ZAKAT PERNIAGAAN TH - PERLIS
Lembaga Tabung Haji (TH) menyerahkan zakat perniagaannya berjumlah RM563,712.32 bagi tahun 2013 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPS), dalam satu majlis ringkas di sini.
Pembayaran zakat bagi Negeri Perlis tersebut mencatatkan peningkatan sebanyak sembilan (9) peratus berbanding RM515,739.47 pada 2012. Pembayaran zakat perniagaan TH telah disempurnakan oleh Tuan Haji Mohamad Khairi Dasemin, Pengarah TH Negeri Perlis kepada Tuan Haji Abdul Malik Hussin, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPS.