Soalan Lazim

Kadar premium diperlukan bagi menampung jurang defisit di antara nilai aset dan liabiliti TH akibat dari rosot nilai pelaburan TH. SPV merupakan milik penuh Kerajaan, dimana di bawah seksyen 24 Akta Tabung Haji, semua deposit akan ditanggung Kerajaan. Maka menjadi tangungjawab Kerajaan untuk memastikan kedudukan kewangan TH dapat dipulihkan segera.

Aset-aset strategik TH telah diambil alih oleh Kerajaan dan bukannya individu atau syarikat persendirian. Pengambilalihan aset di bawah Pelan Penstrukturan dan Pemulihan TH juga adalah pada kadar premium untuk menutup jurang defisit di antara nilai aset dan nilai liabiliti dan menyelamatkan TH dari krisis kecairan. Umat islam tidak perlu curiga terhadap status aset-aset strategik tersebut kerana SPV diamanahkan untuk menambah nilai aset- aset tersebut. Malah TH juga telah diberikan Hak Keutamaan (First Right of Refusal) untuk mengambil semula aset-aset yang berpotensi setelah nilai aset dibaik pulih.

Hasil daripada Pelan Penstrukturan dan Pemulihan ini, TH telah merekod aset keseluruhan berjumlah RM76.5 bilion berbanding liabilitinya berjumlah RM75.5 bilion pada tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018. Pendapatan TH pada tahun 2018 adalah RM4.2 bilion manakala keuntungan boleh agih adalah sebanyak RM2.0 bilion. Berdasarkan dari prestasi kewangan ini, ia telah membolehkan TH membuat pengagihkan hibah untuk tahun 2018 selaras dengan Akta Tabung Haji 1995.

Jika aset-aset ini tidak dipindahkan, nilai liabiliti TH akan melebihi nilai aset. Maka, TH tidak dapat mengagihkan hibah kepada para pendeposit untuk tahun 2018 dan beberapa tahun akan datang. Jika ini berlaku akan menyebabkan potensi krisis kecairan atau bank- run. Kerajaan terpaksa membuat suntikan tunai bagi membantu TH untuk mengembalikan deposit seperti jaminan yang telah termaktub di dalam Akta Tabung Haji 1995. Suntikan tunai secara mendadak ini akan membeban kedudukan kewangan negara dan boleh memberi kesan negatif terhadap penarafan kredit negara.

Ahli Lembaga Pengarah SPV :

  • YBhg Datuk Ahmad Badri bin Mohd Zahir,
    Ketua Setiausaha Perbendaharaan
     
  • YBhg Datin Rashidah Mohd Sies,
    Setiausaha Bahagian Syarikat Pelaburan Kerajaan
     
  • YBhg Dato’ Mohd Shukri bin Hussin,
    Pengarah Pelaburan Hartanah Bumiputera Bhd
     
  • En. Mohd Hassan Ahmad,
    Timbalan Setiausaha Fiskal dan Ekonomi
     
  • En. Imri Dolhadi Ab. Wahab,
    Ketua Seksyen Bahagian Fiskal Dan Ekonomi
     
CEO SPV :

Encik Izad Sallehuddin telah dilantik sebagai CEO SPV pada 2 April 2019. Beliau pernah berkhidmat sebagai Ketua Bahagian Urusan Ekuiti di CitiGroup Global Market Sdn Bhd semenjak tahun 2015 yang bertanggungjawab merangka dan menjalankan strategi bisnes syarikat CitiGroup di Malaysia.

TH tidak boleh menjadi pengurus aset kepada SPV secara langsung kerana TH boleh dianggap masih menguasai kepentingan terhadap aset-aset yang dipindahkan. Justeru itu, mengikut prinsip perakaunan, TH masih perlu menyatukan kembali aset-aset yang mengalami kejatuhan rosot nilai yang tinggi dan tidak memberi kadar pulangan yang baik ini di dalam kedudukan kewangan TH. Ini akan menyebabkan objektif pengasingan aset tersebut tidak tercapai, dan jurang defisit di antara nilai aset dan nilai masih kekal tinggi. Ia akan membawa kepada ketidakbolehan TH untuk mengagihkan hibah bukan sahaja pada tahun 2018, malah tahun-tahun yang akan datang.

Kerajaan Malaysia tidak pernah gagal dalam memenuhi sebarang obligasi kewangannya termasuk pinjaman dan jaminan. Kedudukan kewangan Kerajaan yang kukuh turut diiktiraf oleh agensi penarafan antarabangsa Standard & Poor’s dengan penarafan kredit Malaysia kekal berada pada paras A-. Oleh sebab itu, tidak sewajarnya keupayaan Kerajaan untuk memenuhi obligasinya kepada TH dipertikaikan.

THRIVE

THRIVE terbuka kepada semua warganegara Malaysia dan memenuhi syarat berikut:

  1. Menjalankan aktiviti perniagaan yang mematuhi Shariah; 
  2. Mempunyai kemampuan untuk mengambil lebih ramai pekerja melalui aktiviti yang dianjurkan atau melalui perniagaan yang ditingkatkan. 
  3. Sumber kewangan yang terhad atau syarikat kecil atau sederhana. Walau bagaimanapun, keutamaan akan diberikan kepada entiti Islam dan bumiputera.

Sila layari https://forms.gle/5VzzpAnHwPvS1E4K7 dan lengkapkan Borang Permohonan. Sekiranya ada sebarang pertanyaan boleh menghubungi pihak THRIVE jika mempunyai pertanyaan lanjut.

Permohonan yang berjaya akan dihubungi melalui e-mel.