Corporate
MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH KUIZ BICARA HAJI
Majlis Penyampaian Hadiah Kuiz Bicara Haji oleh YBhg. Dato' Syed Saleh Syed Abdul Rahman, PBK Haji telah diadakan bersempena penyiaran 12 artikel bicara haji mulai 13 Sept - 30 Sept 2011 di Utusan Malaysia.
Majlis Penyerahan Program Iqra' TH (UNISHAMS) Dan Sumbangan Zakat Wakalah Lembaga Tabung Haji (TH) Kepada Asnaf di 48 Buah Sekolah Negeri Kedah
ALOR STAR, 30 Mac 2021 - TH telah menghadiri Majlis Penyerahan Program IQRA’ TH (UniSHAMS) dan Sumbangan Zakat Wakalah TH kepada pelajar asnaf di 48 buah sekolah negeri Kedah di Bilik Mesyuarat Lembaga Aras 10 Menara Zakat, Jalan Telok Wanjah, Alor Setar Kedah.
MAJLIS PENYERAHAN SURAT TAWARAN MENUNAIKAN HAJI TAJAAN 1MDB
Seramai 400 peserta terdiri daripada imam dan pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) seluruh negara berpeluang mengerjakan ibadat haji secara percuma menerusi program khas tajaan Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Dianjurkan buat tahun kedua, program yang turut mendapat kerjasama Lembaga Tabung Haji itu bertujuan menghargai jasa dan sumbangan golongan berkenaan yang memainkan peranan cukup besar dalam aktiviti dan urusan kemasyarakatan di kawasan masing-masing.
MAJLIS PENYERAHAN ZAKAT PERNIAGAAN TH KUALA LUMPUR TAHUN 2011
YBhg. Datuk Ismee Ismail, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH telah menyampaikan zakat perniagaan TH bagi tahun 2011 Wilayah Persekutuan sebanyak RM3,851,588.72 kepada YBhg. Dato' Haji Mustafa Abdul Rahman, Pengerusi Pusat Pungutan Zakat ÔÇô Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. Penyerahan ini disaksikan oleh YB Mejar Jeneral Dato' Seri Jamil Khir bin Haji Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan YBhg. Tan Sri Dato' Sri Abi Musa Asa'ari bin Mohamed Nor, Pengerusi TH.