![XY01B Pilgrims' Farewell Ceremony for Hajj Season 1439H/2018M by Minister in the Prime Minister's Office XY01B Pilgrims' Farewell Ceremony for Hajj Season 1439H/2018M by Minister in the Prime Minister's Office](https://prod-th-assets.s3.ap-southeast-1.amazonaws.com/images/news/0/2018-07-18/Majlis%20Mengucapkan%20Selamat%20Jalan%20kepada%20Jemaah%20Haji%20XY01B%20ke%20Tanah%20Suci%20Musim%20Haji%201439H%3A2018M%20oleh%20YB%20Menteri%20di%20JPM.jpeg)
Sepang, 14 Julai 2018 - YB Datuk Dr Mujahid Yusof, Menteri di JPM hari ini mengucapkan selamat jalan kepada 490 orang jemaah haji Malaysia ke Tanah Suci untuk menunaikan Rukun Islam kelima bagi tahun ini.
Kesemua jemaah haji akan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang dengan penerbangan sewa khas FLYNAS pada jam 9:15 malam dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Muhammad Abdulaziz di Madinah kira-kira pukul 12:35 pagi (waktu saudi).
Mereka adalah sebahagian daripada 30,200 jemaah haji Malaysia yang dibenarkan mengikut kuota rasmi Malaysia yang ditetapkan pihak berkuasa Arab Saudi pada musim haji tahun ini.
Segala persiapan di Tanah Suci telah dilakukan oleh para petugas kebajikan dan perubatan TH bagi menerima ketibaan jemaah haji Malaysia kali ini.