![](https://prod-th-assets.s3.ap-southeast-1.amazonaws.com/images/news/0/2020-05-15/TH-Berita-15052020.jpg?VersionId=fQ3WW4ldph6peqgz8iGLrXkGdt4QbGWJ)
Korporat
Jumaat, 15 Mei 2020
15 Mei 2020, PUTRAJAYA - Lembaga Tabung Haji (TH) menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM 7,994,661.23 bagi tahun kewangan berakhir 2019 kepada Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP), hari ini.
Zakat disampaikan Oleh Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, YBhg. Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff kepada Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff.
Majlis penyerahan turut disaksikan Yang Berhormat Senator Datuk Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bersama Pengerusi PPZ-MAIWP, YBhg. Datuk Che Mat Che Ali.
![](https://prod-th-assets.s3.ap-southeast-1.amazonaws.com/images/news/0/2020-05-15/TH-Berita-15052020.jpg?VersionId=fQ3WW4ldph6peqgz8iGLrXkGdt4QbGWJ)