI?

Aplikasi THiJARI mempunyai semua kemudahan seperti yang ditawarkan di laman sesawang THiJARI, kecuali kemudahan ‘Kegemaran’ dan ‘Profil Saya’. 

Aplikasi THiJARI memberi kemudahan kepada pendeposit untuk mengakses THiJARI tanpa perlu melayari laman sesawang.

Mengapa telefon bimbit saya tidak dapat menggunakan cap jari atau ‘face ID’ ketika log masuk?

Penggunaan cap jari atau ‘Face ID’ bergantung kepada model telefon bimbit tertentu, yang mempunyai fungsi tersebut. 

Sekiranya telefon bimbit anda mempunyai fungsi tersebut, anda boleh membuat penetapan di menu tetapan telefon bimbit serta di dalam aplikasi THiJARI.

Apakah syarat minimum telefon bimbit untuk menggunakan aplikasi tersebut?
  1. Telefon bimbit bukan yang telah di-‘jailbreak’ atau di-‘root’
  2. Capaian internet
  3. Sistem Operasi telefon bimbit mestilah iOS 11.0 dan keatas atau versi Android 5.0 dan keatas

Catatan: Kami mengesyorkan agar anda sentiasa mengemas kini sistem operasi dan aplikasi telefon bimbit anda untuk pengalaman yang optimum.

Apa yang berlaku sekiranya saya kehilangan telefon bimbit? Sekiranya telefon bimbit anda dicuri, tiada siapa yang dapat mengakses aplikasi tanpa ID pengguna dan kata laluan anda. Namun, untuk keselamatan, jangan simpan maklumat atau kata laluan akaun peribadi di dalam telefon bimbit anda. Selain itu, anda juga harus mempertimbangkan untuk menghubungi khidmat pelanggan telco anda untuk membekukan nombor telefon buat sementara waktu.
Bolehkah saya mengakses aplikasi THiJARI semasa saya berada di luar negara? Ya, dengan syarat anda mempunyai akses ke Internet di telefon bimbit anda. Sila semak dengan perkhidmatan mudah alih anda untuk caj perayauan (roaming) yang dikenakan semasa di luar negara.
Adakah terdapat caj untuk memuat turun aplikasi THiJARI? Aplikasi ini percuma untuk dimuat turun di ‘App Store’ yang berkenaan, seperti Play Store dan App Store.
Saya menerima mesej ralat yang mengatakan "Device not compatible" atau “Insufficient storage” dari Play Store ketika saya mencuba muat turun aplikasi. Apa patut saya buat?

Salah satu sebab yang mungkin berlaku untuk sesetengah telefon, terutamanya telefon bimbit lama adalah kerana sistem operasi telefon yang lama atau saiz memori tidak mencukupi 25 MB. 

Sila pastikan sistem operasi telefon bimbit anda adalah iOS 11.0 ke atas atau Android 5.0 ke atas dan juga memori telefon bimbit anda mencukupi.

Adakah Aplikasi THiJARI ini selamat?

Ya. Aplikasi THiJARI ini dilengkapi dengan pelbagai ciri-ciri keselamatan:-

  • Akses ke THiJARI dilindungi dengan prosedur yang selamat, iaitu dengan menggunakan gambar keselamatan untuk memastikan aplikasi tersebut disambungkan ke laman web rasmi THiJARI.
  • Hanya satu (1) sesi log masuk sahaja yang dibenarkan bagi setiap akses THiJARI. Sekiranya terdapat  akses kedua di peranti lain, sesi semasa akan diberhentikan.
  • Maklumat sulit akaun tidak akan disimpan pada telefon bimbit.

Kami akan sentiasa melakukan kemaskini dan penambahbaikan kawalan keselamatan teknologi sedia ada secara berterusan.

Pendaftaran THiJARI

Pendaftaran THiJARI
Soalan Jawapan
Bagaimana cara untuk mendaftar THiJARI? Pendeposit boleh mendaftar dengan melayari www.thijari.com.my . Pendeposit perlu memasukkan nombor akaun TH, nombor kad pengenalan (Mykad) dan nombor telefon yang telah didaftarkan di TH.
Apakah syarat-syarat untuk mendaftar THiJARI? Pendeposit perlu mempunyai akaun TH dan berstatus Aktif serta telah dikemaskini. Kemaskini maklumat boleh dilakukan di mana-mana kaunter TH terdekat. Hanya akaun TH dewasa sahaja yang boleh mendaftar THiJARI.
Apa yang perlu dilakukan sekiranya pendeposit lupa ID pengguna / kata laluan? Pendeposit perlu membuat penukaran kata laluan pada menu “Terlupa Butiran Log Masuk”.
Adakah penjaga boleh menyemak akaun TH anak bawah jagaan?

Boleh. Penjaga boleh menyemak pada menu “Ringkasan Akaun”.

Berapakah had amaun pindahan simpanan sehari yang boleh dilakukan?
  • Pindahan ke Akaun TH Persendirian (ke akaun TH anak bawah jagaan) - RM15,000.00 sehari 
  • Pindahan ke Akaun TH Pihak Ketiga (termasuk akaun TH yang telah di "favourite" kan) – RM5,000.00 sehari
Adakah penjaga boleh membuat transaksi pindahan simpanan bagi akaun anak bawah jagaan? Boleh.  Akaun TH anak bawah jagaan adalah secara automatik akan dipaparkan setelah penjaga berjaya mendaftar THiJARI. 
Adakah kemudahan “Favourite Account” disediakan? Ya. Pendeposit boleh membuat "Favourite Account" bagi akaun TH pihak ketiga.
Can I make a Repeat Transfer through THiJARI? Yes. You can make a repeat transfer when making a transfer between TH accounts in Transfer – TH to TH menu.

Repeat transfer frequency can be implemented every week,every 2 weeks and every month.
How do I stop Repeat Transfers?

You can stop the repeat transfer transaction by following steps below:

  1. Select menu “Account Overview” and select TH Account i.e. Primary Account or Trustee Account
  2. Select “Transaction History” and select "Upcoming THiJARI" for Transaction Type
  3. Click "Search Transactions" button
  4. Select the repeat transfer transaction that you want to stop and click the button "Stop this payment" or "Stop all future payment"
Adakah pendeposit boleh mendapatkan penyata akaun TH melalui THiJARI? Pendeposit boleh mendapatkan penyata TH bagi enam (6) bulan terkini.
Adakah kemudahan tukar kata laluan dan gambar keselamatan disediakan? Ya. Pendeposit boleh membuat penukaran kata laluan dan gambar keselamatan di menu Kemaskini Profil. 
Apa yang perlu dilakukan sekiranya nombor TAC disekat? Pendeposit perlu menghubungi Tabung Haji Contact Centre (THCC) di talian +603-6207 1919 bagi tindakan selanjutnya. 
Adakah akaun THiJARI mempunyai tarikh luput? Tiada. Walaubagaimanapun, sekiranya akaun TH anda berstatus tidak aktif, pendeposit tidak boleh melakukan sebarang transaksi. 

Simpanan & Pengeluaran (Kemaskini Profil)

Simpanan & Pengeluaran (Kemaskini Profil)
Soalan Jawapan
Adakah saya boleh mengemaskini maklumat profil saya? Ya, anda boleh mengemaskini maklumat peribadi anda the melalui portal THiJARI. 
Adakah saya perlu hadir kemana-mana pejabat TH Cawangan bagi tujuan pengesahan maklumat yang telah dikemaskini? Tidak, anda tidak perlu hadir ke pejabat TH Cawangan bagi tujuan pengesahan. 
Adakah saya perlu mengisi borang di pejabat TH cawangan setelah mengemaskini maklumat di portal THiJARI? Tidak perlu.
Adakah saya boleh mengemaskini No Telefon Bimbit melalui portal THiJARI? Tidak, anda perlu hadir kemana-mana pejabat TH cawangan bagi mengemaskini No Telefon Bimbit anda. 
Apakah maklumat peribadi yang boleh dikemaskini melalui portal THiJARI?

Maklumat yang hanya boleh dikemaskini adalah seperti berikut:-

  1. Gelaran
  2. Emel
  3. Alamat Tetap
  4. Alamat Surat Menyurat 
  5. No Telefon Rumah & Pejabat 
  6. Status Perkahwinan
  7. Nombor Akaun Bank
  8. Maklumat Pekerjaan
  9. Maklumat Perniagaan
  10. Maklumat Pasangan
  11. Hebahan Bahan-bahan Promosi dan
    Pemasaran
  12. Pengisytiharaan FATCA dan CRS

Selain daripada senarai maklumat di atas, anda
perlu hadir kemana-mana pejabat TH cawangan
bagi mengemaskini maklumat peribadi anda.

Berapa kalikah saya boleh mengemaskini maklumat peribadi saya? Tiada had.

Penamaan/ Hibah Amanah

Penamaan/ Hibah Amanah
Soalan Jawapan
Apakah itu Penamaan/ Hibah Amanah? Penamaan merupakan  pengisytiharan secara bertulis yang dibuat oleh pendeposit untuk melantik atau menamakan mana-mana individu daripada kalangan warisnya menurut Hukum Syarak sebagai “Penama”. Penama yang dilantik bertindak sebagai wasi atau pentadbir ke atas wang simpanan di TH apabila pendeposit meninggal dunia.

Hibah Amanah merupakan pemberian harta Hibah Amanah daripada akaun simpanan TH oleh Pemberi Hibah Amanah (pendeposit TH) semasa hidupnya kepada Penerima Hibah Amanah atas dasar kasih sayang, secara sukarela tanpa paksaan dan, tanpa mengenakan sebarang balasan serta berlakunya ijab qabul antara Pemberi Hibah Amanah dan Penerima Hibah Amanah.
Bagaimana untuk saya mendaftar Penamaan/ Hibah Amanah? Anda perlu hadir ke cawangan terdekat bagi melakukan pendaftaran untuk Penamaan/ Hibah Amanah.
Bagaimana untuk saya mengetahui lebih lanjut mengenai Penamaan/ Hibah Amanah seperti syarat dan borang diperlukan? Anda boleh melayari laman web TH di Hibah Amanah untuk mengetahui lebih terperinci.

Agihan Potongan Gaji

Agihan Potongan Gaji
Soalan Jawapan
Apakah itu Agihan Potongan Gaji? “Agihan Potongan Gaji” adalah perkhidmatan caruman potongan gaji bulanan yang boleh diagihkan kepada Pendeposit/Ahli Keluarga (Pendeposit TH)
Adakah transaksi Agihan Potongan Gaji ini mempunyai had? Tiada had dan jumlah minimum agihan adalah serendah RM1.00.
Berapakah jumlah Pendeposit/Ahli Keluarga yang boleh didaftarkan? Tiada had bilangan dan sekurang-kurangnya satu (1) Pendeposit/Ahli Keluarga perlu didaftarkan.
Bagaimanakah cara untuk menghentikan/menamatkan transaksi potongan gaji? Bagi sebarang penamatan caruman potongan gaji, pendeposit boleh merujuk dan memaklumkan kepada pihak majikan
Saya telah menukar jumlah potongan gaji. Adakah saya perlu memaklumkan kepada majikan saya? Ya. Anda perlu memaklumkan kepada majikan anda untuk mengemaskini jumlah amaun potongan gaji mengikut perubahan.
Bagaimanakah cara untuk menghentikan agihan potongan gaji kepada Pendeposit/Ahli Keluarga yang telah didaftarkan? Anda boleh menghentikan pengagihan kepada pendeposit/Ahli Keluarga yang telah didaftarkan dengan menekan butang padam di bawah profil pemohon.
Adakah pengagihan ini dilaksanakan pada bulan yang sama didaftarkan? Tidak. Pengagihan akan dilakukan mulai bulan berikutnya.
Adakah saya akan dikenakan caj untuk perkhidmatan ini? Tidak
Adakah saya boleh meminda atau mengubah agihan potongan gaji saya? Ya. Anda boleh meminda atau mengubah agihan potongan gaji anda KECUALI agihan potongan gaji yang telah berkuatkuasa pada bulan yang sama atau mana-mana bulan potongan ke hadapan yang telah didaftarkan sebelum ini. Untuk sebarang semakan lanjut, anda boleh menghubungi THCC @ 03-6207 1919 atau hadir ke pejabat TH cawangan yang berdekatan.

Direct Debit

Direct Debit
Soalan Jawapan

Apakah Direct Debit melalui THiJARI?

Direct Debit ialah transaksi berulang yang boleh dilakukan di THiJARI melalui internet banking pendeposit. Ia mudah dan cepat.

Membolehkan pengguna THiJARI membuat pindahan berulang ke dalam akaun TH sendiri dan pihak ketiga daripada akaun bank.

Bagaimanakan cara untuk melakukan transaksi Direct Debit ini melalui THiJARI?

Pengguna THiJARI MESTILAH:

  1. Log masuk ke dalam laman sesawang THiJARI Web/Mobile, pilih menu Pindahan,
  2. Klik pada “Pendaftaran Direct Debit – Bank Akaun ke TH Akaun,
  3. Pilih TH akaun,
  4. Nama pengguna THiJARI, No IC dan no telefon bimbit akan tertera secara automatik,
  5. Masukkan alamat emel untuk notifikasi (tidak wajib),
  6. Masukkan amaun (RM),
  7. Pilih bank pilihan bagi membuat pendaftaran Direct Debit,
  8. Klik pada kotak terma & syarat bagi persetujuaan dan pengesahan,
  9. Pengguna perlu log masuk ke laman sesawang bank pilihan untuk meneruskan transaksi.

Adakah transaksi Direct Debit ini mempunyai limit?

Ya, jumlah minima transaksi ialah RM5.00 dan jumlah maksima adalah RM30,000.00 per transaksi.

Adakah saya akan dikenakan caj untuk perkhidmatan ini?

Tiada caj dikenakan. Tetapi pengguna akan dicaj RM1.00 dan ianya akan didebit melalui akaun bank untuk memastikan akaun yang dipilih adalah aktif semasa menggunakan perkhidmatan ini. Walaubagaimanapun, caj ini akan dipulangkan oleh TH.

Adakah saya perlu mendaftar?

Ya, pendaftaran transaksi Direct Debit diperlukan melalui THiJARI. Pengguna MESTILAH mempunyai kemudahan perkhidmatan perbankan dalam talian atau Aplikasi Perbankan Mobile dalam talian bagi menyempurnakan transaksi.

Berapakah masa yang diperlukan bagi pengkreditan dana ke dalam akaun TH?

Direct Debit ini adalah transaksi pindahan berulang. Transaksi amaun akan dikreditkan ke dalam akaun TH yang didaftarkan selepas berjaya debit akaun bank dan kredit kepada akaunTH yang didaftarkan.

Adakah cut-off untuk pendaftaran Direct Debit?

Ya, cut off  bagi pendaftaran Direct Debit ialah pada setiap 20hb bulan. Pendaftaran yang dilakukan selepas 20hb akan dimasukkan ke bulan yang berikutnya. Contoh adalah seperti berikut:

  1. Pendaftaran Direct Dedit berjaya di lakukan pada 18 Mac 2021, pendaftaran ini akan dilaksanakan pada transaksi bulan Mac 2021.
  2. Pendaftaran Direct Debit berjaya dilakukan pada 21 Mac 2021, pendaftaran ini hanya kan dimasukkan pada transasksi bulan April 2021.

Adakah Direct Debit ini dilaksanakan pada tarikh yang sama setiap bulan?

Ya, Direct Debit ini dilaksanakan pada setiap 25hb. Jika tarikh 25hb jatuh pada hujung minggu atau cuti umum (rujuk kalender Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) pelaksanaan Direct Debit adalah lebih awal dari 25hb. Pengkreditan ke akaun TH adalah pada T+2 hari bekerja.

Bolehkah saya mendaftar Direct Debit bagi akaun selain dari akaun TH saya?

Ya, anda boleh melakukan pendaftaran pindahan berulang Direct Debit kepada akaun sendiri dan akaun pihak ketiga TH.

Bolehkah saya melaksanakan penyelenggaraan atau pembatalan transaksi Direct Debit?

Ya, hanya AMAUN sahaja yang boleh dikemaskini (sila rujuk limit transaksi seperti di atas).

Ya, pengguna boleh membuat pembatalan pendaftaran Direct Debit pada bila-bila masa melalui THiJARI.

Walaubagaimanapun, caj RM1.00 akan dikenakan untuk mana-mana penyelenggaraan dan pembatalan seperti di atas. Caj RM1.00 ini akan dipulangkan oleh TH.

Apakah nota PENTING untuk saya?

  1. Pengguna THiJARI boleh mendaftar transaksi Direct Debit untuk akaun sendiri, akaun pilihan atau mana-mana akaun pihak ketiga yang AKTIF.
  2. Transaksi ini adalah pindahan berulang secara BULANAN kepada akaun TH yang aktif.
  3. Caj RM1.00 akan dikenakan untuk mana-mana transaksi pendaftaran, penyelenggaraan, dan pembatalan melalui pendebitan akaun bank pengguna tetapi caj ini akan dipulangkan oleh TH ke akaun bank pengguna yakni TIADA caj perkhidmatan dikenakan keatas pengguna bagi perkhidmatan Direct Debit ini.
  4. Pengguna hendaklah memastikan akaun bank adalah AKTIF dan mempunyai jumlah baki yang cukup setiap bulan bagi melaksanakan transaksi Direct Debit.
  5. Pengguna juga perlu memastikan akaun TH penerima adalah AKTIF bagi membolehkan pengkreditan dana.
  6. Pengguna MESTILAH mempunyai perbankan internet bagi menyempurnakan transaksi.

Pindahan Dari Akaun Bank Ke Akaun TH Melalui Platform FPX

Pindahan Dari Akaun Bank Ke Akaun TH Melalui Platform FPX

Soalan Jawapan

Apakah Pindahan dari Akaun Bank ke Akaun TH melalui FPX menggunakan THiJARI?

Membolehkan pengguna THiJARI melakukan transaksi pindahan dari Akaun Bank ke Akaun TH melalui FPX.

FPX adalah gerbang pembayaran selamat berasaskan internet yang membolehkan pemindahan dana ke akaun TH dari akaun perbankan internet pilihan pengguna. FPX dikendalikan oleh Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet).

Bagaimanakah untuk melakukan transaksi deposit dari Akaun Bank ke Akaun TH melalui platform FPX menggunakan THiJARI?

Pengguna THiJARI hendaklah:

  1. Log masuk ke Web / Aplikasi THIJARI dan ke menu Pindahan,
  2. Pilih “Pindahan – Akaun Bank ke Akaun TH”,
  3. Pilih akaun TH untuk pindahan atas talian i.e. akaun sendiri, akaun pilihan, dan akaun pihak ke 3 yang AKTIF,
  4. Masukkan maklumat penerima (wajib),
  5. Masukkan alamat emel untuk penerimaan notifikasi (tidak wajib),
  6. Masukkan amaun pindahan (RM),
  7. Pilih Bank pilihan untuk tujuan debit akaun bank bagi meneruskan transaksi pindahan,
  8. Dengan klik butang "seterusnya", pengguna dianggap bersetuju dengan terma & syarat FPX untuk transaksi ini,
  9. Pengguna akan di bawa ke laman sesawang perbankan internet pilihan bagi menyempurnakan transaksi.

Adakah saya akan dikenakan caj untuk perkhidmatan ini?

Tiada sebarang caj yang dikenakan kerana TH akan menanggung caj tersebut.

Adakah saya perlu mendaftar?

Tidak perlu berdaftar dengan FPX. Walau bagaimanapun, anda mesti mempunyai akaun THiJARI dan juga akses Internet atau Mobile Banking dari mana-mana bank di Malaysia.

Berapa lama masa yang diperlukan untuk membuat transaksi deposit saya dikreditkan ke dalam akaun TH pendeposit?

Ia akan dikreditkan secara real-time (serta merta).

Bolehkah saya membuat transaksi ke akaun TH yang lain?

Ya, pengguna dapat melakukan transaksi ke Akaun TH Sendiri atau Akaun TH Pihak Ketiga.

Adakah sebarang had untuk memindahkan wang dari akaun Bank ke akaun TH melalui platform FPX?

Ya, jumlah minima adalah RM5.00 dan had jumlah maksima adalah RM30,000.00 setiap transaksi.

Adakah transaksi ini melalui platform FPX benar-benar selamat?

Ianya menggunakan pengesahan dan perakuan standard yang tinggi untuk memastikan semua transaksi adalah selamat seperti bank-bank di Malaysia.

Semasa melakukan transaksi, saya telah menerima ralat / mesej yang tidak berjaya. Walau bagaimanapun, jumlah tersebut telah ditolak dari akaun bank saya. Apa yang saya perlu lakukan?

Sekiranya dana anda ditolak tetapi urus niaga tidak berjaya dana anda akan dikreditkan kembali ke dalam akaun bank oleh Bank anda. Hubungi Bank anda untuk mendapatkan status pemulangan dengan memberikan FPX Transaction ID atau Merchant Order No. sebagai rujukan.  

Sadaqah - Tabung Kebajikan Jemaah Haji Malaysia ("TKJHM")

Sadaqah - Tabung Kebajikan Jemaah Haji Malaysia ("TKJHM")
Soalan Jawapan
Apa itu Tabung Kebajikan Jemaah Haji Malaysia (“TKJHM”)? TKJHM adalah tabung yang dikategorikan sebagai Kumpulan Wang TH yang ditadbir dan dikawal oleh TH tertakluk kepada Seksyen 15(2) Akta Tabung Haji 1995 di mana objektif penubuhan TKJHM ialah untuk menampung kebajikan jemaah haji mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa TKJHM. Garis panduan ini menjelaskan penggunaan TKJHM yang antara lain merangkumi perlindungan, pengawasan dan kebajikan jemaah haji serta perkhidmatan masyarakat umum.
Apa itu Tabung Warga Tua (“TWT”)? TWT ditubuhkan pada tahun 1999 oleh TH adalah tabung yang dikategorikan sebagai Kumpulan Wang TH yang ditadbir dan dikawal oleh TH tertakluk kepada Seksyen 15(2) Akta Tabung Haji 1995 di  mana objektif penubuhan TWT ialah untuk menampung sebahagian daripada kos menunaikan haji untuk jemaah warga tua yang telah dipilih untuk melaksanakan haji pada musim haji tertentu dan  memenuhi syarat-syarat tertentu yang telah ditetapkan yang melayakkan mereka untuk menerima bantuan tersebut.
Adakah transaksi Sadaqah saya kepada TKJHM dan TWT boleh ditolak cukai? Tidak. Kedua-dua transaksi Sadaqah tidak boleh mendapatkan tolakan cukai.
Adakah terdapat jumlah minima/maksima untuk transaksi Sadaqah saya? Jumlah minima untuk setiap transaksi Sadaqah ialah RM0.05. Tiada jumlah maksima bagi setiap transaksi Sadaqah.
Bolehkah saya membuat arahan tetap untuk transaksi Sadaqah saya? Tidak, ia terpakai untuk satu transaksi sahaja. Bagaimanapun tiada had transaksi.
Dimanakah saya boleh membaca Terma & Syarat bagi Sadaqah THiJARI? Anda boleh muat turun dengan menekan Terma & Syarat.

Virtual Account Opening (VAO)

Virtual Account Opening (VAO)

Soalan Jawapan

Apa itu Virtual Account Opening (VAO)?

VAO ialah permohonan pembukaan akaun secara dalam talian melalui THiJARI.

Siapakah yang layak untuk memohon VAO?

Akaun Dewasa

  1. Beragama Islam dan waras
  2. Warganegara Malaysia
  3. Berumur 18 tahun dan ke atas

Akaun Kanak-Kanak

  1. Beragama Islam
  2. Warganegara Malaysia
  3. Berumur dibawah 18 tahun
  4. Penjaga MESTILAH mempunyai akaun TH dan merupakan pengguna THiJARI

Bagaimanakah cara memohon VAO melalui THiJARI? 

Akaun Dewasa – Layari www.thijari.com.my dan klik pada “Tiada Akaun TH ? Buka Sekarang” di laman utama THiJARI dan ikuti langkah seterusnya.

Akaun kanak-kanak – Penjaga log masuk ke dalam akaun THiJARI. Pilih Menu Pembukaan Akaun Kanak-Kanak dan lengkapkan transaksi tersebut.

Apakah proses terakhir pengaktifan akaun?

Akaun Dewasa – Bagi permohonan VAO yang berjaya, anda dikehendaki hadir ke TH pilihan atau mana-mana cawangan dalam tempoh 30 hari bagi pengaktifan akaun bersama-sama MyKad dan deposit permulaan RM2.00.

Akaun Kanak-Kanak - Bagi permohonan VAO kanak-kanak yang berjaya, penjaga dikehendaki hadir ke TH pilihan atau mana-mana cawangan dalam tempoh 30 hari bagi pengaktifan akaun. Dokumen yang diperlukan adalah:

  1. MyKad/MyKid (Anak)
  2. Surat Beranak (Anak)
  3. MyKad (Penjaga 1)
  4. Simpanan permulaan RM2.00

Nota: Permohonan VAO hanya sah dalam tempoh 30 hari daripada tarikh permohonan VAO dihantar. 

Bilakah pemohon akan mendapat no akaun TH?

Pemohon akan mendapat no akaun TH setelah proses verifikasi dan pengaktifan akaun berjaya dilaksanakan di Cawangan TH.

Berapa banyak akaun TH yang boleh dibuka?

Setiap pemohon hanya dibenarkan membuka SATU (1) akaun TH sahaja.

Dimanakah pemohon boleh mendapatkan terma dan syarat VAO?

Pemohon boleh melayari laman sesawang Tabung Haji atau klik pada “Terma & Syarat VAO”.

Apakah yang akan terjadi apabila saya tidak mengaktifkan akaun dalam tempoh 30 hari?

Permohonan ini akan TERBATAL dan perlu menghantar semula permohonan VAO ini.

Adakah terdapat caj yang akan dikenakan bagi permohonan VAO?

Tiada caj dikenakan.

Apakah proses semasa berada di cawangan bagi tujuan pengaktifan?

Keutamaan nombor giliran akan diberikan dan pihak Cawangan TH akan membantu proses pengaktifan akaun pemohon dengan segera.

Haji (Bimbingan Haji)

Haji (Bimbingan Haji)
Soalan Jawapan
Bolehkah saya mendapatkan maklumat berkaitan kursus Haji dan lokasi masjid terpilih? Ya. Anda boleh mendapatkan maklumat berkaitan kursus haji dan lokasi masjid yang terpilih.
Bolehkah saya mendapatkan modul berkaitan Kursus Asas Haji? Ya. Anda boleh mendapatkan dan memuat turun serta mencetak modul berkaitan Kursus Asas Haji.
Di mana saya boleh dapatkan Jadual Kursus Asas Haji sekiranya paparan Jadual gagal dimuat turun? Anda boleh melayari laman web rasmi TH untuk muat turun disini atau hubungi Tabung Haji Contact Centre (THCC) di talian +603-6207 1919.
Adakah saya perlu membuat apa-apa bayaran untuk hadir kursus haji? Tidak. Kursus Asas Haji terbuka kepada semua Umat Islam di Malaysia secara percuma.
Di mana saya boleh mendapatkan buku Nota Kursus Asas Haji? Bagi yang telah terpilih dan menjawab setuju surat tawaran haji tahun semasa boleh diperolehi secara percuma di Pejabat TH manakala bagi mereka yang tidak terpilih boleh membuat pembelian di Koperasi TH atau muat turun disini.
Sekiranya saya lewat hadir ke Kursus Asas Haji, adakah TH menyediakan kursus  selain dari Kursus Asas Haji? TH menyediakan Kursus Asas Haji selama 13 minggu dan diteruskan dengan Kursus Intensif Haji, Kursus Khas Haji dan yang terakhir Kursus Perdana Haji sebelum bakal haji berangkat ke Tanah Suci.
Adakah TH ada menyediakan buku-buku tambahan bimbingan haji kepada bakal haji? TH sentiasa berusaha memberikan buku-buku tambahan supaya bakal haji dapat melaksanakan haji dengan sempurna seperti buku Fiqh Ibadat Haji, Umrah dan Ziarah, Buku Soal Jawab Haji dan Umrah, Himpunan Doa, Wirid Terpilih dan Feqh Wanita Dalam Ibadat Haji.

Haji (Operasi Domestik)

Haji (Operasi Domestik)
Soalan Jawapan
Bolehkah saya mendaftar Haji di THiJARI? Ya. Anda boleh mendaftar Haji secara individu atau berkumpulan menggunakan THiJARI.
Adakah boleh saya membuat pendaftaran haji secara online? Ya. Pendaftaran haji boleh dibuat secara online dengan melayari laman web https://www.thijari.com.my atau melalui aplikasi mobile THiJARI @ hubungi Tabung Haji Contact Centre (THCC) di talian +603-6207 1919.
Saya bukan warganegara Malaysia tetapi pemegang kad pengenalan merah. Adakah saya boleh mendaftar haji? Tidak boleh. Semua pemegang kad pengenalan merah atau bukan warganegara Malaysia tidak boleh mendaftar haji atau membuka akaun simpanan TH.
Berapakah jumlah simpanan yang perlu ada dalam akaun untuk mendaftar haji? Jumlah simpanan minimum yang diperlukan untuk mendaftar haji adalah sebanyak RM1,300.00 sahaja.
Sekiranya saya mendaftar haji, adakah saya boleh tahu bilakah giliran saya mengerjakan haji? Ya. Giliran tunai haji adalah berdasarkan tahun peruntukan haji yang diberi semasa bakal haji mendaftar haji.
Bolehkah saya membuat pendaftaran haji bagi pihak ketiga? Tidak. Pendaftaran haji hanya untuk diri sendiri dan anak di bawah akaun pemegang amanah sahaja. Jika penjaga belum mendaftar haji, pendaftararan haji boleh dilakukan  bersama dengan anak di bawah akaun pemegang amanah. Bagi penjaga yang telah mendaftar haji, anak di bawah akaun pemegang amanah hendaklah mendaftar di mana-mana kaunter TH yang berhampiran.
Berapakah bilangan maksimum pendaftaran haji secara berkelompok? Maksimum pendaftaran haji yang dibenarkan adalah sebanyak enam (6) orang sahaja termasuk penjaga.
Slip pendaftaran haji saya telah hilang. Adakah saya boleh membuat semakan dan mencetak semula slip pendaftaran haji saya? Slip pendaftaran haji boleh dicetak semula melalui THiJARI.
Bagaimanakah cara untuk saya menyemak samada telah terpilih untuk menunaikan haji ataupun tidak? Bakal haji yang terpilih untuk menunaikan haji akan dihubungi oleh pejabat TH cawangan melalui surat atau panggilan telefon. Bakal haji juga boleh membuat semakan dan cetakan surat tawaran secara online melalui THiJARI.
Saya telah terpilih pada tahun ini, bagaimanakah cara saya boleh menjawab surat tawaran tersebut? Surat tawaran yang telah lengkap diisi hendaklah dijawab dalam tempoh yang ditetapkan ke mana-mana pejabat TH yang berhampiran.
Bolehkan saya menyemak status pendaftaran Haji menggunakan THiJARI? Ya. Anda boleh menyemak status pendaftaran Haji menggunakan THiJARI.
Bolehkah saya membuat semakan jadual penerbangan haji secara online? Ya. Bakal haji yang terpilih boleh membuat semakan dan cetakan Surat Jadual Penerbangan secara online melalui THiJARI.

Khidmat Pelanggan (Kelab TaHa)

Khidmat Pelanggan (Kelab TaHa)
Soalan Jawapan

Berapakah umur untuk ahli Kelab TaHa?

Seawal kelahiran sehingga 17 tahun.

Bagaimanakah pendaftaran Kelab TaHa dibuat?

Semua pendeposit TH berumur seawal kelahiran hingga 17 tahun menjadi ahli Kelab TaHa secara automatik.

Adakah saya akan mendapat kad keahlian?

Kad digital atau E-kad keahlian boleh diakses melalui THiJARI milik penjaga.

Apakah kegunaan E-kad keahlian?

E-kad ini boleh digunakan untuk mendapatkan tawaran eksklusif di Rakan Kelab TaHa.

"Tabung Haji adalah Institusi Pelapor dibawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001"

Alhamdulillah, portal ini telah dilawati:
kali
Pelawat unik:
Telah dikemaskini pada: 22-04-2025

Pelayar yang disyorkan : 
Chrome 30+,  Firefox 30+,  Safari 7+,  Internet Explorer 10+

 Portal ini boleh dilayari menggunakan desktop dan telefon pintar. Sesuai dipaparkan menggunakan resolusi minimum 1366x768.

Polisi TH

Notis Privasi TH
Dasar Privasi Portal TH
Terma & Syarat
Dasar Keselamatan
Hak Cipta Terpelihara

Penafian:
Lembaga Tabung Haji tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini. Semua maklumat yang dipaparkan adalah benar pada tarikh dan masa diterbitkan dan tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa.

Perhubungan & Bantuan

Borang Maklumbalas
Peta Laman
 

Anggota TH

E-Anggota

Media Sosial

Official Facebook TH Official X TH https://www.instagram.com/lembagatabunghaji/ https://www.tiktok.com/@tabunghaji Official TH You Tube Official TH Linkedin