![Program Hari Pemulihan CaraKerja Peringkat TH 2018 "Celebrating Our Global Community" Program Hari Pemulihan CaraKerja Peringkat TH 2018 "Celebrating Our Global Community"](https://prod-th-assets.s3.ap-southeast-1.amazonaws.com/images/news/0/2018-10-29/PHOTO-2018-10-27-13-19-15.jpg?VersionId=q7btLdinGhdd1m5O2cjGIt5w92Vd1vJP)
Kuala Lumpur, 27 Oktober 2018 – Lembaga Tabung Haji hari ini mengadakan Program Hari Pemulihan Carakerja Peringkat TH 2018 di Dewan Besar, Menara TH Tun Razak yang disempurnakan oleh YBhg. Tuan Haji Mohd Hisham Harun, Ketua Pegawai Sumber Manusia TH.
Program ini yang mendapat kerjasama daripada Kementerian Kesihatan Malaysia yang diwakili oleh Puan Rokiah Alias, Ketua Profesion Perkhidmatan Pemulihan Carakerja Malaysia. Turut hadir adalah Pengurusan Kanan TH dan anggota TH yang terlibat dalam operasi haji, ERT serta first aider.
Sebanyak 12 bengkel/booth dijalankan serentak seperti Bengkel Egonomic, Bengkel Pengurusan Pesakit Amputasi, Bengkel Orentation dan lain-lain. Setiap peserta dibahagikan kepada beberapa 12 kumpulan bagi mengikuti aktiviti di bengkel berkenaan.