![31 Sahabat Korporat TH Sumbang RM4.8 Juta kepada Jemaah Haji Malaysia 1445H/2024M 31 Sahabat Korporat TH Sumbang RM4.8 Juta kepada Jemaah Haji Malaysia 1445H/2024M](https://prod-th-assets.s3.ap-southeast-1.amazonaws.com/images/news/0/2024-09-24/31%20Sahabat%20Korporat%20TH%20Sumbang%20RM4.8%20Juta%20kepada%20Jemaah%20Haji%20Malaysia%201445H%3A2024M.jpg?VersionId=XairbvIwJtbCYh5E9.N2R_4ZkViMXiKo)
KUALA LUMPUR, 19 SEPTEMBER 2024: Lembaga Tabung Haji (TH) telah menerima sumbangan bernilai RM 4.8 juta daripada 31 syarikat korporat melalui program Sahabat Koporat TH bagi membantu melancarkan urusan ibadah jemaah haji Malaysia.
YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) YB Senator Dato’ Setia Dr. Mohd Na’im Haji Mokhtar berkata salah satu faktor kejayaan TH pada setiap musim haji adalah atas hasil komitmen serta keprihatinan yang berterusan daripada Sahabat Korporat TH yang jelas membantu memudahkan urusan Jemaah Haji Malaysia ketika di Makkah dan Madinah.
YB Senator Dato’ Setia Dr. Mohd Na’im turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua 57 buah agensi-agensi kerajaan dan swasta yang telah terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan operasi Musim Haji 1445H.