Corporate
MAJLIS BACAAN YASSIN DAN DOA SELAMAT SEMPENA OPERASI HAJI 1433H
Dato' Paduka Ismee Ismail, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji telah menyertai majlis bacaan Yasin dan doa selamat di Masjid TaHa D'Kelana di sini untuk mendapat keberkatan dan kemudahan daripada Allah S.W.T sempena operasi haji bagi musim haji 1433 Hijrah. Turut hadir Tan Sri Dato' Hashim Meon dan Haji Ghazali Awang, Ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji, Dato' Syed Saleh Syed Abdul Rahman, Pengurus Besar Kanan Jabatan Haji dan beberapa pengurusan tertinggi Tabung Haji. Kira-kira 100 orang termasuk anggota Tabung Haji turut menghadiri majlis itu.
MAJLIS DOA SELAMAT SEMPENA SAMBUTAN JUBLI EMAS TABUNG HAJI
Sukacita dimaklumkan bahawa Lembaga Tabung Haji (TH) akan menganjurkan Majlis Solat Hajat, Bacaan Yassin Dan Doa Selamat sempena Sambutan Jubli Emas 50 Tahun TH pada tahun ini.
Sambutan ini merupakan platform kepada TH untuk berkongsi dan menzahirkan kesyukuran atas pencapaian, kestabilan dan kekukuhan organisasi selama 50 tahun memberikan perkhidmatan pengurusan haji dan tabungan yang terbaik kepada komuniti Islam di Malaysia. Majlis tersebut akan dianjurkan secara serentak di lima puluh (50) buah masjid terpilih di seluruh negara.
Majlis Graduasi SL1M Siri-5 dan Majlis Ramah Mesra SL1M Siri-6
Lembaga Tabung Haji telah mengadakan satu majlis Majlis Graduasi Skim Latihan 1 Malaysia (SL1M) Siri-5 dan Majlis Ramah Mesra SL1M Siri-6. Majlis ini telah disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Ismee Ismail, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH.