• Home
  • Media Sosial
    • Facebook
    • X
    • Instagram
    • TikTok
    • YouTube
    • Linkedin
  • Karier
  • OKU
  • Janji Temu
  • Lokasi
    Cawangan
  • Hubungi
    Kami
  • MENU
  • Korporat

    Informasi Korporat

    • Tentang Kami
    • Rangka Kerja Pengawasan TH
    • Data & Statistik
    • Logo
    • Notis Privasi
    • Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
    • Laporan Tahunan

    Struktur Organisasi

    • Carta Organisasi
    • Lembaga
    • Panel Pelaburan
    • Jawatankuasa Penasihat Syariah
    • Barisan Pengurusan

    Integriti

    • Dasar-Dasar Integriti
    • e-Whistleblowing

    Tanggungjawab Sosial Korporat

    • Tentang CSR
    • Program CSR Zakat
    • Sumbangan

    Karier dan Latihan Industri

    • Info

    Direktori

    • Ibu Pejabat
    • Pejabat Cawangan

    Media & Muat Turun

    • Berita
    • Kenyataan Media
    • Khutbah Arafah
    • Galeri Foto
    • Arkib

    Soalan Lazim

    • Korporat
  • Simpanan

    Maklumat Am

    • Simpanan
    • Pembukaan Akaun
    • Penutupan Akaun
    • Kad Debit-i TH
    • Penamaan Waris
    • Data & Statistik
    • Agihan Keuntungan

    Perkhidmatan

    • THiJARI
    • THiJARI Biz
    • Rakan Strategik
    • Pusat Perkhidmatan Kewangan (IFiC)
    • Pusat Perkhidmatan (PPTH)
    • Pembukaan Akaun Secara Dalam Talian (VAO)
    • TH Khairat
    • TH Komuniti
    • Hibah Amanah
    • Kelab TaHa
    • JomPAY

    Soalan Lazim

    • Simpanan
    • THiJARI
    • THiJARI Biz
    • JomPAY
    • TH Khairat
    • Kemaskini Nombor Telefon Bimbit
    • Kempen

    Kempen

    • Kempen VAO 2024
    • Kempen Al-Falah
    • Kempen Auto Simpan @ THiJARI FPX
    • Kempen Bijak Menabung
    • Kempen Carum dan Simpan 2024
    • Kempen Terpaling Sayang
    • Kempen Link & Menang TH Bersama AmBank

    Borang-Borang

    • Muat Turun
  • Haji

    Maklumat Am

    • Pengurusan Haji
    • Pendaftaran Haji
    • Rayuan Haji
    • Kos Haji dan Bayaran
    • Kuota Haji
    • Operasi Haji
    • Data & Statistik

    Bimbingan

    • E-Bimbingan Portal
    • Kursus Haji
    • Nota Modul Kursus Asas Haji (KAH)
    • Kursus Asas Haji Bersiri (Saluran Youtube Lembaga Tabung Haji)
    • Penerbitan Haji
    • Pengkursus Ibadat Haji Tanah Air dan Pembimbing Ibadat Haji Tanah Suci
    • Resolusi Muzakarah Haji
    • Program Himpunan Persaudaraan Hujjaj (HISHAJ)

    Perkhidmatan

    • Jawatankuasa Penasihat Ibadat Haji (TH-JAKIM)
    • Program Eksekutif Pembimbing Ibadat Haji (EPIH)
    • Perkhidmatan Pengelola Jemaah Haji (PJH)

    Soalan Lazim

    • Kursus Asas Haji 1446H/2025M
    • Bayaran Haji 1445H/2024M
    • Syarat Tunai Haji & Kriteria Kesihatan Bakal Jemaah Haji Musim Haji 1445H/2024M
    • Perkhidmatan Dam dan Qurban 1445H/2024M
    • Soalan Lazim 25 Pengelola Jemaah Haji (PJH) Berdaftar Di Bawah TH Bagi Tahun 2024M

    Kempen

    • Kempen Pengumpulan Artifak Haji #MuziumHajiTH
  • Pelaburan

    Maklumat Am

    • Pelaburan

    Pelaburan TH

    • Ekuiti
    • Pendapatan Tetap
    • Hartanah
    • Lain-lain

    Pelaburan Strategik

    • Kewangan Islam
    • Perladangan
    • Pembangunan dan Pembinaan Hartanah
    • Hospitaliti
    • Perkhidmatan Lain

    Soalan Lazim

    • Pelaburan

Bahasa

  • English
  • Bahasa Malaysia

Amanah dan komited
demi anda.

Amanah dan komited demi anda.
Home
  • Korporat
    • Informasi Korporat
      • Tentang Kami
      • Rangka Kerja Pengawasan TH
      • Data & Statistik
      • Logo
      • Notis Privasi
      • Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
      • Laporan Tahunan
    • Struktur Organisasi
      • Carta Organisasi
      • Lembaga
      • Panel Pelaburan
      • Jawatankuasa Penasihat Syariah
      • Barisan Pengurusan
    • Integriti
      • Dasar-Dasar Integriti
      • e-Whistleblowing
    • Tanggungjawab Sosial Korporat
      • Tentang CSR
      • Program CSR Zakat
      • Sumbangan
    • Karier dan Latihan Industri
      • Info
    • Direktori
      • Ibu Pejabat
      • Pejabat Cawangan
    • Media & Muat Turun
      • Berita
      • Kenyataan Media
      • Khutbah Arafah
      • Galeri Foto
      • Arkib
        • Balai Berita
        • Galeri Media
        • Laporan Tahunan
        • Kenyataan Media
        • Khutbah Arafah
    • Soalan Lazim
      • Korporat
  • Simpanan
    • Maklumat Am
      • Simpanan
      • Pembukaan Akaun
      • Penutupan Akaun
      • Kad Debit-i TH
      • Penamaan Waris
      • Data & Statistik
      • Agihan Keuntungan
    • Perkhidmatan
      • THiJARI
      • THiJARI Biz
      • Rakan Strategik
      • Pusat Perkhidmatan Kewangan (IFiC)
      • Pusat Perkhidmatan (PPTH)
      • Pembukaan Akaun Secara Dalam Talian (VAO)
      • TH Khairat
      • TH Komuniti
      • Hibah Amanah
      • Kelab TaHa
      • JomPAY
    • Borang-Borang
      • Muat Turun
    • Soalan Lazim
      • Simpanan
      • THiJARI
      • THiJARI Biz
      • JomPAY
      • TH Khairat
      • Kemaskini Nombor Telefon Bimbit
      • Kempen
    • Kempen
      • Kempen VAO 2024
      • Kempen Al-Falah
      • Kempen Auto Simpan @ THiJARI FPX
      • Kempen Bijak Menabung
      • Kempen Carum dan Simpan 2024
      • Kempen Terpaling Sayang
      • Kempen Link & Menang TH Bersama AmBank
  • Haji
    • Maklumat Am
      • Pengurusan Haji
      • Pendaftaran Haji
      • Rayuan Haji
      • Kos Haji dan Bayaran
      • Kuota Haji
      • Operasi Haji
      • Data & Statistik
    • Perkhidmatan
      • Jawatankuasa Penasihat Ibadat Haji (TH-JAKIM)
      • Program Eksekutif Pembimbing Ibadat Haji (EPIH)
      • Perkhidmatan Pengelola Jemaah Haji (PJH)
    • Bimbingan
      • E-Bimbingan Portal
      • Kursus Haji
      • Nota Modul Kursus Asas Haji (KAH)
      • Kursus Asas Haji Bersiri (Saluran Youtube Lembaga Tabung Haji)
      • Penerbitan Haji
      • Pengkursus Ibadat Haji Tanah Air dan Pembimbing Ibadat Haji Tanah Suci
      • Resolusi Muzakarah Haji
      • Program Himpunan Persaudaraan Hujjaj (HISHAJ)
    • Soalan Lazim
      • Kursus Asas Haji 1446H/2025M
      • Bayaran Haji 1445H/2024M
      • Syarat Tunai Haji & Kriteria Kesihatan Bakal Jemaah Haji Musim Haji 1445H/2024M
      • Perkhidmatan Dam dan Qurban 1445H/2024M
      • Soalan Lazim 25 Pengelola Jemaah Haji (PJH) Berdaftar Di Bawah TH Bagi Tahun 2024M
    • Kempen
      • Kempen Pengumpulan Artifak Haji #MuziumHajiTH
  • Pelaburan
    • Maklumat Am
      • Pelaburan
    • Pelaburan
      • Ekuiti
      • Pendapatan Tetap
      • Hartanah
      • Lain-lain
    • Pelaburan Strategik
      • Kewangan Islam
      • Perladangan
      • Pembangunan dan Pembinaan Hartanah
      • Hospitaliti
      • Perkhidmatan Lain
    • Soalan Lazim
      • Pelaburan
  • English
  • Bahasa Malaysia

Pengumuman

  • Karier & Latihan Industri, info lanjut>
  • THiJARI, Perkhidmatan TH kini dihujung jari anda
  • Status Cuti Umum Melibatkan Operasi Pejabat TH : November 2024
  • Penangguhan Operasi Pejabat Cawangan Berikutan Banjir
Wukuf
05 Jun 2025 / 9 Zulhijjah 1446H
Sudah Berlalu

TH Umum Agihan Keuntungan Mampan 3.10% Dan Pelunasan Zakat Sebanyak 2.57% Bagi Pihak Pendeposit

KUALA LUMPUR, 2 APRIL 2024. Lembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan Agihan Keuntungan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023 yang mampan pada kadar 3.10 peratus setelah mengambil kira pelunasan zakat sebanyak 2.57 peratus.

Agihan Keuntungan 2023 melibatkan jumlah agihan sebanyak RM2.72 bilion yang akan memberi manfaat kepada lebih 9.15 juta pendeposit TH, berbanding agihan sebanyak RM2.65 bilion kepada 8.8 juta pendeposit pada 2022, menjadikan jumlah terkumpul agihan keuntungan sejak penubuhan selama 60 tahun, sebanyak RM42.88 bilion sehingga kini.

Agihan Keuntungan 2023 dibuat setelah penyata kewangan TH tahun 2023 selesai diaudit oleh Jabatan Audit Negara dan telah mengambil kira rosot nilai terutamanya pelaburan legasi pajakan hartanah di Arab Saudi dan pelaburan hartanah di United Kingdom.

Agihan keuntungan bagi tahun 2023 juga adalah mematuhi Akta Tabung Haji 1995. TH yang ditubuhkan bagi mengurus simpanan untuk tujuan haji, turut mengumumkan pelunasan zakat sebanyak RM101 juta kepada semua Majlis Agama Islam negeri-negeri bagi pihak pendeposit untuk tahun 2023.

TH berharap pelunasan zakat ini secara langsung atau tidak langsung dapat membantu usaha Kerajaan menoktahkan kemiskinan tegar di seluruh negara. Jumlah terkumpul zakat yang telah dilunaskan bagi pihak pendeposit adalah sebanyak RM1.37 bilion sehingga kini.

Jumlah zakat TH diselaraskan kepada Majlis Agama Islam negeri-negeri berdasarkan nisbah baki simpanan pendeposit mengikut negeri. TH menggunakan kadar 2.57 peratus dalam pengiraan zakat TH bagi mengambil kira perbezaan bilangan hari dalam setahun di antara kalendar Qamari dan kalendar Masihi, sebagaimana saranan oleh Jawatankuasa Penasihat Syariah TH.

TH telah menyantuni lebih 560 ribu asnaf di seluruh negara pada tahun 2023 melalui Program Zakat Wakalah di mana TH menjadi wakil kepada Majlis Agama Islam negeri-negeri untuk mengedarkan sendiri sebahagian daripada dana zakat tersebut kepada asnaf. Secara keseluruhannya, lebih daripada 1.6 juta asnaf telah menerima manfaat dari Program Zakat Wakalah TH.

Pengumuman Agihan Keuntungan dan pelunasan zakat tahun 2023 telah dibuat oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Senator Dato’ Setia Dr Haji Mohd Na’im Mokhtar pada sidang media di TH hari ini.

Turut hadir sama dalam sidang media ialah Pengerusi TH Tan Sri Abdul Rashid Hussain, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif, Tuan Syed Hamadah Syed Othman serta Pengarah Eksekutif Kewangan Kumpulan, Mustakim Mohamad. “Ini adalah tahun ketiga ekonomi negara melalui proses pemulihan semenjak pandemik Covid-19.

TH telah dapat mengekalkan kadar agihan yang sama seperti tiga tahun sebelum ini, walaupun terkesan dengan rosot nilai beberapa pelaburan legasi,” kata Tan Sri Abdul Rashid Hussain. “Kadar pulangan yang telah diselesaikan tanggungjawab zakat ini adalah kadar yang baik.

Sebagai dana simpanan yang dijamin Kerajaan, TH berhati-hati dalam mengambil risiko pelaburan demi melindungi wang pendeposit. Justeru itu, Agihan Keuntungan TH 2023 adalah sejajar dengan Alokasi Aset Strategik (SAA) yang bersesuaian dengan tahap toleransi risiko TH dan selari dengan kadar pasaran semasa instrumen Kerajaan dan deposit simpanan 12 bulan perbankan Islam.”

Ekonomi global menunjukkan prestasi yang lebih perlahan pada sepanjang 2023 ekoran kadar faedah yang tinggi di Amerika Syarikat dan Eropah, krisis geopolitik antarabangsa, tekanan terhadap nilai mata wang negara-negara membangun termasuk Ringgit dan kesukaran China merangsang ekonomi. Hal ini turut memberi kesan terhadap prestasi ekonomi domestik.

TH yang mempunyai sekitar 90 peratus pendedahan pelaburan dalam pasaran domestik telah berdepan dengan cabaran-cabaran seperti tekanan terhadap hasil pulangan sukuk serta prestasi pasaran saham dan pasaran hartanah yang lebih sederhana.

SOROTAN PRESTASI 2023

Prestasi TH pada tahun 2023 telah didorong oleh pelaburan patuh Syariah di dalam instrumen pendapatan tetap yang menjana 52 peratus daripada jumlah pendapatan keseluruhan, manakala 24 peratus disumbangkan oleh pelaburan ekuiti.

Pulangan daripada pelaburan hartanah dan pasaran wang juga menyumbang 24 peratus kepada jumlah pendapatan keseluruhan.

AK 2023

Menurut Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Tuan Syed Hamadah Syed Othman, sebagai institusi simpanan bagi tujuan menunaikan ibadat haji, TH memberi penekanan kepada pelaburan yang bertanggungjawab dan mengambil pendekatan kepelbagaian portfolio pelaburan yang mensasarkan potensi penjanaan yang berdaya tahan, selamat dan mampan.

“Agihan keuntungan kepada pendeposit dibuat setiap tahun berdasarkan prestasi dan kedudukan kewangan setelah diaudit Jabatan Audit Negara. TH juga sentiasa berusaha bagi menambah baik perkhidmatan dengan melaksanakan pembaharuan bagi menambah nilai untuk manfaat pendeposit,” kata Tuan Syed Hamadah Syed Othman.

Pengiraan Agihan Keuntungan 2023 adalah berdasarkan purata baki simpanan terendah setiap bulan sepanjang tahun, iaitu sebagaimana pengiraan tahun-tahun sebelum ini.

Para pendeposit boleh menyemak Agihan Keuntungan yang dikreditkan ke akaun masing-masing bermula 12.00 tengah hari ini, Selasa 2 April 2024 menerusi platform THiJARI, kaunter TH, kaunter Bank Islam dan Bank Rakyat dan saluran elektronik bank rakan strategik TH iaitu Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank Islamic, CIMB Islamic dan AmBank Islamic.

-TAMAT-
BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT LEMBAGA TABUNG HAJI

 

PDF Kenyataan Akhbar
Siaran Akhbar - TH UMUM AGIHAN KEUNTUNGAN MAMPAN 3.10 DAN PELUNASAN ZAKAT SEBANYAK 2.57.pdf

"Tabung Haji adalah Institusi Pelapor dibawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001"

Alhamdulillah, portal ini telah dilawati:
kali
Pelawat unik:
Telah dikemaskini pada: 22-04-2025

Pelayar yang disyorkan : 
Chrome 30+,  Firefox 30+,  Safari 7+,  Internet Explorer 10+

 Portal ini boleh dilayari menggunakan desktop dan telefon pintar. Sesuai dipaparkan menggunakan resolusi minimum 1366x768.

Polisi TH

Notis Privasi TH
Dasar Privasi Portal TH
Terma & Syarat
Dasar Keselamatan
Hak Cipta Terpelihara

Penafian:
Lembaga Tabung Haji tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini. Semua maklumat yang dipaparkan adalah benar pada tarikh dan masa diterbitkan dan tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa.

Perhubungan & Bantuan

Borang Maklumbalas
Peta Laman
 

Anggota TH

E-Anggota

Media Sosial

Official Facebook TH Official X TH https://www.instagram.com/lembagatabunghaji/ https://www.tiktok.com/@tabunghaji Official TH You Tube Official TH Linkedin