Sempena persediaan terakhir operasi musim Haji 1433H, satu majlis amanat kepada petugas haji telah disempurnakan oleh Dato' Paduka Ismee Ismail, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji di DewanTabung Haji yang dihadiri seramai 300 Petugas.
Dalam ucapannya, Dato' Paduka Ismee menyatakan pihak Pengurusan Kanan Tabung Haji telah membuat perancangan dan persiapan yang rapi bagi menempuh musim haji tahun ini dengan mengambilkira peraturan-peraturan baru serta perkembangan infrastruktur terkini di kota suci Makkah dan Madinah.