![TH Menyumbang Hadiah Utama Kepada Peserta Tilawah Al-Quran TH Menyumbang Hadiah Utama Kepada Peserta Tilawah Al-Quran](https://prod-th-assets.s3.ap-southeast-1.amazonaws.com/images/news/0/2022-08-22/TH%20Menyumbang%20Hadiah%20Utama%20Kepada%20Peserta%20Tilawah%20Al-Quran_01.jpg?VersionId=YvKMgPGwCPaq4iIIntWOPsQOBKnEbMSt)
TERENGGANU, 19 Ogos 2022 - Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini telah menyumbangkan hadiah-hadiah utama bagi 4 kategori iaitu Juara Tilawah Al-Quran (Lelaki dan Perempuan) serta Juara Hafazan Al-Quran (Lelaki dan Perempuan) berupa wang tunai bernilai RM8,000.00 setiap satu.
Majlis Perasmian Penutupan Mahrajan Amal Islami, Peringkat Kebangsaan 1444H/2022M dan Pemasyhuran Institut Latihan Islam Malaysia Kampus Besut anjuran JAKIM ini telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqul Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, Sultan Negeri Terengganu. Majlis yang dianjurkan bertujuan untuk menyantuni golongan Muallaf dengan program penghayatan pendidikan Islam. Proses pendidikan yang dibuat melalui pertandingan acara-acara seperti Tilawah Al-Quran, Hafazan Al-Quran, Syarahan, Azan dan Iqamah serta Nasyid.
Penganjuran program ini diharapkan dapat mencetuskan semangat untuk mendalami ilmu Agama serta penghayatan nilai-nilai Islam dikalangan Saudara Baru Muslim bertepatan dengan tugas dan peranan sebagai pendakwah dan khalifah di muka bumi ini.