Majlis Pelancaran Logo Tabung Haji (TH) untuk empat bangunan penginapan Jemaah Haji Malaysia di Tanah Suci telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia hari ini.
Peletakan logo rasmi TH di empat bangunan ini adalah lanjutan dari perjanjian pajakan hotel dengan syarikat Al-Rawda Investment For Real Estate Development & Project Management Ltd. (Al-Rawda) untuk tempoh 10 tahun akan datang.
Peletakan logo ini turut memberi pendedahan jenama TH kepada masyarakat antarabangsa yang mengenali TH sebagai salah sebuah organisasi terbaik dalam pengurusan haji. Logo TH yang dipaparkan di bangunan penginapan jemaah haji juga akan menjadi pengenalan dan memudahkan jemaah haji semasa menginap di hotel-hotel tersebut sepanjang musim haji.