Corporate
TH SERAH ZAKAT PERNIAGAAN SARAWAK
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyerahkan zakat
perniagaannya berjumlah RM1.01 juta bagi tahun kewangan 2015 kepada Tabung
Baitulmal Sarawak dalam satu majlis ringkas di Astana Negeri, Petra Jaya, Kuching.
Pembayaran zakat perniagaan TH telah disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Shukry Mohd
Salleh, Ahli Lembaga Pengarah TH kepada Tuan Yang Terutama Tun Pehin Sri Haji Abdul
Taib Mahmud, Yang di-Pertua Negeri Sarawak. Pembayaran ini mencatatkan
peningkatan sebanyak 2.51peratus berbanding RM985,162.09 (2014).
TH SERAH ZAKAT PERNIAGAAN TERENGGANU
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyerahkan zakat perniagaannya berjumlah RM3.89 juta bagi tahun kewangan 2015 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) dalam satu majlis ringkas di Pejabat Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu, Kuala Terengganu.
YBhg. Tan Sri Ismee Ismail, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH
telah menyerahkan zakat tersebut kepada YB. Dato’ Haji Shaikh Harun Shaikh Ismail,
Yang Dipertua MAIDAM.
TH SERAH ZAKAT PERNIAGAAN WILAYAH PERSEKUTUAN & KEDAH
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyerahkan zakat perniagaannya bagi tahun kewangan 2015 kepada dua Pusat Pungutan Zakat (Wilayah Persekutuan RM5.90juta; Kedah RM4.07juta) berjumlah RM9,97juta dalam satu majlis penyerahan zakat di Istana Negara.
TH Serah Zakat RM7.5 Juta Kepada MAIDAM Dan Serahan Van Bagi Program Mobiliti TH
TERENGGANU, 31 Oktober 2023 : Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyerahkan Zakat Perniagaan berjumlah RM7,580,295.38 bagi tahun kewangan berakhir 2022 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu. DYMM Sultan Terengganu, Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah telah berkenan menerima bayaran zakat tersebut bagi pihak MAIDAM yang telah disampaikan oleh Pengarah Urusan Kumpulan Ketua Pegawai Eksekutif TH, YBrs. Tuan Syed Hamadah bin Tuan Othman.

TH Session 8 SL1M Graduation Ceremony
A graduation ceremony was held to celebrate 109 out of 354 TH's SL1M trainees. The event was officiated by YBhg. Datuk Seri Johan Abdullah, Group Managing Director and Chief Executive Officer of TH at Dewan Besar TH, Kuala Lumpur.
Also in attendance were by YBhg. Dato' Badlisyah Abdul Ghani, YBhg. Datuk Adi Azuan Abdul Ghani, YBhg. Dato' Sri Syed Saleh Syed Abdul Rahman and management of TH.
Special performance from SL1M8 and friendly session with YBhg. Datuk Seri Johan Abdullah were also held to celebrate the ceremony.