![Karnival I-Korporat Peringkat Kebangsaan Tahun 1439H/ 2017M Karnival I-Korporat Peringkat Kebangsaan Tahun 1439H/ 2017M](https://prod-th-assets.s3.ap-southeast-1.amazonaws.com/images/news/0/2017-11-21/3b11316cb9ce2db2c44aefd4a85a9774.jpg)
Sekretariat Dakwah JAKIM dengan kerjasama syarikat-syarikat korporat termasuk Lembaga Tabung Haji, Bank Islam, Syarikat Takaful Malaysia dan lain-lain telah menganjurkan Karnival I-Korporat Peringkat Kebangsaan Bagi Kali ke-3 Tahun 1439H/2017M bertempat di TH Hotel Alor Setar, Kedah.
Karnival yang diadakan sejak 15 November telah disempurnakan majlis penutupnya hari ini oleh YB. Mejar Jeneral Dato' Seri Jamil Khir bin Haji Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Majlis ini turut dihadiri oleh YBhg. Tan Sri Dato' Othman Mustapha, Ketua Pengarah JAKIM, YBrs. Encik Khairul Kamarudin, Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam dan YBrs. Tuan Haji Nawawi Ishak, Pengarah TH Negeri Kedah.
Pelbagai aktiviti dan pertandingan telah dijalankan sepanjang karnival ini berlangsung seperti Tilawah Al-Quran, Ziarah Marhabah Asnaf, Forum Perdana, pertandingan futsal dan lain-lain aktiviti.