Corporate
ZAKAT PERNIAGAAN TH - JOHOR BAHRU
Lembaga Tabung Haji (TH) menyerahkan zakat perniagaannya berjumlah RM4,131,009.16 bagi tahun 2013 kepada Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ), dalam satu majlis ringkas di sini.
ZAKAT PERNIAGAAN TH - KEDAH
Lembaga Tabung Haji (TH) menyerahkan zakat perniagaannya berjumlah RM3,769,128.73 bagi tahun 2013 kepada Jabatan Zakat Negeri Kedah, dalam satu majlis ringkas di Istana Anak Bukit, Alor Setar hari ini.
ZAKAT PERNIAGAAN TH - MELAKA
Lembaga Tabung Haji (TH) menyerahkan zakat perniagaannya berjumlah RM1,396,962.60 bagi tahun 2013 kepada Pusat Zakat Melaka (PZM), dalam satu majlis ringkas di sini.
ZAKAT PERNIAGAAN TH - NEGERI SEMBILAN
Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berkenan menerima pembayaran zakat TH di dalam satu majlis ringkas di Istana Hinggap semalam.
Pembayaran zakat sebanyak RM1, 767,832.20 itu dipersembahkan oleh YBhg. Dato' Sri Kamarudin Mat Ali, Ketua Pegawai Operasi TH.
ZAKAT PERNIAGAAN TH - PERAK
Lembaga Tabung Haji (TH) menyerahkan zakat perniagaannya bagi tahun 2013 berjumlah RM3,181,847.21 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak, dalam satu majlis ringkas di sini.
Pembayaran zakat bagi Negeri Perak tersebut mencatatkan peningkatan sebanyak 9 peratus berbanding RM2,923,240.01 pada 2012. Pembayaran zakat perniagaan TH telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Sri Kamarudin Mat Ali, Ketua Pegawai Operasi TH kepada Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Perak Darul Ridzuan, Raja Dr. Nazrin Shah.